BUBAR PARLIMEN: MENJAWAB TOHMAHAN AWAL PEMBANGKANG KEPADA UMNO BN



Pembangkang termasuk PPBM akan terus menghasut rakyat untuk menyalahkan UMNO BN kerana membubarkan Parlimen dalam musim tengkujuh. Pembangkang DAP juga giat mainkan kempen #UndiBanjir. 


Pembangkang sudah kehabisan modal politik.


Gelombang feel good factor Bajet 2023 BN ternyata telah membuatkan pembangkang dan PPBM hilang punca.


Pembangkang tidak mahu bubar Parlimen bukanlah kerana mereka fikirkan rakyat.


Jika kita lihat, yang sibuk berkempen politik dalam tempoh tengkujuh ini adalah pembangkang. 


Jawapan mudah mengapa UMNO komited untuk  membubarkan Parlimen  adalah demi kepentingan negara.


Inilah sebab utama UMNO BN mahu membubarkan Parlimen.


UMNO BN mahu kembalikan kestabilan dan memacu semula ekonomi yang telah diranapkan oleh PH dan Bapa Lockdown PPBM dahulu.


Berkat segala usaha Perdana Menteri dari UMNO BN, dalam tempoh setahun ini, banyak manfaat telah dirasai oleh rakyat Malaysia.


Dari subsidi RM77 bilion barang keperluan asas, hinggalah kepada bantuan peranti siswa kepada anak muda.


Inilah jasa terbesar UMNO kepada rakyat Malaysia terutama orang Melayu.


Pembubaran Parlimen ini juga adalah titik tolak dari kenyataan Muhyiddin yang isytihar perang secara terbuka kepada UMNO.


Ini satu lagi kerja gila PPBM. Dah tentu PPBM dalam Kerajaan dan Kabinet, alih-alih isytihar perang terbuka kepada UMNO BN.


Bagaimana kita nak meneruskan lagi Kerajaan dengan keadaan begini?


Jadi, tak perlu kita apologetik.


Kita bulatkan tekad dan himpunkan segenap daya dan tenaga di semua peringkat untuk menangkan semua calon BN dalam PRU-15 ini.


Kemenangan bakal menjadi milik kita Insya-Allah.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA