ISU ROS: APA PUN KEMELUT POLITIK YANG BAKAL MELANDA JANGAN ANIAYA RAKYAT



Sepatutnya kenyataan ROS berhubung kelulusan pindaan UMNO dibuat sebelum 16hb Julai.


Sepatutnya rayuan UMNO ke ROS boleh saja diluluskan.


Apabila Perdana Menteri telah mohon untuk segerakan proses permohonan ROS, sepatutnya tidak ada masalah.


Sepatutnya...


Sebab itu dalam politik, yang sepatutnya itu selalu saja berbeza dengan realiti politik.


Penulis tidak mahu cetus sebarang spekulasi untuk menyemarakkan lagi api kemarahan.


Jika nak diikutkan amarah politik, boleh saja terbakar satu kampung.


Yang jelas, isu ROS sudah dijadikan tebusan politik dalam pertembungan politik antara 2 naga.


Gergasi politik apabila bertembung rakyat yang bakal jadi mangsanya.


Cabar-mencabar untuk menekan butang.


Jika ada pemimpin yang mahu menjadi hero dan membawa panji parti untuk berperang, mahu hangus satu kampung terbakar...


Sebaiknya ikutlah pemimpin yang ada kasih dan nurani kepada rakyat yang sedia memadam api amarah politik agar damai sentosa...


Apa sahaja plot politik yang direncana.


Apa sahaja kemenangan atau kekalahan yang bakal tercipta.


Jangan aniaya rakyat!


Dalam keadaan ekonomi yang makin meruncing.


Inflasi yang meningkat di seluruh dunia.


Jalan aman adalah jalan terbaik.


Namun tidaklah epik seperti jalan perang yang sedang diajukan oleh penasihat mahupun musuh yang sentiasa mencabar.


Jalan aman tetap jalan terbaik.


Dalam waktu kritikal begini, jangan tinggalkan rakyat berseorangan mencari penyelesaian sendiri.


Jangan kita lari dari tanggungjawab...


Dengan kata lain, bubar Parlimen atas sebab cabar mencabar hanya akan mencetus kebencian rakyat kepada parti pemerintah.


Jika kita semua tahu masalah rakyat adalah kos sara hidup dan ekonomi, orang politik kena siap sedia untuk telan pahit dan berikan laluan mudah agar bajet 2023 diluluskan dalam Parlimen.


Sokongan merentas parti.


Kau nak bergaduh isu parti kau bergaduhlah.


Tidak ada siapa larang.


Cuma jangan aniaya rakyat!


Rakyat perlukan sokongan Kerajaan dalam keadaan kritikal begini.


Rakyat tak peduli pasal gergasi politik yang sedang bertembung.


Rakyat tak peduli pasal ROS.


Ini semua rakyat tak peduli.


Rakyat peduli pasal isu nak cari makan.


Jangan disusahkan lagi rakyat yang memang sedang susah.


Jika kita berjiwa besar...


Beri laluan mudah kepada kelulusan bajet 2023.


Hujungnya esok, yang bakal mengundi BN dalam PRU-15 bukan hanya ahli UMNO, MCA dan MIC...


Tetapi rakyat atas pagar yang tak berparti.


Jangan kita lari dari tanggungjawab untuk uruskan ekonomi.


Jangan kita biarkan perut mereka kosong ketika hari mengundi, buruk padahnya nanti...



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA