Posts

Showing posts from October, 2022

PERCATURAN PWTC BAKAL MANGSAKAN KERUSI PARLIMEN SASARAN BN?

Image
Amat tidak molek dalam keadaan dan waktu kritikal ini untuk kita mencipta polemik. Sedangkan inilah waktu untuk kita tingkatkan perpaduan di dalam parti dan hubungan dengan komponen parti BN. Tetapi jika kita diamkan apa sahaja percaturan politik di Kuala Lumpur tanpa memikirkan sentimen akar umbi dan pimpinan Bahagian, ini bakal jadi punca kepada perpecahan dalaman UMNO yang tak mampu untuk kita tangani berbaki beberapa hari saja lagi ke hari mengundi. Tulisan ini bukan untuk mempertahankan mana-mana calon Parlimen BN, baik yang hidup mahupun yang telah mati. Tulisan ini juga bukan balaci upahan untuk mengangkat pemimpin A atau pemimpin B. UMNO itu hanya ada satu Presiden. BN pula hanya ada satu Pengerusi. Kepentingan parti melebihi mana-mana pemimpin atau individu. Tulisan ini adalah pandangan akar umbi agar dalam kesibukan jentera dibawah ini bertungkus lumus membuat gerak kerja untuk bakal calon yang telah dicadangkan oleh Bahagian, alih-alih Sang Penasihat keliling Presiden lebih

BUBAR PARLIMEN: MENJAWAB TOHMAHAN AWAL PEMBANGKANG KEPADA UMNO BN

Image
Pembangkang termasuk PPBM akan terus menghasut rakyat untuk menyalahkan UMNO BN kerana membubarkan Parlimen dalam musim tengkujuh. Pembangkang DAP juga giat mainkan kempen #UndiBanjir.  Pembangkang sudah kehabisan modal politik. Gelombang feel good factor Bajet 2023 BN ternyata telah membuatkan pembangkang dan PPBM hilang punca. Pembangkang tidak mahu bubar Parlimen bukanlah kerana mereka fikirkan rakyat. Jika kita lihat, yang sibuk berkempen politik dalam tempoh tengkujuh ini adalah pembangkang.  Jawapan mudah mengapa UMNO komited untuk  membubarkan Parlimen  adalah demi kepentingan negara. Inilah sebab utama UMNO BN mahu membubarkan Parlimen. UMNO BN mahu kembalikan kestabilan dan memacu semula ekonomi yang telah diranapkan oleh PH dan Bapa Lockdown PPBM dahulu. Berkat segala usaha Perdana Menteri dari UMNO BN, dalam tempoh setahun ini, banyak manfaat telah dirasai oleh rakyat Malaysia. Dari subsidi RM77 bilion barang keperluan asas, hinggalah kepada bantuan peranti siswa kepada anak

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA

Image
  Pembangkang tuduh UMNO BN gila kuasa kerana tidak endah dengan nasib rakyat mahu bubar Parlimen segera walaupun ada risiko banjir. Inilah modal pembangkang dan PPBM untuk burukkan UMNO BN. Tuduhan UMNO BN gila kuasa kerana bubar Parlimen ini adalah tuduhan paling tak masuk akal. Mana ada orang yang gila kuasa mahu lepaskan jawatan utama dalam Kerajaan? Jika UMNO BN gila kuasa, sudah tentu jawatan dalam Kerajaan ini tak mahu dilepaskan dan biar saja Parlimen bubar tahun hadapan. Bukankah UMNO BN bertanggungjawab dengan melepaskan jawatan utama di Putrajaya dan memulangkan semula mandat kepada rakyat? Inilah sikap gentleman UMNO BN yang tidak ada pada parti pembangkang dan PPBM. UMNO BN juga dituduh tergesa-gesa mahu bubar Parlimen segera kerana mahu lepaskan pertuduhan Mahkamah dari pemimpin utama UMNO. Ini juga tuduhan tak berasas. Bukankah Dato Najib terpaksa hadapi hukuman penjara kerana pertuduhan politik terancang yang dipasang oleh puak Atok dan Muhyidin dulu? Tuduhan Rafizi, Mu