MEMAHAMI WAWANCARA ASIA TIMES TOK MAT DI DALAM KONTEKS









Pembangkang bergendang bersorak bagaikan mendapat peluru hidup setelah audio rakaman wawancara Tok Mat dengan Asia Times mula viral.


Ini ditambah lagi dengan malaun-malaun dari Parti Bunga yang turut sama memukul gendang untuk melagakan pemimpin UMNO.


Bait bahasa dalam wawancara itu lebih difahami oleh orang UMNO berbanding pembangkang. 


Kerja pembangkang memanglah untuk menangguk di air keruh. Mengambil kesempatan di atas kekhilafan pemimpin kita untuk dijadikan bahan serangan politik.


Apa sebenarnya yang cuba disampaikan Tok Mat?


Jarang Tok Mat berterus terang. Beliau adalah pemimpin UMNO yang cukup sarat dengan peribahasa orang dulu-dulu:


"Beradat dalam torang, berbincang dalam golap."


Jangan salah anggap apa yang Tok Mat cuba sampaikan. Malah ada pihak yang kata Tok Mat u-turn juga kurang tepat. 


Dalam bahasa omputehnya : he speaks his mind. And he knows what he's saying.


Tak semudah itu kita nak meletak Tok Mat alih-alih nak u-turn. 


Adakah selemah itu Timbalan Presiden UMNO kita? Tidak. 


Beliau cuma nyatakan tajuk berita itu diambil di luar konteks. Beliau tidak pun menarik sebarang kenyataan dari wawancara tersebut.


Apakah kenyataan beliau yang diambil luar konteks tersebut?


Apabila beliau menyatakan bahawa Dato Najib kena masuk penjara dahulu jika mahu diberi pengampunan. Tidak ada apa yang salah dalam ucapan Tok Mat ini.


Betul apa Tok Mat cakap tu.


Dari segi aturan undang-undang, seseorang yang didapati bersalah dan mahukan pengampunan haruslah menjalani proses hukuman dahulu.


Cumanya, amat tidak adil bila diletakkan sebagai tajuk berita yang "Tok Mat mahu Najib masuk penjara."


Kan ke lain dari maksud asal Tok Mat.


Tok Mat tak kata begitu.


Tok Mat ini bijak orangnya. Dia tidak segelojoh atau sedangkal itu untuk buat kenyataan longgar yang boleh disalah tafsir oleh banyak pihak.


Tetapi bukan itu saja yang patut kita runsingkan. Lebih penting kita selami isi tersurat dan tersirat yang cuba dinyatakan Tok Mat.


Nasihat dan pedoman politik  dari Tok Mat itu jauh lebih penting dari gaduhkan isu Dato Najib semata-mata.


Apa mesej utama Tok Mat yang beliau nyatakan dalam wawancara tersebut?


1. Negara ini tidak akan stabil sekiranya UMNO BN bukan parti dominan yang memerintah Putrajaya.


2. Beliau sedia galas tanggungjawab menjaga parti tatkala Dato Seri Presiden sedang bergelut dengan kes Mahkamah.


Dan mesej paling penting kepada semua akar umbi UMNO BN yang cuba disampaikan Tok Mat adalah:


3. Sanggupkah kita memikul beban isu 1MDB ini lagi untuk kita masuk ke PRU-15?


Kita kalah PRU-14 dulu bukan kerana kita tak menjaga rakyat. Apa benda yang kita tak buat? Dari BR1M hinggalah ke KR1M. Segala macam bantuan dah kita taburkan dulu. 


Kekalahan kita kerana 1MDB dan Tok Mat sebut sendiri Dato Najib sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab pada ketika itu.


Persoalannya, adakah kita mahu lagi puaka 1MDB ini terus bebani kita untuk kita masuk PRU-15?


Barang diingat, puaka 1MDB ini sentiasa bergentayangan antara langit dan bumi untuk terus menghantui UMNO dan BN.


Tambah lagi kes 1MDB sedang berjalan dan tidak semudah itu untuk kita tepis apabila semua media utama melaporkan setiap inci apa yang berlaku dalam transaksi 1MDB.


Persoalan yang dilontarkan oleh Tok Mat berkaitan 1MDB ini bukanlah beban untuk Tok Mat selaku Timbalan Pengerusi BN dan Pengarah Pilihanraya kena jawab seorang diri.


Ini adalah persoalan yang kena dijawab oleh jentera pilihanraya BN dan akar umbi UMNO.


Tok Mat sudahpun laksanakan tanggungjawabnya sebagai orang no 2 parti yakni untuk memberikan nasihat jujur untuk kebaikan UMNO dan BN.


Tidak lebih, tidak kurang.


Bukan kerana Tok Mat berangan nak jadi Perdana Menteri juga. 


Bukan, bukan dan bukan.


Kini beban tanggungjawab persoalan itu dibahu kita pula. 


Dan sekiranya esok jika segala pesan nasihat itu tak diambil endah dan UMNO BN terjerumus ke lubang yang sama.


Maka, Tok Mat boleh kata kepada kita semua:


"Padan muko! Kan ese dah kobar!"




Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA