SEGERAKAN PRU-15 HANYA AKAN BANGKITKAN KEMARAHAN RAKYAT KEPADA BN



Tak salah untuk bagi pandangan untuk adakan PRU-15 seawal September atau Oktober.


Tak salah juga untuk bagi pandangan yang PRU-15 sebaiknya diadakan pada tahun hadapan.


Akhirnya, semua ini akan diputuskan oleh Top 5 sebagaimana dipersetujui dalam PAU yang lepas.


Namun, janganlah kita buat keputusan dalam keadaan gopoh.


Nak diadakan PRU-15 lagi 2 bulan?


Sudah bersediakah kita untuk menerima bahana akibat kegopohan kita?


Semua sedia maklum yang keadaan ekonomi dunia kian meruncing disebabkan perang Ukraine - Russia.


Bukan Malaysia sahaja, seluruh dunia berhadapan dengan ketidaktentuan harga pasaran. 


Harga melambung kerana sekatan import, eksport dari negara bergolak. Ketidaktentuan pasaran matawang juga mengakibatkan harga barangan kian menaik.


Adakah semua rakyat sedia menerima hakikat bahawa kenaikan harga barangan dalam negara ini atas faktor luaran yang dinyatakan?


Belum tentu semua setuju.


Suka atau tidak suka, sedikit sebanyak kemarahan rakyat itu akan dihalakan juga kepada Kerajaan yang dipimpin oleh BN pada waktu ini.


Bagi rakyat, Kerajaan memiliki segala kekuasaan untuk menurunkan harga barang dan menstabilkan pasaran.


Jika kita ambil perbandingan negara ASEAN sahaja, Malaysia antara negara yang paling tinggi membelanjakan untuk kos subsidi kepada semua barang kawalan. 


Harga siling ayam dan subsidi minyak masak dan subsidi tariff eletrik bukti kepada kepimpinan bertanggungjawab BN.


Ini semua kita lakukan bukan kerana kita hanya mengambil kira strategi politik sahaja, lebih penting kita memikirkan nasib rakyat. 


Adakah wajar dalam keadaan rakyat paling sangat memerlukan Kerajaan untuk memastikan pasaran tidak mengaut keuntungan berlebihan ini kita sewenangnya umum untuk membubarkan Kerajaan untuk PRU-15?


Dek kerana bebanan ekonomi sedang ditanggung, kita ambil langkah politik mudah untuk picit butang.


Bertanggungjawabkah kita?


Kebimbangan rakyat akhirnya berlaku apabila ekonomi negara terus terumbang-ambing dalam keadaan tidak ada nakhoda.


Sanggup kita terima tohmahan rakyat bahawa keputusan BN segerakan PRU-15 tidak lain hanya untuk menyelamatkan pemimpin kita yang sedang berhadapan kes Mahkamah?


Bukan niat penulis nak menambah luka di hati kita semua yang sedia ada terluka.


Sebaiknya kita tenang dan bermuhasabah.


Belum pernah lagi jentera pilihanraya BN ada rekod menambah kemenangan 70 ke 80 kerusi Parlimen baru dari 43 kerusi Parlimen sedia ada.


Jangan kerana nafsu politik kita, kita bebankan jentera pilihanraya kita dan membebankan rakyat untuk terus hidup dalam ketidaktentuan tidak ber-Kerajaan dalam tempoh sukar ini.


Marilah kita kembali rasional.


Tak lari gunung dikejar.


Jika memang rezeki kita untuk perintah semula, buatlah PRU pada bila masa pun, BN akan tetap jadi dominan dalam Kerajaan semula.


Untuk adakan PRU-15 lagi 2 atau 3 bulan jelas menunjukkan satu keputusan yang tidak berlandaskan kepada keadaan semasa rakyat sebaliknya hanya nafsu serakah politik yang tidak akan pernah puas.


Buatlah PRU-15 bila kita benar-benar bersedia setelah kita uruskan semua masalah rakyat yang sedang mengharapkan kepimpinan kita.


Jangan kita lari dari tanggungjawab sebagaimana yang dilakukan oleh 2 mantan Perdana Menteri sebelum ini.


Seorang letak jawatan kerana kecewa dengan rakan pakatan yang mempermainkannya.


Seorang lagi letak jawatan kerana tercirit.


Pemimpin BN kekal optimis untuk memimpin Kerajaan. 


Perdana Menteri dan Menteri dari BN merupakan top performer dalam Kerajaan nak dibandingkan dengan Menteri dari parti lain.


Rakyat tahu segala perkara baik yang dilaksanakan pada masa ini adalah kerana tangan-tangan pemimpin BN dalam Kerajaan.


Cakap mudahnya, jangan kita lari dari tanggungjawab kerana nak segerakan PRU-15.


Masih ada kerja untuk rakyat yang masih belum diselesaikan.


Biarlah Perdana Menteri dan Menteri BN selesaikan urusan rakyat dahulu.


Jangan tergopoh-gapah hingga kita hilang semua kuasa yang ada.


Nak buat PRU-15 tahun depan pun ada baiknya.


Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA