KEMBALIKAN PERPADUAN DI DALAM UMNO

 


UMNO berada di persimpangan.


Dalam UMNO sedang membina semula imej bersih mentadbir negara agar UMNO BN diyakini semula oleh rakyat, kita terheret semula ke kes silam pemimpin kita.


Hendak maju kehadapan nanti dikata tak kenang budi pemimpin lama.


Hendak terus defensif kepada isu legasi nanti dikatakan mengingatkan rakyat semula detik hitam UMNO dahulu.


Ada kelompok yang mahu UMNO terus diingati dengan pemimpin kita yang 'teraniaya' dengan 'political persecution'.


Ada juga yang mahu UMNO melihat kehadapan. Jangan mangsakan barisan pemimpin pemuda di dalam UMNO dengan dosa silam pemimpin.


Jika segenap kekuatan parti digunakan untuk kembalikan pemimpin lama UMNO, mohon maaf jika penulis ingin katakan yang UMNO sedang menuju kehancuran sebagaimana kita sebelum PRU-14 dahulu.


Janganlah kita bersorak jika kita berjaya memalukan Perdana Menteri.


Mahupun bersorak jika kita berjaya lagakan Dato Seri Presiden dan Perdana Menteri.


Ini kerja pecah belah yang tidak manfaatkan UMNO.


Ramai yang kecewa dengan perpecahan yang sedang disemarakkan oleh pihak tertentu.


Bergaduh sesama kita ini tidak akan bawa apa-apa kebaikan.


Menang jadi arang.


Kalah jadi abu.


Majoriti di dalam UMNO tidak senang dengan apa yang sedang berlaku.


Namun, jika bersuara nanti bakal dilabel - 'orang Presiden' atau 'orang Perdana Menteri'. 


Akibatnya, ahli di bawah lebih suka berdiam diri dan melihat saja tembakan ini berlaku sesama kita.


Ditambah pula dengan jaguh jadi-jadian yang membawa panji untuk melagakan Presiden dan Perdana Menteri.


Makin dilaga.


Makin disorak.


Jika tidak ada bukti, cukup dengan fitnah jadi modal hujah.


Sekali lagi penulis menyeru untuk kita semua kembalikan suara rasional di dalam UMNO.


Biarlah suara yang menganjur perdamaian dan rasional menjadi jurucakap utama UMNO.


Bukan agen perpecahan.


Tanpa berselindung, penulis mohon sangat jika pemimpin UMNO yang dihormati oleh ahli UMNO dan rakyat seperti :


1. Tok Mat

2. Mahadzir Khalid

3. Khaled Nordin

4. Dr Zambry Kadir

5. Hishamuddin Hussein


Mohon pemimpin UMNO ini dapat berikan pencerahan kepada ahli parti agar kembalikan suara rasional menjadi suara arus perdana di dalam parti.


Biarlah UMNO ini dilihat bukan sahaja menjadi wadah perjuangan buat ahli UMNO tetapi juga wadah perjuangan rakyat.


Isu UMNO bukan lagi jadi isu kepartian semata-mata.


Jadikan isu UMNO juga adalah isu rakyat.


Jika kita semua masih berpeluk tubuh kerana khuatir dilabel 'orang Presiden' atau 'orang Perdana Menteri'..


Kelak yang bakal menjadi mangsa adalah ahli parti dibawah yang tidak berdosa.


Ahli UMNO di bawah bersama Presiden dan Perdana Menteri.


Ahli UMNO di bawah menolak agen perpecahan dalam UMNO.


Wahai pemimpin UMNO,


Bersuaralah demi kebaikan parti.


Salam perpaduan.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA