Posts

Showing posts from September, 2022

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BAKAL MASUK KE PERANGKAP BANJIR RAFIZI

Image
Sebagai ahli parti akhirnya kita akan akur dengan apa sahaja kehendak parti pada mesyuarat MKT Jumaat ini. Itulah tanda setia kepada parti melebihi kepentingan diri kita sendiri mahupun mana-mana individu. Kepentingan parti melebihi segalanya. Gelombang bubar Oktober ini juga sudah sampai ke kemuncaknya. Dalam beberapa hari saja lagi kita bakal bubar Parlimen.  Walaupun ada sentimen bercampur baur dari kalangan akar umbi. Ada yang nak bubar dan ada juga yang mahu tunggu musim tengkujuh beransur dahulu. Tulisan ini sekadar beri peringatan akan perangkap yang telah dipasang oleh Rafizi kepada UMNO. Raja Formula Rafizi yang ke hulu ke hilir cuba salahkan UMNO BN kerana mahu bubar segera ini bukanlah kerana Rafizi ini seorang yang prihatin kepada masalah banjir yang bakal dihadapi rakyat. Rafizi bukan peduli pun pasal rakyat yang nak hadapi banjir. Bukan. Bukan. Bukan. Jangan kita tertipu lagi dengan Rafizi ini.  Petisyen tak mahu bubar Parlimen segera oleh Rafizi ini bukan kerana Rafizi p

MENGUNDI DI HARI BANJIR

Image
Peratusan mengundi kurang, BN akan menang : ini sifir yang benar-benar dipercayai BN. Teori ini pernah diuji pada tahun 2018 yang lalu. Pengerusi BN pada waktu itu mengadakan PRU-14 pada hari Rabu. Kita semua tahu kesudahannya. 82.32 peratus pemilih yang layak keluar mengundi. Peratusan ini merupakan antara yang tertinggi dalam sejarah. Ada yang pulang mengundi berkongsi kenderaan dengan individu yang baru sahaja dikenali di media sosial. Ada yang terbang dari negara luar dengan tiket yang dibeli hasil kutipan sumbangan rakyat. Mesej mereka pada waktu itu cukup jelas : anda cuba halang hak kami, tunggu kami balas di kotak undi. Selebihnya adalah sejarah yang tidak perlu saya ulang kembali. Kali ini, strategi yang sama sedang dipertimbangkan Pengerusi BN. Mengundi sewaktu banjir. Kata beliau, jentera akan tetap meredah air untuk berkempen. Ya benar, jentera BN tiada tandingnya. Kalau hari ini dibubarkan Parlimen, malam nanti bendera dan sepanduk akan siap dipasang. Namun kemarahan rakya

TAHNIAH DR. ASYRAF WAJDI : TOKOH PEMUDA PEMBAHARUAN REJUVENASI BN

Image
  Stadium Titiwangsa bergempita hari ini. Seramai 10,380 orang direkodkan hadir ke Majlis Pelancaran Jentera Pemuda Barisan Nasional 2022. Angka sebenar pengunjung dijangka jauh mengatasi jumlah yang direkodkan. Pemuda Barisan Nasional turun membawa satu mesej - Ini masa kami. Dr. Asyraf Wajdi membuka majlis dengan menyatakan bahawa peremajaan parti sedang berlaku. Dalam 3 pilihan raya negeri sahaja, 13 Pemuda Barisan Nasional dipilih sebagai wakil rakyat. 8 daripada mereka dilantik menjadi Exco Kerajaan negeri. Dalam semangat dan keterujaan kita untuk berpencak di gelanggang demokrasi kelak, saf kepimpinan parti perlu diperkukuhkan terlebih dahulu. Kemenangan dalam perlawanan-perlawanan terdahulu tidak bermakna sekiranya kita gagal dalam perang besar yang mendatang. Kita tidak mahu bersorak menang kini, namun kampung tergadai di kemudian hari. “ Kalau pemimpin-pemimpin kita bersatu hati, mereka (PH, PN) tidak ada peluang untuk menang pilihan raya.” “Jangan pula ada yang jadi tukang ba

STRATEGI TERBAIK BUAT BN ADALAH BUBAR PARLIMEN LEPAS BANJIR

Image
Tidak ada jentera parti yang terbukti dapat membantu  rakyat dalam bencana kecuali UMNO dan BN. Tidak ada jentera parti yang lebih berpengalaman dalam menguruskan bencana banjir kecuali UMNO dan BN. Dengan kekuatan jentera parti UMNO dan BN di semua peringkat di seluruh negara, membantu rakyat dalam bencana banjir merupakan aset berharga yang tidak boleh ditandingi oleh parti lawan. Tanpa perlu kita berselindung, kita seharusnya menjadikan banjir hujung tahun ini sebagai medan politik untuk memberi pukulan maut TKO kepada semua parti lawan kita. Lihat saja kepada kerajaan negeri pembangkang yang gagal menguruskan banjir. Kita biarkan pembangkang dengan kebodohan mereka dalam menguruskan bencana. Biar UMNO dan BN sahaja jadi juara rakyat.  UMNO dan BN telah terbukti berjaya dalam soal kebajikan rakyat.  DAP dengan perangai kedekut tidak mahu meluluskan peruntukan MOF untuk membantu mangsa banjir. PKR dengan perangai MB hilang entah ke mana sewaktu banjir sudah naik ke  paras bumbung. PA

BUBAR PARLIMEN SEGERA BAKAL JADI TRAGEDI OKTOBER BUAT BN

Image
MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai penghujung Oktober yang akan membawa kepada banjir besar pada bulan November. Situasi pada waktu itu dijangka akan berlarutan memandangkan Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh tersebut. Ini satu krisis besar. Banjir hujung tahun sudah menjadi krisis nasional yang memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan. Jabatan Perangkaan Negara menyatakan bahawa banjir besar yang melanda negara hujung tahun lalu menyebabkan kerugian keseluruhan mencecah RM6.1 bilion. Jumlah ini terlalu kecil berbanding kehilangan nyawa 54 orang yang terpaksa ditanggung keluarga mangsa. Kerajaan akan dipertanggungjawabkan oleh rakyat sekiranya kita gagal mengurus banjir kali ini. Kerajaan sudah tidak boleh lagi berikan alasan aset Kerajaan tak mencukupi, kita tak menjangka banjir besar. Apatah lagi jika kita mahu semua kekuatan dan jentera Kerajaan dipersiapkan untuk hadapi pilihanraya pada tahun ini dan bukan untuk persiapan krisis nas

ISMAIL SABRI KEKAL TEGUH DEMI PERJUANGAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR

Image
  Ismail Sabri perlu kekal teguh demi menyelamatkan Malaysia dan nasib bangsa dari terlepas ke tangan yang salah. Desakan demi desakan yang dikenakan kepada Perdana Menteri pada waktu ini seakan serangan politik yang tersusun. Seakan-akan dari pelbagai arah, walaupun hakikatnya datang dari satu arah saja sebenarnya. Walaupun segala tuntutan UMNO telah dipenuhi dan segala urusan pentadbiran negara diuruskan dengan begitu baik sekali oleh Perdana Menteri dari UMNO ini. Desakan ini tidak pernah berhenti. Dimana silapnya? Tidak cukup dengan itu, segala pertuduhan yang melibatkan pemimpin UMNO di Mahkamah juga diletakkan beban kesalahan itu di atas bahu Perdana Menteri. Walaupun angka semasa menunjukkan yang UMNO BN agak berat untuk menang majoriti mudah disebabkan ketidaktentuan pengundi muda dan atas pagar, ini tidak menghentikan lagi segala desakan kepada Perdana Menteri untuk segera bubarkan Parlimen. Apa muslihat disebalik desakan kepada Perdana Menteri ini? Tak salah jika kita buat ba

PENGUNDI ATAS PAGAR PENENTU KEMENANGAN BN PRU-15

Image
  Ribut dalam cawan dalam UMNO sudah mula reda. Desakan untuk bubar segera yang hanya akan mengeruhkan keadaan dikalangan pemimpin UMNO juga diharapkan sudah mula reda. Seharusnya fokus kita kini adalah kepada rakyat. BN hanya akan menang dominan PRU-15 jika fokus kita adalah untuk menjaga rakyat. Paling penting sentimen pengundi atas pagar kepada BN. Walaupun kita teruja mendengar kisah politik dalaman UMNO, lebih-lebih lagi dari agen pemecah belah seperti Lokman Adam, ini sedikit pun tidak akan menambah pengundi atas pagar kepada BN. Segala sengketa dalaman  UMNO yang cuba disemarakkan ini tidak akan menambah undi atas pagar dan #Undi18 kepada kita. Hakikatnya, pemimpin UMNO yang sedang giat menambah pengundi atas pagar dan #Undi18 kepada UMNO BN adalah Perdana Menteri kita. Jika masih ada kalangan pemimpin UMNO yang masih tak kebah dengan politik dalaman UMNO... Perdana Menteri tidak berhenti turun ke setiap pelusuk negara bertemu dengan orang muda yang majoriti merupakan pengundi k