Perbandingan integriti politik antara Presiden Parti Bunga dan Presiden UMNO



Muhyiddin Yassin adalah Perdana Menteri yang dilantik kerana pengkhianatan. Belum pernah lagi mana-mana Perdana Menteri dilantik dengan jalan mengkhianati koalisi yang memenangi PRU untuk kemudiannya sekongkol dengan pihak lawan. 


UMNO punya maruah dan tidak hadap kepada tawaran 'scheme of things' Muhyiddin. Keutamaan UMNO pada waktu itu adalah untuk menyelamatkan negara dari puak PH yang sedang gila berebut kuasa. UMNO bukan bersama kerana gilakan jawatan, UMNO bersama pada waktu itu kerana memikirkan rakyat. 


Kemudian Muhyiddin letak jawatan.


Muhyiddin tanpa segan silu cuba menyalahkan perletakan jawatannya kepada 'kluster mahkamah' yang kononnya tidak mahu beliau terus jadi Perdana Menteri. Dalam siri kempen di PRN, Muhyiddin tidak habis-habis menyerang Presiden UMNO yang kononnya iri hati kepada kejayaannya menjadi Perdana Menteri.


Amatlah menggelikan hati mendengar tuduhan Muhyiddin kepada Presiden UMNO itu. Pertama sekali, tidak pernah ada mana-mana pemimpin politik yang mengidam mahu menjadi Perdana Menteri seperti Muhyiddin. 


Antara lain:


1. Mentadbir Kerajaan dari rumah.


2. Kurung rakyat berbulan-bulan lamanya.


3. Tiada dasar dan polisi baharu untuk rakyat.


4. Perdana Menteri yang tidak membuat sebarang PC. Perdana Menteri hanya whatsapp melalui PDF.


5. Paling memalukan atau 'national embarassment' sekali adalah apabila mengeluarkan kenyataan media bahawa beliau cirit. Ini juga satu sejarah yang melucukan. Jika boleh disingkap semula semua kenyataan media Perdana Menteri Malaysia dari Tunku Abdul Rahman hinggalah ke Tun Mahathir, belum pernah ada lagi kenyataan media dikeluarkan untuk memaklumkan yang Perdana Menteri terpaksa bercuti kerana cirit.


Kisah cirit ini jika dipanjangkan boleh menjadi sebuah novel satira politik untuk pedoman golongan muda. Agar jangan mengkhianat dalam politik, kelak bakal menerima bala tercirit.


Nak dibandingkan dari segi integriti politik, bagaikan langit dan bumi antara Presiden PPBM ini dengan Presiden UMNO. Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi jelas miliki integriti politik yang jitu. Tak goyang digegar Sang Saka Tua. Bagaikan mahu kiamat UMNO dibuatnya dikerjakan dek Sang Saka Tua. Presiden UMNO kekal tegak pertahankan kedaulatan UMNO.


Inilah pemimpin UMNO yang bakal disanjung zaman berzaman walau apa pun yang orang luar dan dalam parti mahu burukkan. Intergriti politik Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi memang di kelasnya yang tersendiri.


Walaupun Presiden PPBM ini sibuk menjaja ke hulu ke hilir bahawa konon Presiden UMNO terpalit kes mahkamah. Selagi Presiden kami belum didapati bersalah, jangan kamu celupar wahai Muhyiddin.


Ini adalah satu sisi pandang perbandingan antara Presiden PPBM dan Presiden UMNO. Cukup disini dahulu. Disebabkan ramai yang mahu mengampu Bossku, hingga ramai terlupa yang Bossku lari meninggalkan parti kerana takutkan Atok dan menghempap beban dan tanggungjawab menjaga UMNO ke atas DSZH. 


Jangan buat-buat lupa. Kami tak lupa. Salut buat Dato Seri Presiden UMNO!

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA