7 KESALAHAN PRESIDEN UMNO YANG MELANGGAR DISIPLIN DAN TATA TERTIB PARTI


Panduan Memecat Presiden UMNO


Menurut Fasal 19.12 Perlembagaan Umno, ahli majlis tertinggi - termasuk presiden dan timbalan presiden - boleh dipecat dengan sokongan dua pertiga perwakilan dalam EGM.


1. Melanggari Ketetapan PAU UMNO 2020 


Membentuk Jajaran Baru Dengan Anwar Dan DAP

 Melanggar ketetapan dan dasar parti dalam isu No Anwar No DAP yang merupakan keputusan PAU 2020 UMNO. 


2. Melanggari Ketetapan Majlis Tertinggi UMNO 2009 


Peraturan yang diputuskan Majlis Tertinggi Umno pada 29 Mei 2009 ketika Najib Razak merupakan presiden parti itu menyatakan mana-mana pemimpin atau ahli parti yang didakwa di mahkamah secara automatik digantung semua jawatannya di dalam parti.


Ketetapan Majlis Tertinggi pada 2009 menyatakan pemimpin yang didakwa boleh digantung jawatan sehingga pelupusan kes Ahmad Zahid Hamidi pada ketika ini berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana Yayasan Akalbudi.


3. Caretaker Presiden Tiada Kuasa Untuk Memecat Ahli Majlis Tertinggi 


Walaupun kuasa untuk memecat dan melantik Ahli Majlis Tertinggi adalah dalam bidang kuasa seseorang Presiden UMNO. 


Namun begitu , kuasa ini hanya terpakai terhadap seseorang Presiden yang sah dan bukannya caretaker. 


Hal ini disebabkan , struktur organisasi UMNO yang dilantik bagi penggal 2018/2021 sudah tamat pada 30 Jun 2021. 


Penangguhan pemilihan jelas membuktikkan Presiden UMNO terkini hanyalah sebagai caretaker dan bukannya seorang Presiden yang diiktiraf dari segi perundangan dan perlembagaan parti mahupun negara.


4. Berkomplot Dengan Anwar Dalam Perhimpunan UMNO 2020


Perlembagaan Umno menetapkan bahawa setiap ahli harus mengikut peraturan dan taat kepada setiap keputusan parti.


Mereka yang melanggarnya sama ada boleh digantung, dipecat atau dihalang memegang apa-apa jawatan dalam parti atau dilarang mewakili parti dalam pilihan raya.


Perlembagaan jelas mengenai pematuhan setiap tatacara dan dasar parti. 


Dalam perhimpunan ini tular audio yang tulen bahawa Anwar merupakan Cikgu kepada Zahid untuk memperalatkan perhimpunan parti tahap tertinggi UMNO. 


5. Menentang Perintah YDPA 


Baginda bertitah supaya semua Ahli Dewan Rakyat dapat mengetepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha menangani pandemik COVID-19, demi kepentingan rakyat dan negara.


UMNO sebuah parti yang diasaskan atas tujuan memelihara dan membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana termaktub dalam Fasal 3 Perlembagaan UMNO.


Beliau juga kini berkali - kali mendahalui bidang kuasa Agong dalam isu menuntut Pilihan Raya dan pembubran parlimen. 


6. Menipu Perwakilan Dalam Perhimpuan Agong 2021


Zahid menyatakan sebelum ini kepada keseluruhan perwakilan UMNO bahawa UMNO hanya hantar satu nama calon Perdana Menteri sahaja. 


Namun begitu , kini terbukti beliau menghantar 3 senarai nama untuk dikemukakan kepada YDPA. 


7. Salah Guna Kuasa Melucutkan Ahli Majlis Tertinggi Tanpa Mengikut Salurun Yang Betul 


Pemecatan keahlian di bawah Fasal 20.9 Perlembagaan UMNO juga seharusnya menjadi pilihan terakhir terhadap seseorang ahli jika beliau telah melakukan satu kesalahan besar yang melanggar Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO. 


A. Sehingga kini masih tidak lagi diberikan sebarang alasan yang kukuh apakah kesalahan Tajuddin Rahman yang melanggari perlembagaan dan tataetika ahli UMNO?


B. Adakah ini sudah sampai tahap Pilihan Yang Terakhir seperti mana termaktub dalam Fasal 20.9?


C. Penyingkiran Tajudin Rahman sebelum dipanggil oleh Lembaga Disiplin UMNO bertentangan dengan perlembagaan UMNO. 


D. Zahid tidak memathui prinsip 'due process of law'. 


E. Pemecatan seseorang ahli  tidak boleh dibuat dengan hanya menghantar surat tunjuk sebab tanpa memanggil ahli yang berkenaan membela diri.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA