BERSEDIAKAH KITA UNTUK HADAPI PRU-15 PADA TAHUN INI?


Dalam ucapan PAU lepas, Tok Mat ada pesan bahawa faktor kemenangan BN ditentukan bukan sahaja oleh kekuatan jentera kita tetapi juga faktor luar seperti perkembangan percaturan politik blok pembangkang PH dan PN rakan sekutu semasa kita dalam Kerajaan.


Ingatan Tok Mat pada ketika itu membayangkan bahawa penggabungan blok pembangkang PH dan PN untuk formula satu lawan satu dengan calon BN ini tak mustahil akan berlaku. Jangkaan Timbalan Presiden UMNO ini terbukti tepat.


Tak semestinya penggabungan koalisi itu perlu diikat dengan perjanjian atau lebih kerap digunakan pemimpin pembangkang sebagai 'khemah besar', cukup untuk mereka mengadakan satu 'kompromi politik' sahaja:


"Kerusi kau menang aku tak masuk. Kerusi aku dah menang kau jangan masuk. Kita lawan satu lawan satu dengan BN."


Jangan kita anggap semua pemain politik PN dan PH ini tongong semua, walaupun tak dinafikan ramai yang memang tongong. 


Mereka juga faham perkiraan dan percaturan politik ini. Jika kita ada data dan angka. Mereka juga sama. 


Disebabkan ketakutan kita kepada perkara ini, maka ada seruan agar dipercepatkan PRU-15:


"Jangan sampai pembangkang PH dan PN sedar hal ini dan mereka membentuk satu persefahaman untuk mengalahkan BN pada PRU-15. Cepat. Jangan tunggu lamo-lamo... nanti kerusi diambil orang.."


Sabar. 


Tarik nafas dalam-dalam.


Kita setuju dalam soal pembangkang bergabung atau pembangkang tidak bergabung bakal menjadi faktor external kepada kemenangan atau kekalahan BN pada PRU-15.


Itu kita setuju.


Tetapi betapa kuat pula faktor dalaman kita untuk hadapi PRU-15?


Tak mungkin kita nak menang PRU-15 kerana mengharapkan musuh politik kita berpecah belah semata-mata. Dan bukan kerana kekuatan kita sendiri. 


Sudah cukup bersediakah kita?


Perkiraan mudahnya kita terima kesemua 42 kerusi Parlimen yang sedang kita sandang akan kekal milik kita PRU-15. 


Baki tambahan 70 kerusi Parlimen itu yang menjadi persoalan.


Barang diingat dari 70 kerusi tersebut, hampir 20 ke 30 kerusi Parlimen itu sedang disandang oleh Menteri dan Timbalan Menteri PN. 


Adakah semudah itu mereka nak bagi laluan kepada calon BN menang?


Yakinkah kita dapat semula Larut yang disandang Menteri KDN sekarang?


Kalau kita ada strategi, Hamzah juga ada strategi. Bukan calang-calang orang. Pernah satu ketika jadi operator utama yang memecahkan UMNO dari dalam.


Yakinkah kita dapat semula Beluran yang disandang Ronald Kiandee Menteri MAFI sekarang?


Bukan kecik majoriti yang beliau menang. Berpeluh juga calon BN nanti nak berkempen nak rampas semula kerusi ini dari penyandang Menteri atau Timbalan Menteri.


Kalau nak disenaraikan cukup banyak. Cuma tulisan ini sekadar ingatan. Bukan bertujuan nak mengampu pemimpin sehingga terapung, kemudian semua kita dimandikan pihak lawan dalam PRU-15 seperti PRU-14 dahulu.


Kalau nak diingat balik, geli-geleman mendengar penasihat-penasihat DSNR memberi taklimat tentang BN bakal menang besar sebelum PRU-14. 


Hujungnya, satu demi satu kerusi tumbang ke tangan pembangkang. Sudah-sudahlah bagi laporan palsu nak mengampu pemimpin ni. 


Sejauh mana pun populariti DSIS kepada pengundi belum dapat lagi meyakinkan kita bahawa BN bakal dapat tambahan 70 lagi kerusi Parlimen. Beliau baru sahaja duduki jawatan itu dan untuk berlaku adil, 3 bulan pertama dihabiskan untuk menstabilkan kegawatan politik, masuk bulan ke 4 seterusnya usaha beliau adalah untuk menstabilkan ekonomi dan menjaga kepentingan rakyat. 


Tak semua dalam Kerajaan Keluarga Malaysia ini tidur sebantal mimpinya sama. Azmin mimpi nak jadi TPM. Muhyiddin mimpi nak jadi PM semula. Macam-macam jenis mimpi ada dalam kabinet Keluarga Malaysia. 


Tahun ini tahun yang cukup mencabar. Pandemik ke endemik. Fasa peralihan untuk anjakan ekonomi ini perlukan masa untuk rakyat rasakan manfaat ber-Perdana Menteri-kan pemimpin UMNO. 


Kalau dalam perumpamaan lagu tu baru mula bait verse nak masuk ke bridge. Tak sempat nak chorus lagi alih-alih lagu dah habis...


Walaupun ada banyak kejayaan pemimpin BN dalam Kerajaan Keluarga Malaysia. Tetapi nikmatnya belum benar-benar dirasai hingga ke akar umbi. Kalau Ketua Bahagian dah rasa nikmat, itu kami tak tahulah.


Cadang kami: jangan buat PRU tahun ini. Kita tunggu tahun depan. Pembangkang nak bergabung atau tidak lantaklah mereka. Kita nak menang bukan kerana mereka lemah. BN bakal menang kerana memang kita kuat dan bersedia!

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA