ZURAIDA LOMPAT LAGI: PARTI BUNGA RETAK MENANTI BELAH



Begitulah kesudahan seorang pengkhianat. Ini bukan terhad kepada Zuraida saja. Mungkin masih ramai lagi dalam PN yang meronta-ronta mahu melompat kerana memikirkan parti bunga memang tidak ada masa depan. 


Ada yang mahu melompat semula ke PKR.


Tak kurang juga yang mahu melompat kembali ke UMNO. 


Harap dalam hal ini, Dato Seri Presiden kekal tegas. Bab ini tak perlu dirisaukan kerana pendirian Dato Seri Presiden UMNO konsisten dari dahulu: pengkhianat perlu terima hukuman sewajarnya. Yang setia kepada parti wajar diberikan keutamaan. Janganlah kita pula terhegeh-hegeh mahu menyambut mereka kalaupun mereka sudah insaf mahu kembali ke perjuangan UMNO. 


Ini tidak sesekali menjejaskan UMNO. Malah, kita tak pedulikan pun mana-mana katak politik dari PN yang mahu terus melompat. Tak mengurang dan tak menambah pun sokongan kepada BN. 


Yang jelas, rakyat pada hari ini boleh menilai sendiri kualiti kepimpinan yang ada pada pemimpin BN dibandingkan dengan PN atau PH.


Pengorbanan Dato Seri Presiden yang kekal pertahankan parti walapun berhadapan dengan pengkhianatan secara beramai-ramai wajar diberi pujian dan diingatkan semula.


Setelah UMNO porak peranda dikerjakan oleh musuh, ada yang mengambil jalan mudah dengan melompat dan khianat. Ada juga dengan mudah melepaskan jawatan tidak mahu memikul beban tanggungjawab untuk selamatkan UMNO.


Kaulah punca UMNO hampir terkubur.


Hari ini, kau pula nak diangkat kembali sebagai hero parti?


Mungkin ada yang lupa, tapi lebih ramai tidak lupa jasa Dato Seri Zahid Hamidi kepada UMNO.


Lompat si katak lompat,

Katak sudah terkena jerat,

UMNO kekal parti keramat,

Tak sesekali menerima pengkhianat!

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA