SOKONGAN SECARA TOTAL SEMUA 209 AHLI PARLIMEN TERHADAP RUU ANTI LOMPAT BUKTI KEKUATAN SEBENAR YAB PM DSIS

 


Alhamdullilah. Satu berita gembira buat seluruh rakyat Malaysia, akhirnya hak kita sebagai rakyat dijaga dan dibela. Dua per tiga majoriti dewan rakyat telah menyokong RUU Anti Lompat Parti.


Sebentar tadi, Parlimen Malaysia menyaksikan RUU Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022 berkaitan Peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti (Bacaan Kedua) disokong secara TOTAL iaitu sebanyak 209 orang. 


Berikut adalah keputusan penuh undian :


209 menyokong

0 tidak menyokong

11 tidak hadir

Keputusan : diluluskan melebihi 2/3 undi majoriti yg diperlukan


RUU yang telah dibentangkan sendiri oleh Perdana Menteri Ismail Sabri telah berjaya menarik dan menyakinkan seluruh isi dewan untuk menyokong usul tersebut, tidak kiralah kerajaan atau pembangkang.


Itu secara tersurat, mahupun secara tersiratnya, menunjukkan bahawa PM kita sebenarnya mempunyai kekuatan dan karisma yang disegani kawan dan digeruni lawan.


Kalau sesiapa yang mengikut rapat mana mana politik sesebuah negara, untuk mendapat undi majoriti dalam keadaan dewan rakyat yang mempunyai perbezaan bilangan ahli kerajaan dan pembangkang yang sedikit sahaja agak susah.


Tapi ini lah sebenar kehebatan yang ramai sudah mula nampak dengan DSIS. Lebih 2/3 majoriti dewan menyokong usul ini dan ini merupakan UNDIAN TERTINGGI dalam sejarah Dewan Rakyat.


Dari menandatangani MOU dengan pembangkang, sehingga lah ke RUU Akta Lompat Parti, DSIS sudah membuktikan beliau Perdana Menteri yang hebat. Inilah kunci untuk menjamin kestabilan politik jangka panjang dan seterusnya mematikan terus polikatak-polikatak yang mengkhianati mandat rakyat selama ini.


Saya yakin, DSIS akan terus berjuang demi rakyat dan memastikan hak rakyat akan diangkat sentiasa. Akhir kata, Terima Kasih PM untuk hadia yang penuh bermakna buat negara yang cinta akan demokrasi ini.


209 - INI ANGKA YANG PERLU DISIMPAN KEMAS DALAM MEMORI POLITIK NEGARA. INI ANGKA YANG MEMBUKTIKAN KEPERWIRAAN DSIS! Maju terussss Malaysiaku

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA