PENANGGUHAN PEMILIHAN : 5 PERBEZAAN PERLEMBAGAAN MCA BERBANDING UMNO



1. Perlembagaan MCA sudah pun digubal dan diluluskan pada tahun 2019 untuk membuat pemilihan parti 6 bulan selepas pilihan raya.


UMNO baharu hendak meminda perlembagaan parti untuk tujuan yang sama. 


2. Pada tahun 2019 , ketika perlembagaan MCA digubal adalah semasa kesemua Majlis Tertinggi MCA dan struktur organisasi MCA masih dalam tempoh perlantikan mereka iaitu pemilihan parti pada tahun 2018.


Bezanya dengan UMNO kini adalah status struktur organisasi terkini bagi penggal 2018/2021 tamat sudah tamat 30 Jun 2021. 


UMNO baharu hendak meminda perlembagaan parti mereka pada 16 Mac 2022. 


Status terkini UMNO adalah status penjaga parti. 


Mengikut peruntukan Perlembagaan Umno, klausa 9.3 mengatakan bahawa Majlis Tertinggi Umno perlu dipilih tiga tahun sekali.


Kini sudah melebihi tempoh yang dibenarkan dalam perlembagaan UMNO .


Tiada apa-apa dalam perlembagaan (UMNO) yang mengatakan penjaga boleh meluluskan pindaan kepada perlembagaannya. 


3. Penangguhan MCA pada kali ini adalah disebabkan oleh pindaan dalam perlembagaan parti yang mereka sudah berjaya luluskan pada tahun 2019.


Sebaliknya , UMNO pula tidak memiliki sebarang akta dalam perlembagaan parti mereka untuk menangguhkan pemilihan lagi. 


Hal ini disebabkan , Fasal 10.16 dalam Perlembagaan UMNO hanya memperuntukkan MKT UMNO berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan TETAPI tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya.


Tambahan pula , akta ini hanya boleh digunakan sekali sahaja. 


Kuota penangguhan ini sudah digunakan dan tiada lagi peruntukan dalam perlembagaan parti UMNO yang lain boleh digunakan untuk menangguhkan untuk kali kedua. 


4. UMNO boleh meminda perlembagaan parti seperti MCA tetapi hanya dengan status struktur organisasi yang sah dan bukannya status penjaga.


Oleh sebab itu , kepimpinan baharu UMNO perlu mendapat mandat baharu melalui pemilihan baharu UMNO untuk menggubal pindaan sedemikian. 


5. RoS tidak ada kuasa di bawah seksyen 13A (4) untuk membenarkan apa-apa perlanjutan masa untuk Umno membuat pemilihan parti.


Hal ini disebabkan , segala penangguhan sesebuah organisasi perlu berpaksikan kepada perlembagaan parti mereka yang tersendiri. 


ROS tidak ada kuasa untuk melangkaui kuasa yang untuk membenarkan sesuatu yang tidak terdapat dalam perlembagaan sesebuah organisasi. 


ROS membenarkan penangguhan pemilihan MCA kerana perlembagaan parti mereka sudah ada perundangan tersebut sejak 2019 untuk membenarkan penangguhan sedemikian berbanding dengan UMNO yang baharu hendak meminda perlembagaan parti.


Sekian

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA