ISMAIL SABRI MENJADI PENYELAMAT KEPADA KELULUSAN ROS



Seperti dijangka akhirnya Ismail Sabri menjadi penyelamat kepada UMNO dengan kelulusan ROS. 


Bukanlah satu keputusan di luar jangka untuk sesiapa yang kenal akan keikhlasan hati Ismail Sabri. 


Ismail Sabri kotakan janji beliau di dalam PAU.


Ismail Sabri kotakan janji kepada semua perwakilan UMNO dan kepada keseluruhan 3.3 juta ahli UMNO.


Ismail Sabri kotakan janji kepada semua Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.


Dan paling penting, Ismail Sabri mengotakan janji kepada Top 5 UMNO.


Tiada agenda mahu bermain politik dengan menggasak Pemilihan UMNO dahulu yang tidak dipersetujui oleh PAU.


Tiada agenda mahu bertanding jawatan tertinggi parti dengan menggunakan kedudukan prerogatif beliau sebagai Perdana Menteri.


Ini adalah jawapan balas kepada semua pihak yang menuduh bukan-bukan kepada Ismail Sabri. 


Lokman Adam sebaiknya memohon ampun dan meminta maaf secara terbuka kepada YAB PM Dato Sri Ismail Sabri.


Tuduhan Lokman Adam kononnya akan ada TPM dari PPBM menjelang 1 Ogos juga tidak lain hanyalah fitnah kering.


Satu demi satu keputusan Ismail Sabri memihak kepada UMNO. 


Hinggakan PPBM terpaksa melahirkan rasa kekecewaan mereka kepada Ismail Sabri.


Nasib PPBM tidak lain seperti kucing kurap. Melukut di tepi gantang.


Inilah yang dikatakan seni berpolitik Ismail Sabri yang cukup halus dan bijak. Keputusan kritikal dibuat dengan cermat. Tidak gopoh. Umpama menarik benang di dalam tepung. 


Jika tidak kerana komitmen Ismail Sabri tempoh hari, boleh saja kelulusan ROS ini ditolak di atas beberapa kecuaian SUA UMNO. Tetapi bukanlah ini tempatnya untuk kita mencari kesalahan.


Ini waktu terbaik UMNO untuk persiapkan dan perkukuhkan jentera pilihanraya.


Ini waktu terbaik BN untuk memperkukuhkan jentera bersama dengan MCA dan MIC.


Terima kasih YAB Perdana Menteri Dato Sri Ismail Sabri.


Terima kasih kerana akhirnya Ismail Sabri berjaya buktikan yang beliau merupakan pemimpin UMNO yang berpegang kepada: agenda parti lebih penting dari agenda peribadi.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA