DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15



Bergegar politik tanahair dengan pendedahan politik veteran UMNO, Ahli Parlimen  Pasir Salak Dato Seri Tajuddin Abdul Rahman dalam PC petang tadi.


Kebenaran itu memang pahit.


Tetapi sekiranya semua pemimpin kanan UMNO dan pemimpin akar umbi masih berpeluk tubuh kerana takut tidak mendapat watikah Presiden UMNO untuk bertanding PRU-15, sampai bilakah masalah dalaman UMNO akan selesai?


Mesej Dato Tajuddin Rahman cukup jelas:


BN tidak boleh menang PRU-15 jika Dato Seri Zahid Hamidi masih Presiden UMNO dan Pengerusi BN.


Ini bukan cakap-cakap politik dari budak baru nak bertatih dalam politik. Ini adalah kenyataan dari seorang veteran politik UMNO yang sudahpun mencurahkan jasa selama 50 tahun kepada UMNO.


Pernah dipecat dari parti.


Pernah disumbat ke ISA.


Kata-kata yang keluar dari pemimpin veteran begini jangan diambil ringan. Beliau mampu melihat masa depan UMNO cukup dengan sekilas pandangan politiknya saja. 


Usia politik beliau mematangkan bacaan politik beliau. Kasih beliau kepada UMNO tak dapat dinafikan.


Sebagaimana yang penulis telah kisahkan tentang 'Sumpah Country Heights'. Plot politik oleh Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi ini akhirnya telah terbongkar satu demi satu. 


Dato Tajuddin sudahpun sahkan kebenarannya. Bukan fitnah kering kepada Dato Seri Presiden.


Tak perlu lagi kita nak terus bermain silat pulut. Kita terus saja selesaikan urusan yang belum selesai ini.


Sekiranya kita masih sayangkan UMNO dan mahu BN menang pada PRU-15, sudah tidak ada jalan lain selain dari:


1. Meminta atau memaksa Presiden UMNO untuk meletakkan jawatan dan laksanakan transisi peralihan kuasa. Tanpa lalu proses pemilihan parti. Ini bukan hal yang pelik dalam UMNO. Pelan peralihan kuasa ini pernah berlaku sewaktu Tun Mahathir menyerahkan kepada Pak Lah sebelum PRU tahun 2004. Apa hasilnya? BN menang bergaya dengan kemenangan 2/3 setelah dipukul teruk pada tahun 1999.


2. Jika nak laksanakan pemilihan parti selepas PRU-15 telah disepakati oleh semua perwakilan dan akar umbi, maka tidak ada masalah untuk kita terus berpegang kepada ketetapan PAU itu. Buatlah Pemilihan parti selepas PRU-15. Dengan syarat Presiden UMNO laksanakan peralihan kuasa sebaiknya kepada YAB Perdana Menteri bagi memastikan kemenangan besar BN pada PRU-15.


3. Jika Dato Seri Presiden masih berdegil dan mahu mengheret UMNO masuk ke dalam gaung bersama beliau, maka tidak ada apa yang dapat menyelamatkan UMNO selain dari keputusan ROS yang bakal diketahui tidak lama lagi.


Jika Dato Seri Presiden keras.


Maka reaksi keras juga akan datang dari penyokong YAB PM.


Hampir pasti kita akan ulangi semula pertembungan politik antara Mahathir - Ku Li dahulu. Sehingga melibatkan aparat Kerajaan dan ROS.


Jika inilah jalan akhir yang terpaksa kita tempuh demi selamatkan UMNO dan BN...


Jadi, maka jadilah iya.



Nantikan tulisan seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

CALON BN: PERCATURAN ZAHID HAMIDI BAKAL BAWA BN MENUJU KE ALAM BARZAKH