MASALAH DALAMAN DALAM NEGERI-NEGERI PENGHALANG PRU 15



1. Tarikh dan bila PRU-15 akan diadakan sudah mula menjadi pertanyaan semua pihak. Banyak yang minta awalkan, banyak juga yang minta laksanakan selepas habis penggal. Antara yang meminta diawalkan PRU adalah pemimpin pemimpin UMNO sendiri, kerana mereka sudah mula yakin, kejayaan di PRN Johor dan Melaka sudah mula menunjukkan rakyat mula untuk kembali ke BN.


2. Pun begitu, dengan penuh rasa rendah diri, saya rasa pihak MT UMNO perlu untuk menilai semula tindakan itu, sebab kita tak nak yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran.


3. Tok Mat sendiri pernah berkata UMNO belum pulih sepenuhnya, banyak faktor dan perkara perlu untuk diambil kira menjelang PRU-15. Kata beliau, kita perlu untuk berjaya mengurus generasi millineal sebab mereka mecakupi 30% daripada jumlah pengundi, dan kebanyakan mereka masih tidak “favour” dengan perjuangan UMNO. Mudahnya, tanpa undi muda, kita sebenarnya masih dont have enough voters untuk menang.


4. Malah dalam ucapan Tok Mat dalam Perasmian Perhimpunan Agung Wanita, Permuda dan Puteri UMNO, di WTCKL di PAU 2021, beliau kata untuk menang di PRU 15 kita memerlukan siapa yang kita mahu ajak berpakat dan formula perkongsian kuasa yang bagaimana harus ditawarkan. Benda ini pun belum selesai, malah benda ini kabur sekaburnya di peringkat persekutuan hinggalah di peringkat negeri.


5. Di negeri negeri pun, kita ada berbeza berbeza pakatan, kita tak pasti adakah kita hendak masih berpakat bersama mereka atau tidak. Contoh di Terengganu, PAS sudah menunjukkan keinginan untuk meneruskan Muafakat Nasional, tapi UMNO sudah mahu sendiri. UMNO di Kedah juga sudah menunjukkan pendirian bahawa mereka akan bergerak solo tanpa PAS.


6. Pun begitu, kalau menurut Tan Sri Noh Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, PAS dan UMNO tidak akan bertembung di mana mana kerusi. Perkara ini sudah dibincangkan sebelum PN tertubuh lagi. Maksudnya, di peringkat ini, kita masih belum lagi tetap dengan siapa kita kawan dan lawan atau semua kita lawan. Perkara samar samar ini bahaya sebenarnya buat kita.


7. Dan sebenarnya, kalau kita masih awalkan, kita akan nampak syok sendiri. Sebab kebanyakan negeri masih berpendirian untuk terus tidak bubar parlimen sehingga habis penggal dan tidak bersedia untuk bubar DUN. Contohnya, pimpinan PAS dan PH seperti Kedah, Terengganu, Kelantan dan Selangor hanya akan bubar DUN selepas tamat penggal sebab masih banyak perkara rakyat belum terlaksana.


8. Samalah seperti kita, UMNO, kita masih boleh dikatakan belum berjaya dengan campaign kita. Campaign kita untuk menjadi wira kepada rakyat masih lagi tidak sampai kepada rakyat. Rakyat masih lagi dalam kesempitan. Perkara ini akan menjadi satu liabiliti buat kita menjelang PRU-15. Atas dasar itu, waktu yang lebih tepat untuk nampak kita sememangnya menjada kebajikan rakyat adalah selepas pembentangan bajet oleh kerajaan. Tok Mat sendiri kata waktu terbaik untuk buat pilihan raya adalah selepas Bajet 2023 diumumkan. 


9. Oleh sebab itu, iya mungkin, kita MUNGKIN akan menang kalau kita awalkan PRU. Tapi lebih kita elok dan tepat, kita lengahkan PRU-15, kita betulkan persediaan kita, pastikan hala tuju kita betul, campaign kita sampai dan diterima rakyat, saya yakin kita AKAN menang PRU 15.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA