AKHIRNYA TOK MAT BUAT PENDEDAHAN BERANI : NAJIB KENA MASUK KE PENJARA






Ini bukan fake news. Ini adalah petikan dari media Asia Times yang berpengkalan di negara Asia.


Dalam segala ribut politik yang sedang melanda. Tanpa diduga kenyataan ini datang dari pemimpin no 2 UMNO.


Mengapa tiba-tiba Timbalan Presiden UMNO buat kenyataan mengejutkan ini?


Apakah kenyataan Tok Mat kepada Asia Times?


Isu Najib ke penjara


"Mahkamah adalah tempat untuk membuktikan sama ada awak bersalah atau tidak. Dia (Najib) tak buktikan. Dia (Najib) tak mampu buktikan."


"Semua orang kena jalani hukuman. Jika kita mahu pengampunan, dia (Najib) kena lalu proses dahulu. Dia (Najib) kena masuk ke dalam (penjara) dahulu."


"Kita tidak boleh beri pengampunan (Najib) tanpa lalu proses dahulu. Itu salah. Itu memang betul-betul salah. Ramai pemimpin utama UMNO dahulu, Harun Idris, Menteri Besar Selangor. Mokhtar Hashim (mantan Menteri KBS kes bunuh) juga jalani hukuman. Semua orang kena terima hukuman sebelum pengampunan. Itu sahaja. Tidak ada jalan lain." 


Isu kekalahan PRU-14 dan 1MDB


"UMNO kalah pada 2018 bukan kerana kita tak menjaga rakyat. Hanya ada satu isu sahaja: 1MDB. Parti dan Kerajaan terlalu toleran. Kita gagal untuk jelaskan. Kita gagal untuk sampaikan kebenaran. Itu satu-satunya isu yang kita gagal untuk jelaskan dengan sebaiknya sebelum PRU-14."


"Kita jangka ia hanya isu biasa. Kita tak menyangka ia bagaikan api di dalam sekam yang merebak luas. Rakyat tahu perkara yang terjadi. Jadi kita tak boleh elak dan sapu ke dalam karpet, kita kena jelaskan. Negara telah terjerumus disebabkan isu malapetaka 1MDB ini."


"(1MDB) dilakukan di luar imbangan kewangan, oleh seorang individu: Perdana Menteri (Najib) dan dia juga adalah Menteri Kewangan. Dia bertanggungjawab kepada 1MDB. Di situ punca masalah bermula."


"Jika (Najib) berjiwa besar untuk beri laluan kepada pemimpin lain seketika, UMNO tidak akan kalah PRU-14 dan akan kekal jadi Kerajaan."


Isu Zahid Hamidi


"Zahid sibuk naik turun Mahkamah setiap hari, dan mindanya juga memang terarah (kes Mahkamah). Saya katakan, tak perlu risau, serahkan kepada saya. Saya akan uruskan parti. (Dato Seri Zahid) boleh fokus kepada urusan kes Mahkamah."


Memang kita semua tahu banyak yang terbuku di hati Tok Mat. Mungkin dah tak tertahan nak menanggung lagi. 


Maka Tok Mat meluahkan rasa dengan media luar negara.


Dengan macam-macam asakan yang ditujahkan kepada beliau selama ini.


Mungkin ini masanya Tok Mat meluahkan rasa yang terbuku.


Jika kita ingat, dulu sekitar tahun 2015, 2016 ada klip audio Tok Mat mengkritik 1MDB dan beliau sendiri memang tak setuju dengan cara Dato Najib tangani isu 1MDB.


Kita doakan semoga ribut politik ini segera berakhir.


Kerana yang boleh musnahkan UMNO ini bukanlah parti lawan..


Tetapi UMNO hanya boleh dimusnahkan oleh tangan-tangan pemimpin UMNO sendiri.


Maka, kepada Allah kita berserah.




Bersambung ke siri seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA