Posts

Showing posts from July, 2022

ISMAIL SABRI MENJADI PENYELAMAT KEPADA KELULUSAN ROS

Image
Seperti dijangka akhirnya Ismail Sabri menjadi penyelamat kepada UMNO dengan kelulusan ROS.  Bukanlah satu keputusan di luar jangka untuk sesiapa yang kenal akan keikhlasan hati Ismail Sabri.  Ismail Sabri kotakan janji beliau di dalam PAU. Ismail Sabri kotakan janji kepada semua perwakilan UMNO dan kepada keseluruhan 3.3 juta ahli UMNO. Ismail Sabri kotakan janji kepada semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Dan paling penting, Ismail Sabri mengotakan janji kepada Top 5 UMNO. Tiada agenda mahu bermain politik dengan menggasak Pemilihan UMNO dahulu yang tidak dipersetujui oleh PAU. Tiada agenda mahu bertanding jawatan tertinggi parti dengan menggunakan kedudukan prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri. Ini adalah jawapan balas kepada semua pihak yang menuduh bukan-bukan kepada Ismail Sabri.  Lokman Adam sebaiknya memohon ampun dan meminta maaf secara terbuka kepada YAB PM Dato Sri Ismail Sabri. Tuduhan Lokman Adam kononnya akan ada TPM dari PPBM menjelang 1 Ogos juga tidak lain hany

SOKONGAN SECARA TOTAL SEMUA 209 AHLI PARLIMEN TERHADAP RUU ANTI LOMPAT BUKTI KEKUATAN SEBENAR YAB PM DSIS

Image
  Alhamdullilah. Satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia, akhirnya hak kita sebagai rakyat dijaga dan dibela. Dua per tiga majoriti dewan rakyat telah menyokong RUU Anti Lompat Parti. Sebentar tadi, Parlimen Malaysia menyaksikan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (Bacaan Kedua) disokong secara TOTAL iaitu sebanyak 209 orang.  Berikut adalah keputusan penuh undian : 209 menyokong 0 tidak menyokong 11 tidak hadir Keputusan : diluluskan melebihi 2/3 undi majoriti yg diperlukan RUU yang telah dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya menarik dan menyakinkan seluruh isi dewan untuk menyokong usul tersebut, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang. Itu secara tersurat, mahupun secara tersiratnya, menunjukkan bahawa PM kita sebenarnya mempunyai kekuatan dan karisma yang disegani kawan dan digeruni lawan. Kalau sesiapa yang mengikut rapat mana mana politik sesebuah negara, untuk mendapat undi ma

RUU ANTI LOMPAT PARTI: KEKUATAN ISMAIL SABRI DALAM MEMBAWA USUL UMNO DEMI PERKASAKAN UNDI RAKYAT

Image
Kelulusan RUU Anti Lompat Parti ini adalah satu peristiwa bersejarah sebagaimana tertubuhya FELDA dan PETRONAS. Ia bawa manfaat dari generasi ke generasi. Melalui pelaksanaan FELDA, sekurang-kurangnya 112,635 keluarga (bermula generasi pertama) di 317 jumlah tanah rancangan telah menikmati penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal. Ramai peladang profesional juga dilahirkan dalam pengurusan ladang berskala besar menerusi Pengukuhan Koperasi Felda. Projek Perumahan tambahan (PGBF) untuk generasi baharu dan pelan peralihan tanah juga telah disediakan lengkap untuk kesejahteraan ekonomi melibatkan jutaan isi rumah luar bandar di seluruh Malaysia.  PETRONAS pula terbaru tahun ini menganggarkan sumbangan RM 14 bilion sehingga RM 16 bilion tahun ini sahaja. Syarikat ini juga tidak pernah lekang dari membantu kerajaan tingkatkan kesejahteraan rakyat. PETRONAS akan terus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkaitan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya pa

KP ROS TIDAK TERTAKLUK KEPADA JEDA MASA USUL EGM UMNO

Image
Pertama sekali, keputusan ROS masih belum diketahui. Tulisan ini bukan untuk membuat spekulasi politik. Sebaiknya kita fokus kepada memahami perjalanan Jabatan seperti ROS ini.  Jangan belum apa-apa kita dah melatah... Tenang. Lulus atau tidak hanya SUA UMNO sahaja yang tahu. Mengapa wajar kita tanyakan SUA UMNO soalan itu? Ini kerana hanya Ahmad Maslan sahaja yang tahu bila dokumen lengkap dihantar ke Pejabat ROS. Bila mula hantar dokumen? Bila tarikh dokumen lengkap dihantar? Bukan mahu mengheret ahli parti dalam soal teknikal dan proses Jabatan seperti ROS, tetapi inilah hakikat Jabatan Kerajaan.  Ada aturannya. Ada prosesnya.  Ada piagam pelanggan-nya.  ROS tak peduli dengan tuntutan 16hb Julai EGM UMNO.  Inilah hakikat Agensi Kerajaan seperti ROS yang bebas dari pengaruh luar. Ada banyak lagi permohonan sebelum permohonan UMNO yang telah dihantar ke ROS. Barang diingat, selain dari parti politik, banyak lagi pertubuhan dan persatuan yang kemuka permohonan ke ROS. Tarikh kelulusan

ISU ROS: APA PUN KEMELUT POLITIK YANG BAKAL MELANDA JANGAN ANIAYA RAKYAT

Image
Sepatutnya kenyataan ROS berhubung kelulusan pindaan UMNO dibuat sebelum 16hb Julai. Sepatutnya rayuan UMNO ke ROS boleh saja diluluskan. Apabila Perdana Menteri telah mohon untuk segerakan proses permohonan ROS, sepatutnya tidak ada masalah. Sepatutnya... Sebab itu dalam politik, yang sepatutnya itu selalu saja berbeza dengan realiti politik. Penulis tidak mahu cetus sebarang spekulasi untuk menyemarakkan lagi api kemarahan. Jika nak diikutkan amarah politik, boleh saja terbakar satu kampung. Yang jelas, isu ROS sudah dijadikan tebusan politik dalam pertembungan politik antara 2 naga. Gergasi politik apabila bertembung rakyat yang bakal jadi mangsanya. Cabar-mencabar untuk menekan butang. Jika ada pemimpin yang mahu menjadi hero dan membawa panji parti untuk berperang, mahu hangus satu kampung terbakar... Sebaiknya ikutlah pemimpin yang ada kasih dan nurani kepada rakyat yang sedia memadam api amarah politik agar damai sentosa... Apa sahaja plot politik yang direncana. Apa sahaja keme

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

Image
ROS belum lagi keluar sebarang kenyataan.  Tetapi menurut sahabat-sahabat di PWTC, ramai yang dah tersenyum lebar. Khabarnya Presiden dan SU Agung pun dah menarik nafas lega. Khabarnya ada beberapa hal teknikal yang sangkut disebabkan sedikit kecuaian SU Agung UMNO telah diuruskan dengan jayanya oleh Ismail Sabri. Masih curiga? Masih nak persoal kesetiaan? Berulang kali DSIS telah membuktikan bahawa beliau adalah pejuang UMNO sejati. 1. KWSP  2. Kawal harga barang  3. Pindaan UMNO ROS 4. Pemilihan lepas PRU Semua hajat UMNO telah DSIS tunaikan. Semua akar umbi UMNO pun nampak perkara ini. Perjuangan DSIS untuk UMNO melebihi dari jawatan Perdana Menteri. Keutamaan DSIS adalah UMNO dahulu.  Semua jawatan atau urusan lain tidak akan boleh mengatasi kesetiaan beliau kepada UMNO. Tidak ada apa yang boleh penulis katakan kecuali Lokman Adam ni memang p*kimak. Kau fitnah DSIS macam-macam.  Konon khianat parti, konon ikut telunjuk Muhyiddin. Kau nak nak lagakan Perdana Menteri dengan Presiden

PENANGGUHAN PEMILIHAN : 5 PERBEZAAN PERLEMBAGAAN MCA BERBANDING UMNO

Image
1. Perlembagaan MCA sudah pun digubal dan diluluskan pada tahun 2019 untuk membuat pemilihan parti 6 bulan selepas pilihan raya. UMNO baharu hendak meminda perlembagaan parti untuk tujuan yang sama.  2. Pada tahun 2019 , ketika perlembagaan MCA digubal adalah semasa kesemua Majlis Tertinggi MCA dan struktur organisasi MCA masih dalam tempoh perlantikan mereka iaitu pemilihan parti pada tahun 2018. Bezanya dengan UMNO kini adalah status struktur organisasi terkini bagi penggal 2018/2021 tamat sudah tamat 30 Jun 2021.  UMNO baharu hendak meminda perlembagaan parti mereka pada 16 Mac 2022.  Status terkini UMNO adalah status penjaga parti.  Mengikut peruntukan Perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih tiga tahun sekali. Kini sudah melebihi tempoh yang dibenarkan dalam perlembagaan UMNO . Tiada apa-apa dalam perlembagaan (UMNO) yang mengatakan penjaga boleh meluluskan pindaan kepada perlembagaannya.  3. Penangguhan MCA pada kali ini adalah disebabka

PENGORBANAN 3 PEMIMPIN UTAMA UMNO

Image
Salam Aidiladha buat semua sahabat dalam perjuangan agama, bangsa dan tahahair. Kesyukuran kita semua hanyalah kepada Allah dan semoga semua amal ibadah kita diterima. Kesyukuran kita juga kerana UMNO kekal kukuh dan terus mencipta kemenangan demi kemenangan dalam  perjuangan agama dan bangsa. Ini semua adalah petanda kurnia Tuhan kepada UMNO. Kita diuji 22 bulan dengan pelbagai mehnah perjuangan. Ada kalangan kita yang tewas dalam perjuangan ini. Ada kalangan kita yang ditawarkan jawatan dan habuan oleh musuh. Ada kalangan kita yang ditawarkan jalan pintas dalam perjuangan oleh musuh. Ada kalangan kita setelah gagal dipujuk oleh musuh diugut dan diberikan penghukuman pula. Ada kalangan kita yang setelah tersalah langkah berkompromi dengan musuh kini menyesal dan mahu kembali ke pangkuan UMNO. Ada kalangan kita apabila UMNO terus kuat dan kuat, mula menyemai benci sesama kita kerana terikut rentak musuh. Adakah patut kita ulangi kesilapan lama kita berbalah sesama sendiri kerana sudah

TOK MAT DAH BERSEDIA UNTUK MASUK BERTANDING CALON PRESIDEN UMNO?

Image
Wawancara Asia Times Tok Mat bukanlah pengakhiran kepada perancangan politik Tok Mat. Malah, ia hanya permulaan kepada langkah yang lebih besar yang bakal dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO ini. Jika diteliti semua isi wawancara Tok Mat, tanpa berselindung Tok Mat telah mengkritik ketiga-tiga pemimpin utama UMNO.  Apa kritikan Tok Mat? Dato Seri Zahid Hamidi Tok Mat katakan yang DSZH naik turun Mahkamah dan fokus DSZH adalah untuk selesaikan kes Mahkamahnya. Maka, Tok Mat menawarkan 'khidmat jasa'nya kepada parti. Biarlah dia saja yang uruskan parti, Dato Seri Presiden uruskan kes Mahkamah beliau.  Malah Tok Mat juga ada mengatakan bahawa dia tak pernah setuju untuk BN masuk kembali dalam Kerajaan di tengah jalan, sebaiknya terus PRU (pada ketika itu), tetapi akhirnya BN masuk juga ke dalam Kerajaan kerana menurut Tok Mat "mungkin ada pemimpin yang mahu menyelamatkan tengkuknya sendiri." Dato Seri Najib BN kalah PRU-14 kerana isu 1MDB kata Tok Mat. Perdana Menteri dan

10 SEBAB TINDAKAN UMNO MENANGGUHKAN PEMILIHAN PARTI TIDAK SAH

Image
Jangan melompat atau terus menuduh artikel ini adalah propaganda Parti Bunga atau pengkhianat UMNO. Tenang dan baca dulu. Ini merupakan persediaan kita semua sekiranya ROS benar-benar ada ground untuk menolak rayuan UMNO untuk menangguhkan pemilihan UMNO. ROS bukan pertubuhan politik. ROS adalah agensi Kerajaan dibawah bidang kuasa Menteri KDN. ROS akan membuat keputusan bukan menggunakan dalil politik, sebaliknya menggunakan Akta Pertubuhan dan Undang-undang sedia ada yang termaktub dalam Akta ROS dan Perlembagaan negara. Suka atau tidak suka, ini adalah 10 fakta terkait perundangan sekiranya ROS mahu menolak rayuan UMNO untuk tangguh pemilihan. Akta dan Undang-undang boleh ditafsir mengikut precedent atau duluan rayuan yang pernah ada. Atau sekiranya keputusan ROS ini tidak berpihak kepada UMNO, kita kena bersiap sedia failkan bantahan ke Mahkamah. Ini antara 10 fakta yang mungkin digunakan oleh ROS: 1.  Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak sah kerana penggal pemegang ja

MEMAHAMI WAWANCARA ASIA TIMES TOK MAT DI DALAM KONTEKS

Image
Pembangkang bergendang bersorak bagaikan mendapat peluru hidup setelah audio rakaman wawancara Tok Mat dengan Asia Times mula viral. Ini ditambah lagi dengan malaun-malaun dari Parti Bunga yang turut sama memukul gendang untuk melagakan pemimpin UMNO. Bait bahasa dalam wawancara itu lebih difahami oleh orang UMNO berbanding pembangkang.  Kerja pembangkang memanglah untuk menangguk di air keruh. Mengambil kesempatan di atas kekhilafan pemimpin kita untuk dijadikan bahan serangan politik. Apa sebenarnya yang cuba disampaikan Tok Mat? Jarang Tok Mat berterus terang. Beliau adalah pemimpin UMNO yang cukup sarat dengan peribahasa orang dulu-dulu: "Beradat dalam torang, berbincang dalam golap." Jangan salah anggap apa yang Tok Mat cuba sampaikan. Malah ada pihak yang kata Tok Mat u-turn juga kurang tepat.  Dalam bahasa omputehnya : he speaks his mind. And he knows what he's saying. Tak semudah itu kita nak meletak Tok Mat alih-alih nak u-turn.  Adakah selemah itu Timbalan Presi

AKHIRNYA TOK MAT BUAT PENDEDAHAN BERANI : NAJIB KENA MASUK KE PENJARA

Image
Ini bukan fake news. Ini adalah petikan dari media Asia Times yang berpengkalan di negara Asia. Dalam segala ribut politik yang sedang melanda. Tanpa diduga kenyataan ini datang dari pemimpin no 2 UMNO. Mengapa tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO buat kenyataan mengejutkan ini? Apakah kenyataan Tok Mat kepada Asia Times? Isu Najib ke penjara "Mahkamah adalah tempat untuk membuktikan sama ada awak bersalah atau tidak. Dia (Najib) tak buktikan. Dia (Najib) tak mampu buktikan." "Semua orang kena jalani hukuman. Jika kita mahu pengampunan, dia (Najib) kena lalu proses dahulu. Dia (Najib) kena masuk ke dalam (penjara) dahulu." "Kita tidak boleh beri pengampunan (Najib) tanpa lalu proses dahulu. Itu salah. Itu memang betul-betul salah. Ramai pemimpin utama UMNO dahulu, Harun Idris, Menteri Besar Selangor. Mokhtar Hashim (mantan Menteri KBS kes bunuh) juga jalani hukuman. Semua orang kena terima hukuman sebelum pengampunan. Itu sahaja. Tidak ada jalan lain."  Isu ke

ZAMIL IBRAHIM MAMAK PANDIKUTTI TAK SEDAR DIRI

Image
Tiada niat untuk cetus api perkauman. Tetapi punca utama Dato Najib sentiasa buat keputusan salah sewaktu pentadbiran beliau dahulu kerana terlampau ramai spesis mamak pandikutti yang mengampu di sekeliling beliau. Ini diakui sendiri oleh Dato Najib di Konvensyen BN Sabah baru-baru ini. Tak sempat habis cakap lagi, dah setuju. Dah takde pemimpin Melayu sejati yang setia dibelakang Bossku hingga masih mengharap spesis mamak pandikutti untuk menyokong beliau? Sedih. Zamil Ibrahim ini contoh seekor spesis pandikutti yang masih aktif menyemai api permusuhan di kalangan akar umbi UMNO. Spesis pandikutti begini seeloknya ditendang keluar dari UMNO agar tidak merosakkan keharmonian akar umbi UMNO. Fitnah puppet boy Menuduh Ismail Sabri sebagai puppet boy Muhyiddin adalah fitnah terbaru yang sedang dijaja oleh puak mamak pandikutti Zamil Ibrahim.   Ini adalah contoh pemikiran mamak pandikutti bila otak dipenuhi tong taik. Maafkan bahasa kasar penulis.  Ismail Sabri tak pernah tunduk dan tidak

SEGERAKAN PRU-15 HANYA AKAN BANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT KEPADA BN

Image
Tak salah untuk bagi pandangan untuk adakan PRU-15 seawal September atau Oktober. Tak salah juga untuk bagi pandangan yang PRU-15 sebaiknya diadakan pada tahun hadapan. Akhirnya, semua ini akan diputuskan oleh Top 5 sebagaimana dipersetujui dalam PAU yang lepas. Namun, janganlah kita buat keputusan dalam keadaan gopoh. Nak diadakan PRU-15 lagi 2 bulan? Sudah bersediakah kita untuk menerima bahana akibat kegopohan kita? Semua sedia maklum yang keadaan ekonomi dunia kian meruncing disebabkan perang Ukraine - Russia. Bukan Malaysia sahaja, seluruh dunia berhadapan dengan ketidaktentuan harga pasaran.  Harga melambung kerana sekatan import, eksport dari negara bergolak. Ketidaktentuan pasaran matawang juga mengakibatkan harga barangan kian menaik. Adakah semua rakyat sedia menerima hakikat bahawa kenaikan harga barangan dalam negara ini atas faktor luaran yang dinyatakan? Belum tentu semua setuju. Suka atau tidak suka, sedikit sebanyak kemarahan rakyat itu akan dihalakan juga kepada Keraja