Posts

Showing posts from August, 2022

RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA BN BERPUNCA DARI TAKLIMAT KHAS SABTU PRESIDEN UMNO

Image
  Tulisan ini agak provokatif. Harap tidak ada yang melompat. Harap kita hadam dengan tenang kritikan konstruktif ini. Ini kerana penulis dan rakan-rakan dalam UMNO juga tahu bahawa ada dua jenis realiti. Satu realiti di dalam UMNO. Satu realiti sentimen rakyat. Penulis ingin bawakan dari perspektif bagaimana rakyat melihat gelagat politik kita dalam taklimat khas Sabtu lepas di Dewan Merdeka. Mungkin ada kalangan kita yang bersorak. Ada kalangan kita yang tak puas hati. Tak kurang juga yang bercampur baur. Tetapi hakikat yang penulis ingin bawakan adalah imej dan persepsi rakyat kepada UMNO sangat teruk disebabkan taklimat khas Sabtu tempoh hari. Whatever that we did last Saturday in Dewan Merdeka is damaging to the party . Very damaging to BN . Penulis rasa sentimen ini dikongsi juga oleh ramai pemimpin UMNO. Apa manfaat yang kita dapat dari taklimat khas tersebut selain dari menang sorak kampung tergadai ? Apa mesej UMNO kepada rakyat? 1. Hina Badan Kehakiman. 2. Tayangkan gambar H

KEMBALIKAN PERPADUAN DI DALAM UMNO

Image
  UMNO berada di persimpangan. Dalam UMNO sedang membina semula imej bersih mentadbir negara agar UMNO BN diyakini semula oleh rakyat, kita terheret semula ke kes silam pemimpin kita. Hendak maju kehadapan nanti dikata tak kenang budi pemimpin lama. Hendak terus defensif kepada isu legasi nanti dikatakan mengingatkan rakyat semula detik hitam UMNO dahulu. Ada kelompok yang mahu UMNO terus diingati dengan pemimpin kita yang 'teraniaya' dengan 'political persecution'. Ada juga yang mahu UMNO melihat kehadapan. Jangan mangsakan barisan pemimpin pemuda di dalam UMNO dengan dosa silam pemimpin. Jika segenap kekuatan parti digunakan untuk kembalikan pemimpin lama UMNO, mohon maaf jika penulis ingin katakan yang UMNO sedang menuju kehancuran sebagaimana kita sebelum PRU-14 dahulu. Janganlah kita bersorak jika kita berjaya memalukan Perdana Menteri. Mahupun bersorak jika kita berjaya lagakan Dato Seri Presiden dan Perdana Menteri. Ini kerja pecah belah yang tidak manfaatkan UMN

SERUAN KEPADA PEMUDA UMNO AGAR LAWAN FITNAH LOKMAN ADAM EJEN PEMECAH BELAH PARTI

Image
  Lokman Adam sekali lagi keluar Live di platform media sosial memutarbelit kenyataan yang dikeluarkannya sendiri. Fitnah yang dikatakan Dato Seri Ismail Sabri berjumpa Mahathir tidak dijawab. Inilah kelebihan tukang fitnah seperti Lokman Adam. Fitnah yang terang nyata dikeluarkan olehnya diputarbelit semula. Ramai yang berpandangan bahawa tidak perlu menjawab Lokman Adam kerana banyak kenyataannya merapu dan fitnah. Pandangan itu ternyata meleset, ini kerana jika kebenaran itu tidak dinyatakan secara terbuka, maka fitnah yang berulang-ulang akan menjadi fakta. Lokman Adam wajib dijawab. Sekiranya Lokman Adam terus menerus melakukan kerja fitnah ini. Maka, jentera UMNO akan lebih banyak masa menghadam kisah-kisah fitnah Lokman Adam terhadap Perdana Menteri UMNO dan pemimpin UMNO berbanding fokus kepada musuh kita pada PRU-15. Sewaktu parti pembangkang seperti Rafizi Ramli, Syed Saddiq dan kelompok pemimpin muda DAP sibuk menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia, orang UMNO terbuai pula den

TAKLIMAT KHAS SOLIDARITI BERUBAH MENJADI ACARA MEMALUKAN PERDANA MENTERI

Image
Riuh rendah satu negara dengan gelagat politik kita dalam Dewan Merdeka. Dari taklimat khas nak meraih simpati kepada Dato Najib berubah menjadi acara menyindir Perdana Menteri. Ditambah pula dengan beruk upahan yang disuruh boo bila nama Perdana Menteri disebut. Ini semua politik lama gedebe Kampong Dusun yang sudah tidak laku lagi. Kritikan ini bukan ditujukan kepada majoriti ahli-ahli UMNO. Tak benar jika kita mengatakan UMNO memusuhi Perdana Menteri. Majoriti ahli UMNO di dalam Dewan Merdeka juga turut marah dan tidak bersetuju dengan aksi politik yang kurang menyenangkan.  Perbuatan jijik ini hanya dilakukan oleh segelintir upahan geng 13.  Sudah hilang adab budaya tertib berjemaaah dalam UMNO. Sekali lagi insiden tepis tangan Perdana Menteri di PRN Johor cuba diulang kembali. Majoriti ahli UMNO yang hadir ke Dewan Merdeka dengan ikhlas ingin memberikan solidariti kepada Dato Najib. Alih-alih bertukar menjadi acara 'contempt of court' oleh SUA UMNO Ahmad Maslan dengan mena

MESYUARAT MKT MALAM INI BAKAL TENTUKAN NASIB UMNO BN DALAM PRU-15

Image
Dewan Merdeka menjadi saksi kepada percaturan beberapa kerat geng 13 yang mahu UMNO terus dibayangi Bossku. Bagi mereka UMNO akan mati sekiranya bukan Bossku yang menjadi Perdana Menteri dan menjadi Presiden UMNO. Tidak ada orang yang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO kecuali Dato Najib. Keimanan ini sudah menjadi akidah politik mereka dan tidak guna lagi untuk kita ubah keyakinan mereka. Tetapi, kita harus bersyukur kerana ini bukanlah pandangan majoriti MKT, Pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan. UMNO pernah melalui episod sama dahulu. Apabila peralihan kuasa dari Tun Mahathir ke Pak Lah.  Betapa hebatnya tekanan yang diberikan kepada Pak Lah pada ketika itu kerana bagi pentaksub Atok: tidak ada sesiapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO kecuali Atok. Begitu juga UMNO pada waktu ini. Ada sebilangan kecil kelompok pro-Najib yang mengatakan perkara yang sama. Segala jasa baik Ismail Sabri kepada UMNO dalam menyelesai

KE MANA HALA TUJU KITA?

Image
Tulisan ini menjurus kepada persoalan untuk pembubaran Parlimen segera dan untuk mempersoal keyakinan kita kepada kemenangan dengan harapan BN dominan semula. Kelompok kecil pro-Najib dalam UMNO sedang berkompang mengatakan bahawa UMNO harus membebaskan Dato Najib segera. Tuntutan demi tuntutan dalam Biro Politik tidak lain menjurus kepada tuntutan untuk membebaskan Najib. Dari cadangan gila menukar Ketua Hakim Negara hinggalah ke menukar Peguam Negara. Secebis kuasa yang Allah anugerahkan kepada UMNO pada waktu ini setelah kalah teruk PRU-14 di bawah kepimpinan Dato Najib tidak sedikit pun menginsafkan kita. Bagi kita, secebis kuasa berjaya menubuhkan Kerajaan Campuran dengan PAS dan PPBM ini tidak cukup bagus bagi kita. Kita sepatutnya lebih dominan. Kita sepatutnya lebih berkuasa. Jika kita berkuasa penuh, sudah tentu Dato Najib tidak ke penjara. Tidak salah untuk berfikiran sedemikan jika kita memang benar-benar diterima rakyat pada PRU-15 dan kita menang besar sebagaimana kita dak

PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI PERLU BERGANDING BAHU PERTAHANKAN UMNO DARI KUMPULAN 13 JAHANAM

Image
No one is above the law. No one is above the party. Ini peringatan penting untuk kita fahami bersama. Tidak ada mana-mana ahli UMNO yang lebih tinggi dari undang-undang. Dan tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang lebih tinggi dari parti. Pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO tetap berdiri. Ada beberapa pihak dalam UMNO yang sedang giatkan usaha untuk menyemai perpecahan disebabkan kes Dato Najib. Kumpulan 13 Jahanam ini telah tersesat dari perjuangan asal UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair... Apa yang mereka lakukan bukan lagi untuk perjuangan UMNO... Sebaliknya mereka telah terjerumus ke lembah kesesatan dan ketaksuban kepada pemimpin. Kumpulan 13 Jahanam ini sudah tidak peduli adab berjemaah. Jika tak dihalang gerakan kumpulan 13 Jahanam ini, parti bakal jadi mangsa perpecahan dek kerana pentaksub tegar ini. Sehebat-hebat pemimpin UMNO seperti Harun Idris pun sesekali tidak akan boleh mengatasi parti. Orang Melayu berpaut pada UMNO. Yang benar-benar berjasa kepada orang Melayu ad

UMNO TIDAK PERLUKAN PEMECAH BELAH SEPERTI PUAD ZARKASHI

Image
Emosi pemimpin dan akar umbi UMNO pada waktu dan ketika ini bercampur baur. Ada yang sedih, kecewa dan tidak kurang juga yang masih marah. Inilah asam garam dalam politik. Ada masa keputusan itu menyebelahi kita, dan ada kala keputusan itu tidak menyebelahi kita. Bukanlah tujuan tulisan ini untuk menambah pedih di hati kita.  Kita boleh terus berantakan dan menyemarakkan api sengketa. Atau kita boleh menyiram air perdamaian bagi meredakan jiwa yang panas membara. Terpulang kepada kebijaksanaan kita... Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri adalah sumber kekuatan untuk UMNO bangkit semula dari suasana hiba ini. Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri adalah sumber kekuatan untuk mengembalikan semangat UMNO yang seakan hilang bersama jejak Bossku ke penjara. Ini bukanlah penamat kepada perjuangan kita. Apa yang berlaku kepada Dato Najib adalah saki baki kezaliman yang diikat di tangan dan kaki kita. Memang benar Perdana Menteri itu Perdana Menteri UMNO. Tetapi ikatan dari pentadbi

APA YANG UMNO PATUT LAKUKAN UNTUK SELAMATKAN DATO NAJIB?

Image
  Pemahaman ini perlu dicerakinkan dengan bahasa mudah kepada orang UMNO agar kita semua faham apa yang sedang berlaku. Kita juga tidak mahu mantan Presiden UMNO Dato Seri Najib terus dianiaya oleh jentera sama yang digunakan oleh Atok dahulu. Dimana silap kita dalam menguruskan kes Mahkamah Dato Najib? Adakah semua pemimpin UMNO tidak membantu Dato Najib? Adakah Perdana Menteri kita yang merupakan Naib Presiden UMNO juga tidak bantu Dato Najib? Inilah persoalan yang sedang bermain dalam pemikiran akar umbi.  Ditambah lagi dengan roadshow oleh penyokong Bossku memberikan info yang adakalanya cuba menyalahkan orang yang tidak sepatutnya. Ramai tidak faham aturan di Mahkamah sehingga merasakan Dato Najib seakan-akan dibiarkan berseorangan tanpa dibantu langsung oleh Menteri dan Perdana Menteri UMNO kita di Putrajaya. Benarkah Dato Najib dianiaya dan dibiarkan berseorangan? Mari kita mulakan dengan memahami aturan Mahkamah dahulu.. Tahukah kita bahawa sekiranya orang awam dijatuhkan hukum

PERJUANGAN UMNO BN BAKAL DIGADAIKAN KERANA MASALAH PERIBADI PEMIMPIN?

Image
  Tulisan ini adalah ingatan  buat semua pemimpin UMNO. Apa pun, hujungnya Dato Seri Presiden berhak membuat keputusan sebaiknya demi kepentingan parti. Sebelum PRU-14 dulu pun, walaupun sudah diberikan banyak peringatan kepada pemimpin tertinggi UMNO, semua penasihat keliling Presiden UMNO pada waktu itu kata UMNO BN bakal menang besar PRU-14... Sindrom keyakinan tak tentu pasal ini memang sukar untuk dikikis... Tok Mat faham maksud penulis. Semua pun tahu sebelum PRU-14 dulu, behind closed doors - Tok Mat sendiri menyatakan kegusaran beliau isu 1MDB boleh tewaskan BN dalam PRU-14. Terbukti benar apa yang dikatakan Tok Mat. Tok Mat juga menyatakan perkara yang sama dalam wawancara baru-baru ini dengan media antarabangsa berpengkalan di Hong Kong. "Jika pemimpin berundur sebelum PRU-14, BN akan kekal Kerajaan.." "Jangan ulangi kesilapan sama pada PRU-15.." Hantu 1MDB, SRC ini kembali bergentayangan mahu santau semula UMNO BN... Tidak ada mana-mana Tok Bomoh pun mamp

TAK PERLU MESYUARAT MKT DAN TOP 5, IKUT SAJA CAKAP FB LIVE LOKMAN ADAM

Image
  Desakan PRU-15 segera telah datang dari Dato Seri Presiden UMNO sendiri. Antara kekhuatiran Dato Seri Presiden adalah: "Segerakanlah PRU-15 atau UMNO BN akan tewas dalam PRU.." Dato Seri Presiden merupakan tunjang kepada institusi. Dato Seri Presiden diibaratkan tiang seri utama kepada UMNO. Jika tiang seri goyah, maka boleh roboh semua struktur. Dalam apa juga keadaan, Dato Seri Presiden wajib dipertahankan. Jika dihadapkan pilihan antara Dato Seri Zahid Hamidi atau Dato Seri Najib, penulis akan memilih untuk bersama Dato Seri Zahid Hamidi selaku Presiden parti. Mengapa?  Apa pun yang berlaku kepada Dato Najib, ia tidak akan merencatkan perjalanan parti untuk hadapi PRU-15. Ini kerana semua urusan berkaitan parti dan urusan pilihanraya hendaklah di-endorse oleh Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Baik dari pemilihan calon. Tandatangan watikah. Hingga ke urusan kemenangan PRU sekiranya ada keperluan membentuk apa saja jajaran baharu bagi membentuk Kerajaan. Ia hendaklah dengan

PROVOKASI LOKMAN ADAM MANGSAKAN DATO NAJIB

Image
  Tidak salah untuk menyokong dan bersolidariti kepada isu Mahkamah Dato Najib. Itu tanda kasih kita kepada pemimpin. Ramai pemimpin UMNO dan penyokong hardcore Dato Najib yang bersimpati dan berusaha untuk membantu beliau dalam apa saja daya yang termampu. Namun, sokongan kepada Dato Najib tidak sesekali membenarkan kita untuk melanggar undang-undang sehingga menghina mahkamah atau 'contempt of court'. Ini jauh berbeza dengan seorang insan isitimewa yang bernama Lokman Adam. Inilah yang dikatakan 'menyokong membawa rebah'. Kebodohan Lokman Adam ini elok dikupas satu-satu agar menjadi pengajaran kepada kita semua. Janganlah kerana sokongan membabi buta kita akhirnya memangsakan pemimpin kita. Lokman Adam memang terkenal dengan aksi politik provokasi kepada penjawat awam, polis yang menjalankan tugas. Beberapa minggu lepas, Lokman Adam telah dihadapkan ke Mahkamah kerana didakwa membuat panggilan kesat 'bodoh' kepada polis yang bertugas di Mahkamah sewaktu kes Da