TOK MAT DAH BERSEDIA UNTUK MASUK BERTANDING CALON PRESIDEN UMNO?









Wawancara Asia Times Tok Mat bukanlah pengakhiran kepada perancangan politik Tok Mat.


Malah, ia hanya permulaan kepada langkah yang lebih besar yang bakal dibuat oleh Timbalan Presiden UMNO ini.


Jika diteliti semua isi wawancara Tok Mat, tanpa berselindung Tok Mat telah mengkritik ketiga-tiga pemimpin utama UMNO. 


Apa kritikan Tok Mat?


Dato Seri Zahid Hamidi


Tok Mat katakan yang DSZH naik turun Mahkamah dan fokus DSZH adalah untuk selesaikan kes Mahkamahnya. Maka, Tok Mat menawarkan 'khidmat jasa'nya kepada parti. Biarlah dia saja yang uruskan parti, Dato Seri Presiden uruskan kes Mahkamah beliau. 


Malah Tok Mat juga ada mengatakan bahawa dia tak pernah setuju untuk BN masuk kembali dalam Kerajaan di tengah jalan, sebaiknya terus PRU (pada ketika itu), tetapi akhirnya BN masuk juga ke dalam Kerajaan kerana menurut Tok Mat "mungkin ada pemimpin yang mahu menyelamatkan tengkuknya sendiri."


Dato Seri Najib


BN kalah PRU-14 kerana isu 1MDB kata Tok Mat. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang menguruskan 1MDB pada ketika itu adalah Dato Najib. Tok Mat juga kata sekiranya Dato Najib berundur sebelum PRU-14, UMNO boleh diselamatkan dan kekal sebagai Kerajaan.


Dato Seri Ismail Sabri


Dengan nada yakin dalam wawancara tersebut Tok Mat pernah menyatakan kepada Perdana Menteri yang "dia (Ismail Sabri) suka untuk popular. Pada saya, pemimpin tak perlu popular. Anda mungkin tidak popular, tetapi menjadi pemimpin yang efektif dalam organisasi. Tak perlu jadi popular, kerana ia tidak bertahan lama".


Dari mana datang keyakinan Tok Mat untuk mengkritik semua pemimpin utama UMNO ini secara terbuka?


Kail beliau mungkin panjang lebih dari sejengkal, kerana lautan dalam yang Tok Mat cuba menduga.


Buat pemerhati politik, move Tok Mat ini tidak lain adalah classic political move dari seorang Timbalan Presiden UMNO: "the straw that broke the camel's back."


Tok Mat nak bagitahu kepada semua bahawa beliau bukanlah pak turut kepada Najib dan Zahid sebagaimana yang disangka.


Beliau juga tak mahu dilihat hanya sebagai 'pasu bunga' dalam Top 5 UMNO.


Beliau juga ada pendirian dan ketetapan beliau sendiri.


Dalam kata lain, terang lagi bersuluh yang Tok Mat sudah menyatakan kesediaan beliau untuk menjadi calon Presiden UMNO bagi pemilihan akan datang.


Tetapi mengapa Tok Mat umumkan baru-baru ini?


Bukankah sepatutnya pemilihan UMNO akan dibuat selepas PRU-15?


Tok Mat telah melakukan 'calculated move.'


Tok Mat tahu bahawa boleh jadi rayuan UMNO ke RoS ditolak pada 16hb Julai ini. Berbaki beberapa hari saja lagi.


Boleh jadi RoS terima, boleh jadi RoS tolak.


Maka Tok Mat sudah pun bersiap sedia dengan segala kemungkinan.


Sekiranya RoS menolak rayuan UMNO dan UMNO terpaksa mengadakan pemilihan UMNO dalam kadar segera sebelum hujung tahun ini, Tok Mat sudah pun bersedia.


Tok Mat sudah bersedia.


Pemimpin kita yang lain pula bagaimana?



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA