ZAHID TELAH MENCEMAR KERAMAT PRESIDEN UMNO DENGAN MENGGADAIKAN SOKONGAN KEPADA ANWAR DAN DAP



Bukan lagi spekulasi politik.


Bukan lagi fitnah.


Sudah terang, jelas dan nyata.


Pertama kali dalam sejarah Presiden UMNO menghantar SD sokongan kepada musuh utama UMNO untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.


Satu pengkhianatan besar kepada seluruh akar umbi UMNO.


Apa kita semua merelakan perbuatan Presiden UMNO itu atas nama strategi?


Itu namanya strategi kepala bana.


Presiden UMNO sanggup angkat musuh utama UMNO nak diangkat sebagai Perdana Menteri dengan jajaran PKR dan DAP.


Sedangkan sudah terbentang sokongan untuk mengangkat kepimpinan UMNO iaitu Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.


Jika itulah tahap strategi politik Presiden UMNO, sebaiknya eloklah Presiden UMNO berundur dari terus mengheret UMNO ke dalam gaung.


Presiden UMNO sudah hilang pedoman politik kerana beban masalah peribadi beliau telah merencatkan akal budi pemikiran politiknya.


Apa motif Dato Presiden?


Apa motif Zahid Hamidi mahu menggadaikan parti UMNO terus dipijak oleh musuh?


Presiden UMNO mahu Presiden PKR menjadi Perdana Menteri dan DAP masuk semula ke Kerajaan.


Nauzubillahi min zalik.


Semoga semua Ketua Bahagian dan seluruh akar umbi sedarlah perkara ini.


Tidak pernah ada mana-mana ahli UMNO yang pernah setuju dengan tindakan tak masuk akal Presiden UMNO ini.


Betrayal at the highest order!


Jika semua Ketua Bahagian masih nak berpeluk tubuh dengan ungkapan:


"Kita di peringkat Bahagian akan tetap sokong Presiden walau apa pun.."


Kalau dengan bukti nyata itu pun masih ada yang masih mahu 


"Kesepakatan..."


"kita kena bersama Presiden..."


Dalam bahasa kasarnya, 


Presiden UMNO nak suruh kita makan tahi pun kita makan?


Semoga ada keinsafan dalam hati sanubari kita kepada perbuatan Presiden UMNO yang telahpun mencemar keramat jawatan Presiden UMNO.


Pertama kali dalam sejarah kita melutut kepada musuh politik kita, apatah lagi kepada DAP dan Anwar Ibrahim.


Buat semua Pemuda yang masih kuat mahu bersama Presiden untuk terus dengan agenda pengkhianatan ini:


Elok kamu makan tahi juga.


Kesepakatan kepala bapak kamu.


Nak suruh Pemuda merelakan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dan DAP menjadi Kerajaan?


Pemimpin seumpama Zahid Hamidi yang telah terbukti menjadi tali barut musuh.


Sebab itu pemimpin yang ada masalah peribadi ini jangan diberikan mereka tanggungjawab menjaga parti. 


Buruk akibatnya.


Kerusi Presiden UMNO adalah kerusi keramat.


Keramat dari silsilah emas turun temurun dari sumpah wasiat keramat Raja-Raja Melayu.


Parti UMNO juga adalah parti keramat.


Jika ada mana-mana Presiden mahu mencemar keramat ini, maka sekelian kita hendaklah bersama-sama menghumban Presiden UMNO yang telah berkhianat ini. 


Supaya menjadi sumpah sejarah bahawa UMNO tidak sesekali akan merelakan pengkhianatan ini.



Biar kita mati tegak berdiri,


Dari mati melutut meminta simpati.


HIDUP UMNO!


Dahulu, kini dan selamanya.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA