KEMENANGAN RAFIZI DALAM PEMILIHAN PKR: DATIN SERI ROSMAH MANSOR BAKAL JADI SERANGAN FITNAH MENUJU PRU-15?



Pemilihan PKR sudah pun berakhir. Dari keputusan tak rasmi sudah menunjukkan yang semua pemimpin PKR pro-Rafizi telah menang di semua peringkat. Baik di peringkat Bahagian hinggalah ke peringkat Pusat. Rafizi berjaya dominasi hampir ke semua jawatan Naib Presiden PKR.


Saifudin Nasution dilihat tak mampu mencabar kemaraan pemimpin kontroversi ini. Johari Abdul Sungai Petani juga terpelanting. Kalah di semua peringkat. Bungkus!


Apa kesan ini semua untuk UMNO dan BN?


Kita kena ambil maklum perkembangan politik dalaman PKR ini bukan kerana kita mahukan kerjasama dengan mereka. Bukan. Kita mahu ambil tahu kerana kita mahu memahami langkah politik yang bakal diambil oleh musuh politik utama UMNO ini. Jangan kita ambil ringan.


Kekalahan pasukan Saifudin Nasution di semua peringkat membuktikan yang ahli PKR ini menolak semua pemimpin PKR yang dilihat UMNO-friendly. Bukan lagi rahsia yang Saifudin Nasution, Johari Abdul adalah juga teman lama kepada Presiden UMNO DSZH termasuk Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri. Ini bukanlah jenayah politik. Bersahabat tetapi berbeza parti politik ini biasa.


Gambar pemimpin PKR dan Presiden UMNO ini telah dijaja dalam pemilihan PKR untuk mewujudkan sentimen menolak pemimpin yang dilihat UMNO-friendly. Strategi Rafizi berjaya. Sentimen anti-UMNO dalam PKR berjaya memenangi hati ahli PKR.


Tidakkah kita pelik sudah agak lama PKR tidak lagi menyerang UMNO apatah lagi memfitnah pemimpin UMNO sebagaimana acapkali dilakukan oleh malaun-malaun dari PKR selama ini? Mengapa?


Ini adalah kerana halatuju Anwar Ibrahim, Saifudin Nasution dan beberapa pemimpin MT PKR yang dilihat memang ada niat dan usaha mahu melunakkan hubungan PKR-UMNO ini. Dalam beberapa ketika, hingga keluar arahan dari Pejabat Anwar Ibrahim, Jalan Gasing agar jangan menyerang pemimpin UMNO atas sebab strategik.


Tetapi semua ini sudah berakhir. Gencatan senjata PKR - UMNO ini sudahpun berakhir dengan kembalinya Rafizi Ramli sebagai Timbalan Presiden PKR. 


Akan ada mangsa fitnah dari kalangan pemimpin UMNO yang sedang disasarkan. Rafizi Ramli bijak memilih musuh. Bagaikan ular membelit mangsa, makin kau melawan, makin kau dibelit kepenatan. Lihat sahaja bagaimana Kak Jat dulu diasak kiri dan kanan dalam kes NFC. Satu keluarga diheret dan dimalukan oleh Rafizi. Betapa kita merasa ketidakadilan terhadap apa berlaku kepada Tan Sri Shahrizat, begitulah hakikat politik. 


Rafizi pakar dalam strategi perang saraf fitnah untuk membelit musuh politik. Bukan sekadar Rafizi, malah semua jawatan penting dalam PKR baik dari peringkat Cawangan, Bahagian sudah diisi dengan orang Rafizi yang memang sah cukup tebal sentimen anti-UMNO.


Sudah dapat lihat trend serangan kepada Datin Seri Rosmah Mansor dari pelbagai arah. Budak-budak Rafizi nampaknya dah mula buat kembali kerja-kerja fitnah.


Barang diingat, orang yang memulakan langkah untuk diadakan debat perdana itu bukanlah Anwar Ibrahim. Tetapi Rafizi sendiri yang menjolok Dato Najib. Hinggalah Debat Perdana itu berjaya diadakan. 


Musuh sebenar Dato Najib kini sudah keluar dari lubang. Dan sudahpun menguasai parti PKR. Tak mustahil plot lama untuk fitnah pemimpin UMNO akan digunakan kembali. 


Bersama-samalah kita beringat, dan jangan ingat musuh politik kita akan biarkan kita menang mudah PRU-15 ini.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA