APA YANG UMNO PATUT LAKUKAN UNTUK SELAMATKAN DATO NAJIB?

 


Pemahaman ini perlu dicerakinkan dengan bahasa mudah kepada orang UMNO agar kita semua faham apa yang sedang berlaku.


Kita juga tidak mahu mantan Presiden UMNO Dato Seri Najib terus dianiaya oleh jentera sama yang digunakan oleh Atok dahulu.


Dimana silap kita dalam menguruskan kes Mahkamah Dato Najib?


Adakah semua pemimpin UMNO tidak membantu Dato Najib?


Adakah Perdana Menteri kita yang merupakan Naib Presiden UMNO juga tidak bantu Dato Najib?


Inilah persoalan yang sedang bermain dalam pemikiran akar umbi. 


Ditambah lagi dengan roadshow oleh penyokong Bossku memberikan info yang adakalanya cuba menyalahkan orang yang tidak sepatutnya.


Ramai tidak faham aturan di Mahkamah sehingga merasakan Dato Najib seakan-akan dibiarkan berseorangan tanpa dibantu langsung oleh Menteri dan Perdana Menteri UMNO kita di Putrajaya.


Benarkah Dato Najib dianiaya dan dibiarkan berseorangan?


Mari kita mulakan dengan memahami aturan Mahkamah dahulu..


Tahukah kita bahawa sekiranya orang awam dijatuhkan hukuman bersalah di Mahkamah sebagai contoh seleweng dana persatuan dan sebagainya...


Sebaik sahaja Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan jatuhkan hukuman penjara, individu tersebut boleh terus dibawa oleh van penjara untuk ke Penjara Kajang atau Penjara Sungai Buloh. 


Inilah yang berlaku kepada rakyat awam kita baik yang dijatuhkan hukuman mencuri motor ke, mencuri di pasaraya ke, atau apa saja kesalahan pecah amanah.


Bukanlah satu perkara yang pelik dan janggal...


Mana-mana individu boleh saja dipenjara jika didapati bersalah mencuri atau seleweng dana, apatah lagi dana awam..


Tidak ada keistimewaan kepada mana-mana individu dalam negara ini.


Inilah jaminan kedaulatan undang-undang dalam negara kita ini.


Rakyat kita ramai saja yang dipenjarakan bila didapati bersalah di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan...


Persoalannya, mengapa Dato Najib tak masuk penjara lagi?


Mengapa Dato Najib masih bebas berkempen pilihanraya dan berjalan ke sana sini?


Inilah keistimewaan Dato Seri Najib Razak bila UMNO ada dalam Kerajaan dan Naib Presiden UMNO adalah Perdana Menteri..


Kerana jika yang jadi Perdana Menteri pada hari ini adalah Atok atau Muhyiddin...


Dato Najib sudahpun berada di penjara dari tahun lepas lagi sebaik saja Mahkamah Rayuan menjatuhkan untuk kekal hukuman Mahkamah Tinggi.


Ya, Dato Najib sepatutnya dah berada dalam penjara dah dari tahun lepas..


Inilah maksud bantu.


Bantu bermaksud bantu dalam kerangka undang-undang.


Bukan dengan kau ugut suami Ketua Hakim Negara.


Bukan dengan kau ugut bunuh Ketua Hakim Negara.


Perdana Menteri dan UMNO wajib bantu Dato Najib.


Bantu dalam kerangka undang-undang.


Mujur UMNO dalam Kerajaan dan Naib Presiden UMNO adalah Perdana Menteri.


Aturan sebelum seseorang masuk penjara jika didapati bersalah:


1. Mahkamah Tinggi - bersalah


2. Mahkamah Rayuan - bersalah


3. Mahkamah Persekutuan - bersalah


Boleh masuk penjara.



Jadi, persoalan seterusnya adalah apabila Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah menetapkan Dato Najib hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, bagaimana UMNO dan Perdana Menteri boleh bantu Dato Najib lagi di Mahkamah Persekutuan?


Inilah persoalan yang wajib kita fahami.


Inilah punca Dato Seri Presiden kumpulkan semua Ketua Bahagian untuk bersama mencari solusi untuk Dato Najib.


Apa yang boleh kita lakukan?


Jawapan jujur dari segi teknikal dan aturan Mahkamah: 


TAK BOLEH NAK BUAT APA DAH.


Mengapa begitu?


Pertama, sebab Dato Najib dah terciduk 2 kali di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.


Semua keliling Dato Najib tahu yang peguambela Tan Sri Shafee memang ada kesilapan dalam kemukakan hujah pembelaan, yang menyebabkan bila dah kalah 2-0 baru Dato Najib nak tukar ke peguam baru Zaid Ibrahim..


Tetapi nasi dah menjadi bubur...


Ditambah lagi dengan beruk seperti Lokman Adam yang dia ingat dia nak membantu Dato Najib, tetapi disebabkan tindakan bodoh Lokman Adam menghina Hakim dan Mahkamah, makin teruk jadinya kepada Dato Najib.


Jadi, apa yang patut kita lakukan?


Gegar AG untuk tambah bukti baharu?


Desak AG buka kertas siasatan kepada Hakim Nazlan?


Ini semua dari segi teknikal Mahkamah sudah tidak membawa apa-apa makna.


Ini semua hanyalah kerja persepsi untuk burukkan kredibiliti Hakim.


Ia tidak menyelesaikan masalah sebenar yang menghambat Dato Najib agar dia dibebaskan.


Solusi seterusnya yang boleh UMNO dan Perdana Menteri lakukan adalah solusi politik.


Timbang baik buruk semua keadaan dan keputusan.


Sebagaimana yang penulis tekankan berulang-ulang kali.


Dato Seri Presiden UMNO wajib dipertahankan at all costs.


Penulis ulang:


Presiden UMNO Dato Seri Zahid Hamidi wajib dipertahankan dalam waktu ini kerana beliau main peranan sangat besar untuk pastikan perjalanan parti untuk hadapi PRU-15.


We need a functioning party president to go into general elections.


Solusi politik yang boleh penulis berikan yang mungkin pahit untuk ditelan adalah:


Fokus kita sekarang adalah Dato Seri Presiden UMNO dan bukan Dato Najib.


Jika Dato Najib kena ke penjara demi menyelamatkan UMNO BN dan Dato Seri Presiden UMNO, itulah sebaiknya..


Selepas PRU-15 nanti kita uruskanlah pengampunan di-Raja buat Dato Najib.



Pahit. 


Kita telan dan kita hadap bersama.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA