KE MANA HALA TUJU KITA?



Tulisan ini menjurus kepada persoalan untuk pembubaran Parlimen segera dan untuk mempersoal keyakinan kita kepada kemenangan dengan harapan BN dominan semula.


Kelompok kecil pro-Najib dalam UMNO sedang berkompang mengatakan bahawa UMNO harus membebaskan Dato Najib segera.


Tuntutan demi tuntutan dalam Biro Politik tidak lain menjurus kepada tuntutan untuk membebaskan Najib.


Dari cadangan gila menukar Ketua Hakim Negara hinggalah ke menukar Peguam Negara.


Secebis kuasa yang Allah anugerahkan kepada UMNO pada waktu ini setelah kalah teruk PRU-14 di bawah kepimpinan Dato Najib tidak sedikit pun menginsafkan kita.


Bagi kita, secebis kuasa berjaya menubuhkan Kerajaan Campuran dengan PAS dan PPBM ini tidak cukup bagus bagi kita.


Kita sepatutnya lebih dominan.


Kita sepatutnya lebih berkuasa.


Jika kita berkuasa penuh, sudah tentu Dato Najib tidak ke penjara.


Tidak salah untuk berfikiran sedemikan jika kita memang benar-benar diterima rakyat pada PRU-15 dan kita menang besar sebagaimana kita dakwa.


Adakah sifat kufur nikmat dan takabbur dengan kuasa sudah mula masuk ke dalam jiwa kita?


Kemana hilangnya tawaddhu' yang kita ingatkan sesama kita selepas kalah teruk PRU-14 dahulu?


Kemenangan PRN Melaka dan PRN Johor yang Allah berikan kepada UMNO BN akhirnya membuatkan kita sudah lupa akan dimana kita sebelum ini.


Semua orang kita ajak bermusuh.


Memang lain macam takabbur kita dengan hanya ada 42 kerusi dari 222 kerusi Parlimen.


Tak salah jika kita singa yang berlagak tikus.


Dari tikus yang cuba berlagak singa.


Hinggakan Perdana Menteri kita pun kalau boleh hendak kita pecat.


Sedikit kebaikan pun tidak ada pada Perdana Menteri UMNO ini.


Walaupun sentimen rakyat sedang memuncak naik kepada beliau. 


Ismail Sabri adalah aset berharga UMNO untuk masuk PRU-15. 


Beliau satu-satunya pemimpin tertinggi UMNO yang diterima rakyat.


Segala jasa Ismail Sabri kepada UMNO dari ROS hinggalah ke RUU Lompat Parti akhirnya hanya menjadi modal benci dan hasad dengki.


Tidak mengapalah.


Akhirnya anugerah kuasa ini milik Allah. 


Dipinjamkan Allah. 


Dan boleh saja dicabut bila-bila masa kuasa ini oleh Allah.


Kita mahu bubarkan Parlimen segera walaupun banyak isu nasional seperti kapal perang LCS dan isu Dato Najib masih belum berjaya kita jawab sepenuhnya.


Kita mahu menambah hampir 50 kerusi Parlimen BN dari 42 kerusi Parlimen yang kita sandang pada waktu ini.


Kali terakhir kita berjaya menambah 50 kerusi Parlimen adalah di zaman Pak Lah. 


Dengan keadaan semasa dan perangai politik hodoh kita pada waktu ini, menambah 50 kerusi Parlimen ini tidak lain hanyalah cakap-cakap orang yang tidak berpandukan fakta dan data.


Taklimat Khas Presiden esok adalah untuk kita maklumkan ke seluruh rakyat Malaysia bahawa UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan Dato Najib dipenjara.


UMNO akan bebaskan Dato Najib bila UMNO punya  kuasa.


Inilah keputusan yang hendak kita buat bersama.


Rakyat sudahpun beri kekalahan teruk kepada kita dengan formula Dato Najib dalam PRU-14.


Mungkin kalah teruk PRU-14 tidak menginsafkan kita.


Kita mahu dapatkan pengajaran dari rakyat pada PRU-15 pula. 



Selamat Maju Jaya!

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA