NAK DIPAKSAKAN JUGA PRU-15 SEGERA DALAM KEADAAN RAKYAT MASIH BERGELUT DENGAN MASALAH EKONOMI?


Dalam mengupas isu ini ada dua pandangan besar yang diterima umum dalam UMNO. Biarlah kita berterus-terang saja. Tak perlu selindung. 2 pandangan tersebut adalah:


1. Segerakan PRU-15 akan menguntungkan BN dari segi politik kerana blok pembangkang sedang berpecah dan dah hilang arah untuk mendepani gelombang biru BN hasil kemenangan PRN Melaka dan PRN Johor. Ini juga seterusnya dapat berikan kestabilan politik kepada negara yang akhirnya menguntungkan rakyat.


2. Tangguh dulu PRU-15 kerana memikirkan keadaan ekonomi pasca pandemik dengan inflasi yang kian meningkat, harga barangan semakin naik, isu supply chain barangan asas di pasaran yang beri kesan langsung kepada ekonomi isi rumah B40.


Kita bincang 2 cadangan umum diatas dengan objektif dan bukan untuk mewujudkan lagi perpecahan antara kita. Tak mungkin BN boleh masuk ke PRU-15 tanpa semua pemimpin dan jenteranya memiliki keyakinan yang sama untuk kembalikan BN menjadi parti dominan menguasai Putrajaya.


Konteks 2 pandangan umum di atas lebih tertumpu ke arah perspektif rakyat. Tetapi yang tersirat antara 2 pandangan umum tadi juga, ada 2 pandangan tersirat yang juga dibincangkan oleh orang UMNO. 2 pandangan tersirat itu pula adalah:


1. Segerakan PRU-15 adalah untuk menutup terus kes kluster Mahkamah yang sudah dibicarakan dan bakal mendapat penghakiman tidak lama lagi.


2. Lewatkan PRU-15 adalah kerana ramai kalangan Menteri dan Ahli Parlimen risau tidak akan mendapat watikah Presiden UMNO untuk dicalonkan semula dalam PRU-15.


Tulisan ini bukan untuk memenangkan mana-mana pandangan. 


Jika kita berpandangan segerakan PRU-15 kerana blok pembangkang sedang berpecah pun ada betulnya juga. Janganlah pula kita tunggu sampai pembangkang dah bersatu baru kita nak bubarkan Parlimen.


Jika kita berpandangan tangguh dulu PRU-15 memikirkan keadaan ekonomi rakyat pun betul juga. Belum pernah lagi BN menang PRU apabila ekonomi rakyat tengah merudum. PRU pada tahun 1999, 2008 sudah buktikan bahawa bila perut rakyat tak dijaga, buruk padahnya buat parti Kerajaan yang memerintah.


Tulisan ini bukan mahu menyemarakkan lagi perpecahan diantara kita. 


Nak segerakan atau tangguhkan PRU-15, kedua-duanya ada kebaikan untuk UMNO dan BN.


Tetapi yang pasti, perbezaan pandangan antara kita tentang bila nak diadakan PRU-15 hingga wujudkan perpecahan yang ketara sudah pasti dan tidak syak lagi bakal merugikan kita.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA