RUU ANTI LOMPAT PARTI: KEKUATAN ISMAIL SABRI DALAM MEMBAWA USUL UMNO DEMI PERKASAKAN UNDI RAKYAT




Kelulusan RUU Anti Lompat Parti ini adalah satu peristiwa bersejarah sebagaimana tertubuhya FELDA dan PETRONAS. Ia bawa manfaat dari generasi ke generasi.


Melalui pelaksanaan FELDA, sekurang-kurangnya 112,635 keluarga (bermula generasi pertama) di 317 jumlah tanah rancangan telah menikmati penambahbaikan infrastruktur sosial dan fizikal. Ramai peladang profesional juga dilahirkan dalam pengurusan ladang berskala besar menerusi Pengukuhan Koperasi Felda. Projek Perumahan tambahan (PGBF) untuk generasi baharu dan pelan peralihan tanah juga telah disediakan lengkap untuk kesejahteraan ekonomi melibatkan jutaan isi rumah luar bandar di seluruh Malaysia. 


PETRONAS pula terbaru tahun ini menganggarkan sumbangan RM 14 bilion sehingga RM 16 bilion tahun ini sahaja. Syarikat ini juga tidak pernah lekang dari membantu kerajaan tingkatkan kesejahteraan rakyat. PETRONAS akan terus bekerjasama rapat dengan agensi kerajaan berkaitan dalam membantu meningkatkan kesejahteraan masyarakat terutamanya pada masa mencabar berdepan pandemik.


Jika FELDA dan PETRONAS muncul sebagi projek rintis Tun Abdul Razak yang membawa manfaat sosio ekonomi merentas generasi, jasa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato' Seri Ismail Sabri mengangkat RUU Anti Lompat Parti pula bawa manfaat untuk terus menjaga integriti kepimpinan politik dalam Dewan Rakyat.  


Ini bukan hal kecil. Ini adalah hal yang sangat bersejarah dalam pembangunan negara. Kritikal bagi penggubalan dasar untuk meminda perlembagaan ke arah memperkasakan integriti kepimpinan negara.


Jatuh bangun sesebuah ketamadunan dan negara bergantung langsung kepada integriti kepimpinan. 


Jika integriti Dewan yang mulia boleh dicatur dan dipermainkan atas nama strategi politik, keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi Malaysia bakal merosot. 


Satu kejayaan yang patut dibanggakan dengan iltizam politik Ismail Sabri untuk membentangkan RUU Anti Lompat Parti. 


Inilah hasil kepimpinan yang didasari oleh latarbelakang guaman yang ada pada diri Ismail Sabri. Ini sekaligus memberi anjakan dan keyakinan baru rakyat kepada integriti perundangam dalam negara, baik dalam Parlimen mahupun Badan Kehakiman.


"Integrity is the main character of a good man who reads law. And the precise law can only be delivered by a good man who breathes integrity." - inilah perumpamaan yang  dapat diberikan kepada YAB PM Dato Sri Ismail Sabri.


Hanya pemimpin berintegriti jitu seperti Ismail Sabri sahaja yang mampu mendapat sokongan padu keseluruhan Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat bagi merubah lanskap politik seterusnya anjakan minda rakyat agar meletak keyakinan tinggi kepada integriti politik kepimpinan negara.


Akhir kata...


Hard times create strong men,


Waktu sukar lahirkan pemimpin kuat,


Strong men create good times,


Pemimpin kuat lahirkan kejayaan,


Good times create weak men,


Kejayaan melahirkan pemimpin lemah,


And weak men create hard times.


Pemimpin lemah mewariskan kepayahan.



Sudah menjadi takdir politik bahawa Ismail Sabri dan Tun Abdul Razak adalah dua tokoh negara yang dihadapkan dengan 'hard times' - waktu sukar, krisis demi krisis dihadapkan kepada mereka berdua.


Yakinlah Dato Sri Ismail Sabri adalah strong man yang bakal bawa kita keluar dari kemelut yang sedang kita hadapi sebagaimana yang dilalui oleh Tun Abdul Razak dahulu.


Ternyata waktu sukar melahirkan pemimpin yang kuat - hard times create strong men!



Terima kasih Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri.


Semoga kekuatan sentiasa bersama YAB!


May the force be with you!

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA