PENGORBANAN 3 PEMIMPIN UTAMA UMNO



Salam Aidiladha buat semua sahabat dalam perjuangan agama, bangsa dan tahahair.


Kesyukuran kita semua hanyalah kepada Allah dan semoga semua amal ibadah kita diterima.


Kesyukuran kita juga kerana UMNO kekal kukuh dan terus mencipta kemenangan demi kemenangan dalam  perjuangan agama dan bangsa.


Ini semua adalah petanda kurnia Tuhan kepada UMNO.


Kita diuji 22 bulan dengan pelbagai mehnah perjuangan.


Ada kalangan kita yang tewas dalam perjuangan ini.


Ada kalangan kita yang ditawarkan jawatan dan habuan oleh musuh.


Ada kalangan kita yang ditawarkan jalan pintas dalam perjuangan oleh musuh.


Ada kalangan kita setelah gagal dipujuk oleh musuh diugut dan diberikan penghukuman pula.


Ada kalangan kita yang setelah tersalah langkah berkompromi dengan musuh kini menyesal dan mahu kembali ke pangkuan UMNO.


Ada kalangan kita apabila UMNO terus kuat dan kuat, mula menyemai benci sesama kita kerana terikut rentak musuh.


Adakah patut kita ulangi kesilapan lama kita berbalah sesama sendiri kerana sudah mula kufur akan nikmat kemenangan yang bakal kita kecapi?


Janganlah begitu wahai sahabatku.


Walau apa pun racun musuh yang cuba disuntik kepada 3 pemimpin utama UMNO ini, jasa dan pengorbanan mereka kepada perjuangan tidak boleh dinafikan.


 

Dato Seri Zahid Hamidi


Presiden UMNO pertama yang memikul tanggungjawab menjaga parti sebagai pembangkang. Belum pernah lagi Presiden UMNO dalam sejarah UMNO menjadi pembangkang. Inilah pengalaman getir yang dialami oleh Dato Seri Zahid Hamidi.


Dipujuk untuk membubarkan UMNO.


Diugut untuk diharamkan UMNO. 


Diugut lagi dengan kes Mahkamah.


Tetap kekal mempertahankan UMNO. 


Tidak berganjak. 


Pengorbanan beliau yang manakah hendak kita dustai?


Terima kasih Dato Seri Zahid Hamidi.



Dato Seri Najib Tun Razak


Belum pernah ada lagi mana-mana pemimpin Melayu dalam sejarah moden yang diasak begitu dasyat sebagaimana yang dialami Dato Najib dan keluarganya.


Dari New York Times hingga ke MSNBC.


Dari Tempo hingga ke media tempatan.


"It's Najib versus the world."


Diasak tanpa belas ihsan.


Digeledah rumahnya.


Rumah bondanya sendiri digegar oleh aparat Kerajaan.


Rumah anak-anaknya juga.


Bagaimana Dato Najib terima semua ujian ini?


Tetap senyum dan bersabar.


Pengorbanan beliau yang manakah hendak kita dustai?


Terima kasih Dato Najib.



Dato Seri Ismail Sabri


Ketika parti sedang diasak bertubi-tubi.


Ketika Presiden dan Timbalan Presiden pada ketika itu sedang jadi sasaran utama musuh, beliau ambil tanggungjawab sebagai Naib Presiden untuk menjadi Ketua Pembangkang dari UMNO yang pertama dalam Parlimen.


Mengambil tanggungjawab menjadi Ketua Pembangkang yang pertama dari UMNO dan berhadapan dengan Kerajaan Mahathir adalah beban berat yang tak berani dipikul oleh sesiapa pun pada ketika itu.


Umpama menunggu masa untuk 'disembelih' oleh Mahathir saja pada ketika itu.


Adakah dengan ujian ini menyebabkan Ismail Sabri menjadi semakin lunak dengan pembangkang?


Jawapannya tidak. 


Makin kuat Ismail Sabri pukul DAP dalam Parlimen.


Darah perjuangan UMNO tetap mengalir dalam tubuh perjuangan beliau.


Pengorbanan beliau yang manakah hendak kita dustai?


Terima kasih Dato Seri Ismail Sabri.


Ini adalah kisah perjuangan yang wajar kita renungi oleh tiga tokoh utama UMNO ini.


Ramai dari kalangan kita belum pernah diuji sebagaimana yang telah teruji kepada Dato Seri Zahid Hamidi, Dato Seri Najib Tun Razak dan Dato Seri Ismail Sabri.


Dengan apa yang telah mereka lalui, siapa pula kita nak mengajar mereka tentang kesetiaan dalam perjuangan?


Jika nak dinisbahkan perjuangan UMNO ini dengan sejarah peperangan, 22 bulan di bawah Kerajaan Mahathir itu umpama perang Badar yang panjang buat pemimpin dan pejuang UMNO.


Hampir pasti saja untuk syahid dalam perjuangan.


Tetapi, ketiga-tiga tokoh ini keluar dari tahun derita UMNO dengan membawa seribu satu luka perjuangan.


Bukan sekadar mereka yang paling hadapan dalam mempertahankan UMNO, malah mereka telah memperkuatkan UMNO dengan kemenangan demi kemenangan.


Nikmat kemenangan sedikit yang sedang UMNO kecapi hari ini berkat perjuangan 3 tokoh yang disebutkan tadi.


Tak lupa juga kepada semua pemimpin UMNO yang lain dan pejuang tanpa nama dalam UMNO.


Kalian semua adalah sumber kekuatan UMNO.


Akhir kata, janganlah kita sia-siakan perjuangan tokoh-tokoh UMNO ini kerana politik perpecahan yang cuba disemai oleh pihak tertentu.


Jangan sekali-kali kau pertikai kesetiaan pemimpin UMNO.


Perjuangan mereka yang mana hendak kau dustai?


Buat yang terlebih sudu dari kuah, jangan kau cuba ajarkan ketiga-tiga tokoh ini tentang erti kesetiaan kepada perjuangan!



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA