KEGAGALAN ZAHID HAMIDI SEBAGAI PENGERUSI BN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT PERJUANGAN CALON DAN AKAR UMBI BN



Dato Seri Zahid Hamidi kali pertama memikul tanggungjawab menjadi Pengerusi BN untuk masuk ke PRU-15.


Kalaupun ada kemenangan manis dalam PRK, PRN sewaktu beliau menjadi Pengerusi BN tetapi beban tanggungjawab PRU ini jauh berbeza. 


Kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Pengerusi BN ini sebenarnya tidak sepatutnya berlaku.


Apakah pasukan Dato Seri Pengerusi BN tidak belajar dari pengalaman Pengerusi BN terdahulu seperti Pak Lah, Dato Najib dalam mengemudi jentera BN?


FAKTOR CALON


Kesilapan pertama adalah kesilapan memilih calon WALI. Kriteria WALI yang disebut-sebut hanyalah retorik politik kerana akhirnya calon dipilih lebih kepada hubungan rapat calon dengan Dato Seri Presiden dan orang kelilingnya.


Apa kesan bila pemilihan calon ini silap? Kesannya cukup besar.


BN yang sudahpun memiliki fixed deposit di 43 kerusi Parlimen sebelum masuk PRU-15, hampir 10 kerusi putih bertukar kelabu dalam sekelip mata.


Dimana kebijaksanaan Pengerusi BN untuk gugurkan calon Menteri BN yang bukan sahaja dikenali rakyat di Parlimen tersebut malah memiliki kekuatan jentera dan dana yang akan membantu BN dalam menyumbangkan kerusi Parlimen BN.


Tak perlu penulis rungkai satu-satu kerusi ini.


NARATIF TAK JELAS


Pengerusi BN bagaikan hidup dalam kepompong dan seakan tidak tahu apa sentimen dan trend media baru. Isu A yang tengah hangat, Pengerusi BN keluarkan kenyataan mengenai isu B pula.


Tujahan pembangkang yang sepatutnya dibalas balik, berakhir dengan kelunakan kenyataan Pengerusi BN kepada musuh utama UMNO - Dato Seri Anwar Ibrahim.


Ini hanya menambah lagi kecurigaan akar umbi kepada spekulasi Cikgu-Anak Murid yang dimainkan parti musuh.


Mana No Anwar, No DAP?


Jika tak betul. Maka nafikan sekeras-kerasnya. Tak perlulah tersenyum-senyum kambing atau diam tanda setuju.


MANIFESTO ONE-MAN SHOW


Seharusnya manifesto BN ini dipersembahkan oleh Pengerusi BN dengan Presiden komponen sekali. Ini dapat membantu parti komponen menambah kerusi Parlimen untuk BN. Sebaliknya Pengerusi BN berucap terkontang-kanting seorang diri dengan Manifesto yang tidak ketahuan.


Jangankan pengundi, calon Parlimen BN sendiri tak tahu apa Manifesto yang Pengerusi BN rangka.


PENGERUSI BN TIDAK ADA PENGALAMAN 


Mungkin dulu apabila Dato Seri Zahid Hamidi masuk ke PRU, semuanya telah tersedia oleh pasukan Pengerusi BN team Dato Najib. Ini kali pertama beliau diberi tanggungjawab besar ini dengan keadaan lanskap politik yang begitu mencabar.


Jika sedar akan cabaran itu, sebaiknya Pengerusi BN tahu dimana kesilapan yang boleh dielakkan.


Akhir sekali, dengan segala ketempangan dan kelemahan akibat keputusan lemah Pengerusi BN ini bukanlah satu petanda untuk mengatakan calon Parlimen BN dan jentera akar umbi patah semangat.


Semangat jentera di bawah ini kekal membara. 


Kemenangan akan tetap menjadi milik BN kalaupun apa sahaja tohmahan yang dilemparkan oleh parti lawan.


Berbaki 3 hari ini, nasihat terbaik buat Dato Seri Pengerusi BN adalah jika tidak ada apa yang penting nak diungkapkan, lebih baik diam sahaja.


Jika Dato Pengerusi BN dah tak tahan nak buat kenyataan juga, rakyat nak tahu 2 perkara sahaja dari Dato Seri Zahid Hamidi:


1. Isu Cikgu


2. Percaturan calon PM



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA