Posts

Showing posts from May, 2022

KEMENANGAN RAFIZI DALAM PEMILIHAN PKR: DATIN SERI ROSMAH MANSOR BAKAL JADI SERANGAN FITNAH MENUJU PRU-15?

Image
Pemilihan PKR sudah pun berakhir. Dari keputusan tak rasmi sudah menunjukkan yang semua pemimpin PKR pro-Rafizi telah menang di semua peringkat. Baik di peringkat Bahagian hinggalah ke peringkat Pusat. Rafizi berjaya dominasi hampir ke semua jawatan Naib Presiden PKR. Saifudin Nasution dilihat tak mampu mencabar kemaraan pemimpin kontroversi ini. Johari Abdul Sungai Petani juga terpelanting. Kalah di semua peringkat. Bungkus! Apa kesan ini semua untuk UMNO dan BN? Kita kena ambil maklum perkembangan politik dalaman PKR ini bukan kerana kita mahukan kerjasama dengan mereka. Bukan. Kita mahu ambil tahu kerana kita mahu memahami langkah politik yang bakal diambil oleh musuh politik utama UMNO ini. Jangan kita ambil ringan. Kekalahan pasukan Saifudin Nasution di semua peringkat membuktikan yang ahli PKR ini menolak semua pemimpin PKR yang dilihat UMNO-friendly. Bukan lagi rahsia yang Saifudin Nasution, Johari Abdul adalah juga teman lama kepada Presiden UMNO DSZH termasuk Presiden PKR Anwa

ZURAIDA LOMPAT LAGI: PARTI BUNGA RETAK MENANTI BELAH

Image
Begitulah kesudahan seorang pengkhianat. Ini bukan terhad kepada Zuraida saja. Mungkin masih ramai lagi dalam PN yang meronta-ronta mahu melompat kerana memikirkan parti bunga memang tidak ada masa depan.  Ada yang mahu melompat semula ke PKR. Tak kurang juga yang mahu melompat kembali ke UMNO.  Harap dalam hal ini, Dato Seri Presiden kekal tegas. Bab ini tak perlu dirisaukan kerana pendirian Dato Seri Presiden UMNO konsisten dari dahulu: pengkhianat perlu terima hukuman sewajarnya. Yang setia kepada parti wajar diberikan keutamaan. Janganlah kita pula terhegeh-hegeh mahu menyambut mereka kalaupun mereka sudah insaf mahu kembali ke perjuangan UMNO.  Ini tidak sesekali menjejaskan UMNO. Malah, kita tak pedulikan pun mana-mana katak politik dari PN yang mahu terus melompat. Tak mengurang dan tak menambah pun sokongan kepada BN.  Yang jelas, rakyat pada hari ini boleh menilai sendiri kualiti kepimpinan yang ada pada pemimpin BN dibandingkan dengan PN atau PH. Pengorbanan Dato Seri Preside

BERSEDIAKAH KITA UNTUK HADAPI PRU-15 PADA TAHUN INI?

Image
Dalam ucapan PAU lepas, Tok Mat ada pesan bahawa faktor kemenangan BN ditentukan bukan sahaja oleh kekuatan jentera kita tetapi juga faktor luar seperti perkembangan percaturan politik blok pembangkang PH dan PN rakan sekutu semasa kita dalam Kerajaan. Ingatan Tok Mat pada ketika itu membayangkan bahawa penggabungan blok pembangkang PH dan PN untuk formula satu lawan satu dengan calon BN ini tak mustahil akan berlaku. Jangkaan Timbalan Presiden UMNO ini terbukti tepat. Tak semestinya penggabungan koalisi itu perlu diikat dengan perjanjian atau lebih kerap digunakan pemimpin pembangkang sebagai 'khemah besar', cukup untuk mereka mengadakan satu 'kompromi politik' sahaja: "Kerusi kau menang aku tak masuk. Kerusi aku dah menang kau jangan masuk. Kita lawan satu lawan satu dengan BN." Jangan kita anggap semua pemain politik PN dan PH ini tongong semua, walaupun tak dinafikan ramai yang memang tongong.  Mereka juga faham perkiraan dan percaturan politik ini. Jika k

BN BOLEH LUPAKAN KEMENANGAN PRU-15 JIKA NAJIB BEBAS OGOS INI. TAHNIAH PN DAN PH!

Image
Ramai yang tahu tapi tak berani nak sebut. Takut nanti ada yang berkecil hati. Tetapi sebab setelah sekian lama taknak pemimpin berkecil hatilah UMNO dan BN jadi mangsa pada PRU-14. Soal pakatan hancing tipu manifesto pun satu lagi hal. Tetapi kita kena juga melihat kepada kelemahan kita sendiri. Jika BN benar-benar kuat, datanglah apa penipuan pun kita tetap akan menang. Jasa Bossku Mungkin kerana jasa Bossku itu memang diketahui umum menjangkau ke semua. Itu satu perkara yang tak dapat dinafikan. Memang Bossku bantu semua. Tetapi adakah kita mahu bernostalgia dengan semua jasa Bossku kalaupun itu akan meranapkan BN pada PRU-15 sekali lagi? Kebangkitan Bossku Memang tak dinafikan yang Bossku seakan membawa aura baru kepada BN. Kualiti pengucapan debat Bossku juga jauh lebih baik apabila berhadapan one on one dengan Anwar Ibrahim. Bukan mudah nak berdebat dengan putar alam seperti Anwar. Bossku buktikan yang beliau adalah pemimpin BN yang berani berdepan dengan pemimpin pembangkang. Bu