MEMAHAMI “SUMPAH COUNTRY HEIGHTS” DAN TUJUAN DIPAKSAKAN PRU-15 SEGERA




Ribut politik tiba-tiba melanda. Kesepakatan yang dicapai sewaktu PAU, EGM dan Konvensyen BN bagaikan tak mampu menahan UMNO dari terus bergolak.


Dimana silapnya?


Keris yang dulunya tersisip rapi sudah digenggam di tangan, malah ada yang melatah hingga sudah membuka sarung!


Sabar. 


Tenang.


Jika menurut Muhyidin dan kuncu Parti Bunga, ini adalah permainan politik kluster Mahkamah yang mahu PRU-15 disegerakan supaya mereka dapat meloloskan diri dari pertuduhan di Mahkamah.


Hakikatnya, apa sahaja yang dituduh atau difikirkan Muhyiddin sudah tidak relevan lagi dalam arus politik utama. Bapa Lockdown sudah gagal. Dan amat sukar untuk membuat come back. Tidak perlu Muhyiddin nak campuri urusan rumahtangga UMNO.


Tak ramai akar umbi UMNO tahu perihal 'Sumpah Country Heights'. Jika kita ingat semula klip audio antara Cikgu dan anak murid, kita akan faham dari mana teori jajaran itu muncul dan apa janji di dalam 'Sumpah Country Heights'.


Biar penulis nyatakan saja kebenaran yang sudah lama diketahui oleh para operator utama di Putrajaya, PWTC dan di Jalan Gasing. 


Bukan lagi rahsia. Cuma tidak ada siapa yang kredibel saja yang berani sahkan secara terbuka.


Apa rahsianya?


Bacakan dengan cermat:


Pada suatu hari beberapa ketika sebelum PAU, Anwar Ibrahim telah mengadakan siri pertemuan dengan Dato Seri Zahid Hamidi di kediamannya di Country Heights. Dalam pertemuan itu Anwar Ibrahim telah bersumpah untuk melepaskan Zahid Hamidi semua pertuduhan Mahkamah andai Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO sedia membawa kapal UMNO bersama kapal PKR. Syaratnya tanpa DAP. Dan yang paling penting Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan Zahid Hamidi sebagai TPM dan Menteri KDN. Noktah.


Terkejut?


Jangan terkejut.


Fitnah?


Bukan fitnah.


Atas sebab itulah usaha jajaran Anwar-Zahid ini tidak pernah berhenti. Ini adalah cita-cita politik antara jalinan politik yang pernah terbina selama puluhan tahun.


Tidak ramai tahu sewaktu Zahid Hamidi Menteri KDN, banyak kelebihan diberikan kepada Anwar Ibrahim berbanding banduan lain di Penjara Sungai Buloh. Dibenar seludup telefon bimbit, tilam empuk ke dalam sel penjara. Ini adalah komoditi bernilai dalam penjara.


Maka, apa perancangan politik oleh Zahid - Anwar untuk realisasikan 'Sumpah Country Heights'?


Presiden UMNO dan Pengerusi BN tahu yang BN takkan boleh menang 112 kerusi Parlimen untuk bentuk Kerajaan 'simple majority'.


Barang diingat, belum pernah lagi dalam 14 kali Pilihanraya Umum sejak Merdeka yang BN pernah memenangi pertambahan 100% kerusi dari kerusi asal.


Contohnya, belum pernah lagi jentera pilihanraya BN diuji dan terbukti untuk menambah 80 kerusi Parlimen Baharu dari 43 kerusi Parlimen yang disandang oleh BN pada wak tu ini.


Tok Mat dan seluruh pasukan Tok Mat faham apa yang penulis maksudkan.


Kita belum pernah diuji dan terbukti untuk menambah 70 ke 80 kerusi Parlimen baharu dalam 14 kali sejarah PRU yang pernah kita tandingi.


Dapat dilihat Tok Mat sendiri tone down dalam ucapan Konvensyen BN. Sudah tidak ada lagi gesaan untuk segerakan PRU-15. Realiti data dan angka menjadikan Tok Mat seorang pemimpin yang rasional dalam membuat keputusan untuk BN. 


Mengapa Presiden UMNO tidak begitu?


Presiden UMNO tahu BN bakal gagal untuk peroleh 112 kerusi Parlimen.


Presiden UMNO tahu dalam keadaan ekonomi semasa amat sukar BN untuk tambah 70 ke 80 kerusi Parlimen baharu.


Mengapa Presiden UMNO mahu paksakan juga PRU-15 walaupun berdepan risiko gagal perolehi 112 kerusi Parlimen?


Ini adalah kerana satu jajaran baharu antara UMNO dan PKR akan dimeterai sejurus selepas PRU-15.


Presiden UMNO tahu BN takkan boleh capai kemenangan 112 kerusi Parlimen dari 43 kerusi Parlimen BN ini.


Presiden PKR juga tahu PH takkan boleh capai 112 kerusi Parlimen.


Presiden UMNO dan Presiden PKR sudah membuat kira-kira. Kedua mereka adalah veteran politik. Mahathir bukan lagi ancaman kepada kasih politik antara Presiden UMNO dan Presiden PKR ini.


"Ini waktu kita Zahid" kata Anwar. Janji politik pada tahun 1998 dahulu kini mekar semula. 


Perjanjian politik selepas PRU-15 antara UMNO dan PKR bakal jadi penamat kepada penantian berpuluh tahun Zahid dan Anwar dalam membina 'Malaysia Renaissance' atau terma 'Malaysia Asal' yang diucap oleh Zahid Hamidi sewaktu Konvensyen BN.


Ini bukan kisah politik cinta dan komedi seram. Ini hakikat realpolitik. 


Jadi, selepas ini jika ada desakan tak masuk akal untuk segerakan PRU-15 walaupun kita sendiri tahu BN akan kalah tak perlu kita tertanya-tanya.


Bagi Presiden UMNO, BN menang atau kalah, dia tetap ada penyelamat dek kerana 'Sumpah Country Heights'.


Moga Allah selamatkan Malaysia dari malapetaka.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA