BN BOLEH LUPAKAN KEMENANGAN PRU-15 JIKA NAJIB BEBAS OGOS INI. TAHNIAH PN DAN PH!






Ramai yang tahu tapi tak berani nak sebut. Takut nanti ada yang berkecil hati. Tetapi sebab setelah sekian lama taknak pemimpin berkecil hatilah UMNO dan BN jadi mangsa pada PRU-14. Soal pakatan hancing tipu manifesto pun satu lagi hal. Tetapi kita kena juga melihat kepada kelemahan kita sendiri. Jika BN benar-benar kuat, datanglah apa penipuan pun kita tetap akan menang.


Jasa Bossku


Mungkin kerana jasa Bossku itu memang diketahui umum menjangkau ke semua. Itu satu perkara yang tak dapat dinafikan. Memang Bossku bantu semua. Tetapi adakah kita mahu bernostalgia dengan semua jasa Bossku kalaupun itu akan meranapkan BN pada PRU-15 sekali lagi?


Kebangkitan Bossku


Memang tak dinafikan yang Bossku seakan membawa aura baru kepada BN. Kualiti pengucapan debat Bossku juga jauh lebih baik apabila berhadapan one on one dengan Anwar Ibrahim. Bukan mudah nak berdebat dengan putar alam seperti Anwar. Bossku buktikan yang beliau adalah pemimpin BN yang berani berdepan dengan pemimpin pembangkang. Bukan baling batu sorok tangan. Sehingga beliau disambut bagaikan bakal Perdana Menteri selepas Debat Perdana tersebut di PWTC. Tidak mengapa nak bernostalgia. Asalkan tak makan diri kemudian hari.


Malapetaka Bossku


Untuk berlaku adil. Hendaklah kita cerita yang baik dan buruk. Janganlah kerana kita sudah marahkan seseorang kita ceritakan yang buruk saja. Dalam baik Bossku, ada juga malapetaka yang boleh melanda parti dan BN sekiranya tak ditangani dengan baik. Kes Mahkamah beliau yang sudahpun didapati bersalah 2-0 bakal menutup tirai Ogos ini. Bossku akan bebas atau terus didapati bersalah bukan pokok perbincangan tulisan ini. Bukan. Bersalah atau tidak Hakim akan tentukan. Bukan persepsi penyokong ataupun lawan.


Cuma, isu yang hendak dirungkai adalah sekiranya Najib didapati tak bersalah Ogos ini. Apa kesannya kepada BN? 


Jangankan Ismail Sabri nak jadi Perdana Menteri lagi sekali. Hasrat BN nak berkuasa semula juga akan turut malap bersama masa depan karier politik Najib. Kalaupun masa depan beliau dan isteri mudanya dilihat bahagia ke anak cucu. Itulah hakikatnya.


Ramai yang berfikiran begini dalam parti. Hingga ke pemimpin tertinggi parti. Tetapi sebab santunnya kita dalam berpolitik. Tak terluah dengan kata-kata. Biarlah tulisan ini jadi peranan 'budak jahat' untuk kita fikirkan baik buruk kesan pembebasan Najib Ogos ini.


Apakah kesannya kepada dinamika politik tanahair?


1. Modal politik PN, PH


PN dan PH akan jadikan ini sebagai modal politik untuk palitkan UMNO BN rebah bersama Najib sebagaimana episod politik sebelum PRU-14. Muhyidin dan Anwar bagaikan diberi bola tanggung yang sedia untuk direjam denan segenap tenaga ke kotak BN. Sentimen anti-Najib dikalangan rakyat akan dibakar semula. Anwar PKR dan DAP akan aturkan demonstrasi besar-besaran di seluruh negara. Bagaikan satu pesta apabila mereka mendapat khabar Najib terlepas dari kesalahan di Mahkamah. Betapa uniknya dinamik politik, jangan kita sangka pembangkang akan bersedih dengan pembebasan Najib. Malah, pembangkang akan bersorak gembira kerana mereka yang selama ini sudah hilang modal bakal kembali bertempik menyalahkan UMNO BN.


2. BN nak tambah 70 kerusi Parlimen


BN yang hanya ada 42 kerusi Parlimen terpaksa menongkah arus untuk menambah sekurang-kurangnya lagi 70 kerusi Parlimen. Ya. 70 kerusi Parlimen tambahan yang pernah kita miliki dan diranapkan oleh faktor sentimen anti-Najib dan pengkhianatan dari dalam. Nak tambah celah mana 70 kerusi Parlimen tu lagi? Dengan keadaan fitnah pembangkang dihambur-hambur kepada rakyat. Dalam kata lain, jangan kata Ismail Sabri berangan nak jadi PM semula. BN pun elok siap sedia jadi pembangkang saja lepas PRU-15.


Cukuplah 2 ini saja malapetaka yang bakal dibawa oleh Najib. Kalaupun boleh disenaraikan lebih dari ini. 


Terus setia bersama Presiden UMNO


Cadangan kami di peringkat akar umbi adalah: Teruskan setia bersama kepimpinan Presiden parti DSZH dan halatuju Top 5. Kalaupun ramai yang mencemuh konon beliau terlibat skandal pekerja asing, hakikatnya beliau belum lagi dijatuhkan oleh Mahkamah. Yang akan tandatangan watikah nanti pun Presiden parti. Elok kita semua bersama halatuju dan strategi Presiden. Tak perlulah nak lebih sudu dari kuah konon ada gerakan nak tumbangkan Presiden nak naikkan semula punca malapetaka buat UMNO dan BN.


Kita hanya merancang hanya Tuhan menentukan, tak perlu dikisahkan. Dan bak kata Presiden, rezeki tak salah alamat!

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA