10 SEBAB TINDAKAN UMNO MENANGGUHKAN PEMILIHAN PARTI TIDAK SAH









Jangan melompat atau terus menuduh artikel ini adalah propaganda Parti Bunga atau pengkhianat UMNO.


Tenang dan baca dulu.


Ini merupakan persediaan kita semua sekiranya ROS benar-benar ada ground untuk menolak rayuan UMNO untuk menangguhkan pemilihan UMNO.


ROS bukan pertubuhan politik.


ROS adalah agensi Kerajaan dibawah bidang kuasa Menteri KDN.


ROS akan membuat keputusan bukan menggunakan dalil politik, sebaliknya menggunakan Akta Pertubuhan dan Undang-undang sedia ada yang termaktub dalam Akta ROS dan Perlembagaan negara.


Suka atau tidak suka, ini adalah 10 fakta terkait perundangan sekiranya ROS mahu menolak rayuan UMNO untuk tangguh pemilihan.


Akta dan Undang-undang boleh ditafsir mengikut precedent atau duluan rayuan yang pernah ada.


Atau sekiranya keputusan ROS ini tidak berpihak kepada UMNO, kita kena bersiap sedia failkan bantahan ke Mahkamah.


Ini antara 10 fakta yang mungkin digunakan oleh ROS:


1.  Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno tidak sah kerana penggal pemegang jawatan MKT tamat sebelum keputusan itu dibuat.


Tempoh pemegang jawatan MKT bagi penggal 2018/2021 tamat pada 30 Jun 2021. 


2. Tiada apa-apa dalam perlembagaan (UMNO) yang mengatakan penjaga boleh meluluskan pindaan kepada perlembagaannya. 


Caretaker hanya boleh melaksanakan tugas urusan hal ehwal pentadbiran sahaja.


3. ROS bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti dan pentadbiran pertubuhan berdaftar dilaksanakan sejajar dengan Perlembagaan Pertubuhan masing-masing yang tidak bercanggah dengan Akta Pertubuhan 1966 atau undang-undang negara.


4. (ROS) menggunakan ‘kuasa rizab’ yang dimiliki sebagai badan penyelia yang bertanggungjawab mengendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang berdaftar di negara ini. Kuasa rizab ini adalah di bawah Seksyen 13A (4) Akta Pertubuhan 1966 yang membenarkan ROS untuk mempertimbangkan mana-mana permohonan penangguhan pemilihan daripada NGO dan parti politik.


5. RoS tidak boleh langkaui perlembagaan parti UMNO 

RoS tidak mempunyai kuasa melanjutkan tempoh melebihi yang termaktub dalam perlembagaan parti.


Fasal 10.16 dalam Perlembagaan UMNO, Majlis Tertinggi UMNO berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan TETAPI tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya.


6. Ini bermakna 21,000 cawangan, 191 bahagian dan semua Ahli Majlis Tertinggi Umno sudah melanggar Fasal 10.16 Perlembagaan Umno yang hanya memberikan penangguhan tidak boleh lebih dariada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan. 


7. Mengikut peruntukan Perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih tiga tahun sekali.


Kini sudah melebihi tempoh yang dibenarkan dalam perlembagaan UMNO . 


8. Perlembagaan Umno hanya memberi kuasa untuk menangguhkan pemilihan tersebut selama 18 bulan sahaja. 


MKT UMNO sebelum ini sudah menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan bermula 30 June 2021 sehingga 30 Disember 2022. 


Perlembagaan parti UMNO hanya benarkan penangguhan untuk sekali sahaja dan bukannya dua kali. 


9. PAU Tidak Ada Kuasa Menangguhkan Pemilihan 


PAU adalah kuasa tertinggi parti tetapi kuasa itu tertakhluk kepada perlembagaan dan perundangan UMNO. Keputusan terkini PAU melanggari Fasal 10.16 dan Klausa 9.3 Perlembagaan UMNO. 


Oleh sebab itu , resolusi PAU mesti mendapat kelulusan RoS yang selaras dengan Akta Pertubuhan 1966. Namun begitu , RoS sendiri tidak ada kuasa untuk menangguhkan pemilihan UMNO. 


10. RoS tidak ada kuasa di bawah seksyen 13A (4) untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuk Umno membuat pemilihan parti

Seksyen 13A (4) ialah seperti berikut:


(4) The Registrar may, on application in writing made to him by a registered society, extend the time provided by him to the society in any order made under subsection (1) or (2) if he is satisfied that the society has given good grounds in its application and it would be just and proper to grant such extension.


Jelas dari peruntukan Seksyen 13A (4) bahawa RoS hanya mempunyai kuasa untuk melanjutkan masa yang diperuntukan oleh RoS sendiri melalui apa-apa perintah yang dibuat oleh RoS di bawah seksyen kecil (1) atau (2).


Ini jelas dari frasa: “extend the time provided by him” di dalam seksyen tersebut.


Masa untuk memilih ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno bukan diberikan oleh RoS (not provided by him). Masa itu diperuntukkan di dalam Perlembagaan Umno sendiri.


Oleh itu RoS tidak mempunyai kuasa langsung untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa di bawah Seksyen 13A (4) walaupun permohonan bertulis dibuat kepada RoS.


Fahami semua fakta ini agar kita jadi ahli parti yang lebih bertanggungjawab memahami fasal-fasal dalam perlembagaan parti kita sendiri.


Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA