JAZLAN PULAI BAWA MALAPETAKA PERPECAHAN DALAM BN.





Jazlan Pulai cukup kurang ajar. Entah apa yang nak dimarahkan sampai buat kritikan terbuka kepada YAB PM DSIS. Kecaman terbuka oleh Jazlan Pulai kepada DSIS tidak akan bawa manfaat kepada UMNO dan BN. 

Tindakan bodoh Jazlan Pulai ini hanya akan mengeruhkan keadaan dalam keadaan BN perlu siap siaga untuk hadapi PRU-15 pada bila-bila masa.

Jazlan hanyalah memalukan dirinya sendiri dan sama sekali tidak mencerminkan kepimpinan wibawa yang pernah ditunjukkan oleh Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat.

Kritikan Jazlan konon YAB PM DSIS dilihat lemah kerana tidak mampu menukarkan Zuraida Menteri Komoditi adalah bukti nyata bahawa Jazlan ini bukan sahaja bodoh, malah terlihat kebodohannya.

Ini adalah fakta politik agar kebodohan Jazlan Pulai ini dapat kita kaji bersama:


Kebodohan Jazlan #1

Pertama sekali, yang beriya mahu tukarkan Zuraida itu adalah Presiden Parti Bunga Muhyiddin. Ini kerana menurut Muhyiddin jawatan Zuraida adalah kuota PPBM. Muhyiddin sendiri mengaku yang dah 2 minggu dia cuba bertemu dengan DSIS tetapi YAB PM masih sibuk.

Minta maaf cakaplah, dari nak melayan kerenah politik Parti Bunga yang huru-hara ni, lebih baik PM DSIS uruskan isu rakyat dengan kenaikan harga barang. Itu lebih penting dari melayan kerenah politik huru-hara Parti Bunga.

Apabila PM DSIS tak mahu tukar Zuraida lagi yang didesak Muhyiddin adakah bermakna DSIS pula yang lemah? 

Jazlan ni bodoh ke hapa?

Bila DSIS tak tukar lagi Zuraida, maksudnya Muhyiddin yang lemah, bukan DSIS.


Kebodohan Jazlan #2

Tak dapat dinafikan yang keadaan ekonomi dari  pandemik ke endemik sedang menjadi agenda utama YAB PM DSIS. Dasar ekonomi yang lebih bersasar kepada golongan B40 sedang giat dilaksanakan oleh Kerajaan Keluarga Malaysia.

Kita dapat lihat sendiri bagaimana PM DSIS yang mewakili BN berhempas pulas proaktif untuk anjakan ekonomi negara. Ini semua memberikan sentimen positif kepada BN. Rakyat dapat membezakan kejayaan pentadbiran Perdana Menteri dari BN dan Perdana Menteri dari PN atau PH.

Sepatutnya Jazlan Pulai meraikan kejayaan ini untuk BN. Bukan kau buat kenyataan bodoh untuk beri liabiliti kepada BN.


Kebodohan Jazlan #3

Sudah tentu ketetapan MKT adalah DSIS sebagai poster boy PM dan Presiden sendiri menyatakan sokongan kepada YAB PM DSIS. Apa benda lagi yang Jazlan ni tak faham? 

Sudahlah kau langgar ketetapan parti dengan statement bodoh kau tu.

Jazlan memang liabiliti untuk UMNO dan BN.

Tak perlu Jazlan nak sibuk mengajar DSIS cara berpolitik. Elok Jazlan fokus menangkan kerusi Parlimen Pulai yang kau tertonggeng masa PRU-14 tu dulu. 

BN bakal dalam kedudukan bahaya jika elemen kebodohan Jazlan Pulai ini meresap ke akar umbi.

DSIS adalah sumber kekuatan utama BN.

DSIS adalah aset sebenar BN untuk hadapi PRU-15.

Jazlan Pulai tidak lain dan tidak bukan hanyalah oportunis politik yang bodoh lagi membodohkan.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA