KP ROS TIDAK TERTAKLUK KEPADA JEDA MASA USUL EGM UMNO



Pertama sekali, keputusan ROS masih belum diketahui.


Tulisan ini bukan untuk membuat spekulasi politik. Sebaiknya kita fokus kepada memahami perjalanan Jabatan seperti ROS ini. 


Jangan belum apa-apa kita dah melatah...


Tenang.


Lulus atau tidak hanya SUA UMNO sahaja yang tahu.


Mengapa wajar kita tanyakan SUA UMNO soalan itu?


Ini kerana hanya Ahmad Maslan sahaja yang tahu bila dokumen lengkap dihantar ke Pejabat ROS.


Bila mula hantar dokumen?


Bila tarikh dokumen lengkap dihantar?


Bukan mahu mengheret ahli parti dalam soal teknikal dan proses Jabatan seperti ROS, tetapi inilah hakikat Jabatan Kerajaan. 


Ada aturannya.


Ada prosesnya. 


Ada piagam pelanggan-nya. 


ROS tak peduli dengan tuntutan 16hb Julai EGM UMNO. 


Inilah hakikat Agensi Kerajaan seperti ROS yang bebas dari pengaruh luar.


Ada banyak lagi permohonan sebelum permohonan UMNO yang telah dihantar ke ROS.


Barang diingat, selain dari parti politik, banyak lagi pertubuhan dan persatuan yang kemuka permohonan ke ROS.


Tarikh kelulusan rayuan UMNO ke ROS akan diputuskan kelak oleh KP ROS.


Diulang, tarikh keputusan rayuan UMNO ke ROS akan diputuskan kelak oleh KP ROS.


Bila?


15hb Ogos?


1 September?


Jawapan pastinya adalah ROS berkuasa untuk menentukan tarikh keputusan selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan ke Jabatan Kerajaan seperti ROS ini.


Nak paksa KP ROS ikut tarikh EGM UMNO?



Nak pecat KP ROS kerana lembab?


Nak pecat KP ROS kerana tidak ikut telunjuk UMNO?


Adakah itu mesej yang hendak kita berikan kepada rakyat? 


Kehendak UMNO boleh saja mengatasi undang-undang dan Akta ROS?


Tenang dan berlapang dada.


SUA UMNO telahpun nyatakan yang dokumen semua lengkap.


Biarlah ROS proses mengikut aturan dan jeda masa Jabatan.


Ugutan kepada ROS atau Kementerian Dalam Negeri tidak akan bawa manfaat untuk UMNO.


Semua pihak baik dari Dato Seri Presiden hingga ke YAB Perdana Menteri telah buat yang terbaik.


Ini masa untuk kita eratkan kebersamaan seperti yang dinasihatkan Dato Seri Presiden.


Takkan kerana isu jeda masa kelulusan ROS ini jadikan kita berpecah belah?


Musuh kita bukan ROS.


Musuh kita tetap blok pembangkang yang bakal kita berdepan pada PRU-15 ini.


Semoga SUA UMNO benar-benar komited dalam melengkapkan dokumen.



Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA