Posts

Showing posts from June, 2022

10 DALIL ZAHID WAJIB UNDUR

Image
1. Presiden yang berhadapan dengan 47 tuduhan rasuah dan jenayah 2. Menggesa PRU-15 diadakan awal demi menyelamatkan dirinya 3. Membentuk jajaran baru dengan Anwar Dan DAP  4. Bertopengkan agama dengan menubuhkan yayasan, sedangkan dana tersebut digunakan untuk membayar kad kredit keluarganya 5. Gagal memperjuangkan Hasni sebagai MB Johor 6. Menerima suapan dari wang UKSB yang diperakui sendiri oleh pemberinya 7. Pemecatan Tajuddin Rahman membuktikan Presiden lebih mementingkan dirinya berbanding parti 8. Seramai 130 Ketua Bahagian mahu Zahid letak jawatan  9. Audio perbualan Perhimpunan Agung UMNO dengan Anwar Ibrahim sebagai "cikgu saya"  10. Menangguhkan pemilihan UMNO sehingga melanggar peraturan ROS yang boleh menyebabkan UMNO diharamkan Sudah tiba masanya Zahid Hamidi berundur secara terhormat.

7 KESALAHAN PRESIDEN UMNO YANG MELANGGAR DISIPLIN DAN TATA TERTIB PARTI

Image
Panduan Memecat Presiden UMNO Menurut Fasal 19.12 Perlembagaan Umno, ahli majlis tertinggi - termasuk presiden dan timbalan presiden - boleh dipecat dengan sokongan dua pertiga perwakilan dalam EGM. 1. Melanggari Ketetapan PAU UMNO 2020  Membentuk Jajaran Baru Dengan Anwar Dan DAP  Melanggar ketetapan dan dasar parti dalam isu No Anwar No DAP yang merupakan keputusan PAU 2020 UMNO.  2. Melanggari Ketetapan Majlis Tertinggi UMNO 2009  Peraturan yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno pada 29 Mei 2009 ketika Najib Razak merupakan presiden parti itu menyatakan mana-mana pemimpin atau ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik digantung semua jawatannya di dalam parti. Ketetapan Majlis Tertinggi pada 2009 menyatakan pemimpin yang didakwa boleh digantung jawatan sehingga pelupusan kes Ahmad Zahid Hamidi pada ketika ini berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbud

ZAHID TELAH MENCEMAR KERAMAT PRESIDEN UMNO DENGAN MENGGADAIKAN SOKONGAN KEPADA ANWAR DAN DAP

Image
Bukan lagi spekulasi politik. Bukan lagi fitnah. Sudah terang, jelas dan nyata. Pertama kali dalam sejarah Presiden UMNO menghantar SD sokongan kepada musuh utama UMNO untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Satu pengkhianatan besar kepada seluruh akar umbi UMNO. Apa kita semua merelakan perbuatan Presiden UMNO itu atas nama strategi? Itu namanya strategi kepala bana. Presiden UMNO sanggup angkat musuh utama UMNO nak diangkat sebagai Perdana Menteri dengan jajaran PKR dan DAP. Sedangkan sudah terbentang sokongan untuk mengangkat kepimpinan UMNO iaitu Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri. Jika itulah tahap strategi politik Presiden UMNO, sebaiknya eloklah Presiden UMNO berundur dari terus mengheret UMNO ke dalam gaung. Presiden UMNO sudah hilang pedoman politik kerana beban masalah peribadi beliau telah merencatkan akal budi pemikiran politiknya. Apa motif Dato Presiden? Apa motif Zahid Hamidi mahu menggadaikan parti UMNO terus dipijak oleh musuh? Presiden UMNO mahu Presiden PKR menjadi

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

Image
Bergegar politik tanahair dengan pendedahan politik veteran UMNO, Ahli Parlimen  Pasir Salak Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam PC petang tadi. Kebenaran itu memang pahit. Tetapi sekiranya semua pemimpin kanan UMNO dan pemimpin akar umbi masih berpeluk tubuh kerana takut tidak mendapat watikah Presiden UMNO untuk bertanding PRU-15, sampai bilakah masalah dalaman UMNO akan selesai? Mesej Dato Tajuddin Rahman cukup jelas: BN tidak boleh menang PRU-15 jika Dato Seri Zahid Hamidi masih Presiden UMNO dan Pengerusi BN. Ini bukan cakap-cakap politik dari budak baru nak bertatih dalam politik. Ini adalah kenyataan dari seorang veteran politik UMNO yang sudahpun mencurahkan jasa selama 50 tahun kepada UMNO. Pernah dipecat dari parti. Pernah disumbat ke ISA. Kata-kata yang keluar dari pemimpin veteran begini jangan diambil ringan. Beliau mampu melihat masa depan UMNO cukup dengan sekilas pandangan politiknya saja.  Usia politik beliau mematangkan bacaan politik beliau. Kasih beliau kepada UMN

MEMAHAMI “SUMPAH COUNTRY HEIGHTS” DAN TUJUAN DIPAKSAKAN PRU-15 SEGERA

Image
Ribut politik tiba-tiba melanda. Kesepakatan yang dicapai sewaktu PAU, EGM dan Konvensyen BN bagaikan tak mampu menahan UMNO dari terus bergolak. Dimana silapnya? Keris yang dulunya tersisip rapi sudah digenggam di tangan, malah ada yang melatah hingga sudah membuka sarung! Sabar.  Tenang. Jika menurut Muhyidin dan kuncu Parti Bunga, ini adalah permainan politik kluster Mahkamah yang mahu PRU-15 disegerakan supaya mereka dapat meloloskan diri dari pertuduhan di Mahkamah. Hakikatnya, apa sahaja yang dituduh atau difikirkan Muhyiddin sudah tidak relevan lagi dalam arus politik utama. Bapa Lockdown sudah gagal. Dan amat sukar untuk membuat come back. Tidak perlu Muhyiddin nak campuri urusan rumahtangga UMNO. Tak ramai akar umbi UMNO tahu perihal 'Sumpah Country Heights'. Jika kita ingat semula klip audio antara Cikgu dan anak murid, kita akan faham dari mana teori jajaran itu muncul dan apa janji di dalam 'Sumpah Country Heights'. Biar penulis nyatakan saja kebenaran yang

JAZLAN PULAI BAWA MALAPETAKA PERPECAHAN DALAM BN.

Image
Jazlan Pulai cukup kurang ajar. Entah apa yang nak dimarahkan sampai buat kritikan terbuka kepada YAB PM DSIS. Kecaman terbuka oleh Jazlan Pulai kepada DSIS tidak akan bawa manfaat kepada UMNO dan BN.  Tindakan bodoh Jazlan Pulai ini hanya akan mengeruhkan keadaan dalam keadaan BN perlu siap siaga untuk hadapi PRU-15 pada bila-bila masa. Jazlan hanyalah memalukan dirinya sendiri dan sama sekali tidak mencerminkan kepimpinan wibawa yang pernah ditunjukkan oleh Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat. Kritikan Jazlan konon YAB PM DSIS dilihat lemah kerana tidak mampu menukarkan Zuraida Menteri Komoditi adalah bukti nyata bahawa Jazlan ini bukan sahaja bodoh, malah terlihat kebodohannya. Ini adalah fakta politik agar kebodohan Jazlan Pulai ini dapat kita kaji bersama: Kebodohan Jazlan #1 Pertama sekali, yang beriya mahu tukarkan Zuraida itu adalah Presiden Parti Bunga Muhyiddin. Ini kerana menurut Muhyiddin jawatan Zuraida adalah kuota PPBM. Muhyiddin sendiri mengaku yang dah 2 minggu dia cuba

MASALAH DALAMAN DALAM NEGERI-NEGERI PENGHALANG PRU 15

Image
1. Tarikh dan bila PRU-15 akan diadakan sudah mula menjadi pertanyaan semua pihak. Banyak yang minta awalkan, banyak juga yang minta laksanakan selepas habis penggal. Antara yang meminta diawalkan PRU adalah pemimpin pemimpin UMNO sendiri, kerana mereka sudah mula yakin, kejayaan di PRN Johor dan Melaka sudah mula menunjukkan rakyat mula untuk kembali ke BN. 2. Pun begitu, dengan penuh rasa rendah diri, saya rasa pihak MT UMNO perlu untuk menilai semula tindakan itu, sebab kita tak nak yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran. 3. Tok Mat sendiri pernah berkata UMNO belum pulih sepenuhnya, banyak faktor dan perkara perlu untuk diambil kira menjelang PRU-15. Kata beliau, kita perlu untuk berjaya mengurus generasi millineal sebab mereka mecakupi 30% daripada jumlah pengundi, dan kebanyakan mereka masih tidak “favour” dengan perjuangan UMNO. Mudahnya, tanpa undi muda, kita sebenarnya masih dont have enough voters untuk menang. 4. Malah dalam ucapan Tok Mat dalam Perasmian Perhim

NAK DIPAKSAKAN JUGA PRU-15 SEGERA DALAM KEADAAN RAKYAT MASIH BERGELUT DENGAN MASALAH EKONOMI?

Image
Dalam mengupas isu ini ada dua pandangan besar yang diterima umum dalam UMNO. Biarlah kita berterus-terang saja. Tak perlu selindung. 2 pandangan tersebut adalah: 1. Segerakan PRU-15 akan menguntungkan BN dari segi politik kerana blok pembangkang sedang berpecah dan dah hilang arah untuk mendepani gelombang biru BN hasil kemenangan PRN Melaka dan PRN Johor. Ini juga seterusnya dapat berikan kestabilan politik kepada negara yang akhirnya menguntungkan rakyat. 2. Tangguh dulu PRU-15 kerana memikirkan keadaan ekonomi pasca pandemik dengan inflasi yang kian meningkat, harga barangan semakin naik, isu supply chain barangan asas di pasaran yang beri kesan langsung kepada ekonomi isi rumah B40. Kita bincang 2 cadangan umum diatas dengan objektif dan bukan untuk mewujudkan lagi perpecahan antara kita. Tak mungkin BN boleh masuk ke PRU-15 tanpa semua pemimpin dan jenteranya memiliki keyakinan yang sama untuk kembalikan BN menjadi parti dominan menguasai Putrajaya. Konteks 2 pandangan umum di at

Perbandingan integriti politik antara Presiden Parti Bunga dan Presiden UMNO

Image
Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri yang dilantik kerana pengkhianatan. Belum pernah lagi mana-mana Perdana Menteri dilantik dengan jalan mengkhianati koalisi yang memenangi PRU untuk kemudiannya sekongkol dengan pihak lawan.  UMNO punya maruah dan tidak hadap kepada tawaran 'scheme of things' Muhyiddin. Keutamaan UMNO pada waktu itu adalah untuk menyelamatkan negara dari puak PH yang sedang gila berebut kuasa. UMNO bukan bersama kerana gilakan jawatan, UMNO bersama pada waktu itu kerana memikirkan rakyat.  Kemudian Muhyiddin letak jawatan. Muhyiddin tanpa segan silu cuba menyalahkan perletakan jawatannya kepada 'kluster mahkamah' yang kononnya tidak mahu beliau terus jadi Perdana Menteri. Dalam siri kempen di PRN, Muhyiddin tidak habis-habis menyerang Presiden UMNO yang kononnya iri hati kepada kejayaannya menjadi Perdana Menteri. Amatlah menggelikan hati mendengar tuduhan Muhyiddin kepada Presiden UMNO itu. Pertama sekali, tidak pernah ada mana-mana pemimpin polit

APA AKAN BERLAKU JIKA BN GAGAL RAIH 112 KERUSI PARLIMEN UNTUK BENTUK KERAJAAN DENGAN MAJORITI MUDAH PRU-15?

Image
Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Setiap keputusan diambil ada risikonya. Adakala perkiraan kita diambil dari perspektif politik tak semestinya menguntungkan dari segi aspek rakyat dan negara. Adakalanya keputusan itu dibuat untuk kebaikan negara, tak semestinya menguntungkan parti kita.  Inilah keseimbangan yang wajar kita nilai bersama. Janganlah kita sokong tanpa berhujah baik buruk.  Bukankah kita sudah lalui episod derita PRU-14? Bukankah sepatutnya BN menang besar PRU-14?  Segala petunjuk beri tanda bahawa BN sepatutnya menang selesa PRU-14. Itu kata penasihat DSNR dahulu. Siapa berani sanggah? Jika disanggah mungkin terpelanting keluar tingkap. Zaman berubah. Kalau dulu Pengerusi BN dan Perdana Menteri miliki kuasa mutlak menentukan bila PRU, kuasa sakti itu telahpun tercabut dari Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Bukan niat merendahkan kuasa Presiden UMNO, tetapi itulah hakikatnya. Begitu juga dengan suara-suara yang mendesak pada ketika ini. Seeloknya dibuat bulan 8 tahun