APA AKAN BERLAKU JIKA BN GAGAL RAIH 112 KERUSI PARLIMEN UNTUK BENTUK KERAJAAN DENGAN MAJORITI MUDAH PRU-15?



Dalam politik apa sahaja boleh berlaku. Setiap keputusan diambil ada risikonya. Adakala perkiraan kita diambil dari perspektif politik tak semestinya menguntungkan dari segi aspek rakyat dan negara. Adakalanya keputusan itu dibuat untuk kebaikan negara, tak semestinya menguntungkan parti kita. 


Inilah keseimbangan yang wajar kita nilai bersama. Janganlah kita sokong tanpa berhujah baik buruk. 


Bukankah kita sudah lalui episod derita PRU-14?


Bukankah sepatutnya BN menang besar PRU-14? 


Segala petunjuk beri tanda bahawa BN sepatutnya menang selesa PRU-14.


Itu kata penasihat DSNR dahulu.


Siapa berani sanggah?


Jika disanggah mungkin terpelanting keluar tingkap.


Zaman berubah.


Kalau dulu Pengerusi BN dan Perdana Menteri miliki kuasa mutlak menentukan bila PRU, kuasa sakti itu telahpun tercabut dari Pengerusi BN dan Presiden UMNO. Bukan niat merendahkan kuasa Presiden UMNO, tetapi itulah hakikatnya.


Begitu juga dengan suara-suara yang mendesak pada ketika ini. Seeloknya dibuat bulan 8 tahun ini, ada pula nujum yang berkata seeloknya dibuat pada bulan 10 tahun ini. Menilik bila PRU dengan nafsu politik ini sememangnya mudah. 


Tetapi untuk menentukan tarikh PRU-15 dengan mengambil kira nasib 22 juta rakyat Malaysia ini tak semudah itu. Keputusan bila PRU akan beri kesan langsung kepada periuk nasi rakyat. Bukan keputusan yang boleh dibuat main-main mengikut selera puak atau parti politik semata. 


Segala angka ekonomi pada waktu ini tak menunjukkan tanda yang memberangsangkan. Kalaupun semuanya telah dijangka dan telahpun diambil tindakan drastik oleh Perdana Menteri untuk menampan segala isu kos barang yang meningkat dan kadar inflasi.


Anjakan ekonomi perlukan masa.


Diulang, anjakan ekonomi perlukan masa.


Ia bukan seperti memetik lampu bilik yang bila ditekan terus menyala.


Mengambil kira saiz ekonomi Malaysia dan faktor geopolitik, anjakan ekonomi Malaysia perlukan masa. 


"Apa kita peduli pasal angka ekonomi, asalkan untungkan UMNO buat sajalah PRU-15 secepat mungkin.."


Benarkah segerakan PRU-15 akan untungkan BN?


Dalam keadaan ekonomi yang masih tak menentu ini.


Pemimpin Top 5 UMNO sememangnya faham perkara ini. 


Dan dalam kebanyakan keadaan, keputusan yang akan diambil sudah tentu mengambil kira semua faktor. 


Hati-hati tak bererti takut,


Berani tapi jangan letak otak di lutut,


Jangan kita jadikan keputusan politik ini satu taruhan,


Nasib rakyat kita masih tak ketahuan,


Berdoalah kita agar diberi pedoman.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA