MEMAHAMI POLITIK TUNTUTAN JAWATAN TPM PPBM

 


Tidak susah mahu memahami mengapa PPBM terdesak membuat tuntutan jawatan TPM kepada Perdana Menteri.


Adakah Muhyidin sebodoh itu untuk membuat tuntutan jawatan TPM?


Sedangkan Muhyidin sedar bahawa tuntutan jawatan TPM dikala rakyat sedang bergelut dengan pelbagai isu hanya akan membuatkan kebencian rakyat kepada PPBM akan terus meningkat. 


Persoalan yang timbul adalah mengapa Muhyidin seakan senak perut nak tercirit mendesak supaya jawatan TPM diberikan kepada PPBM?


Jawapannya adalah kerana Azmin Ali.


Azmin Ali punca huru-hara yang berlaku dalam PPBM.


Azmin Ali punca tiba-tiba tuntutan ini muncul semula.


Azmin Ali tahu dengan kelulusan ROS, PPBM bakal dikuburkan dalam PRU-15.


Maka, Azmin merancang strategi politik dengan mendesak Presiden PPBM untuk mengotakan janji jawatan TPM kepada dia.


Azmin tahu tuntutan itu akan gagal.


Azmin tahu Muhyidin tidak akan berupaya untuk mendesak Ismail Sabri untuk berikan jawatan TPM itu.


Azmin hanya lakukan ini semua supaya dia dipecat atau dia sendiri isytihar keluar dari PPBM kerana tidak percaya dengan kepimpinan Muhyidin.


Ini semua adalah helah Azmin supaya dia dapat kembali ke pangkuan parti Cikgu-nya.


Azmin Ali dalam gerakan politik awal untuk meninggalkan Muhyidin dan cuba meraih simpati Anwar Ibrahim.


Azmin Ali semakin lemah dan hilang arah.


Setelah Zuraidah dengan Parti entah hapa namanya itu sudah membuat permohonan untuk bersama BN.


Kini, Azmin Ali pula sedang merencana plot untuk huru-harakan PPBM dan akhirnya dia akan keluar PPBM kerana sudah tidak ada kepercayaan lagi kepada kepimpinan Muhyidin.


Ini semua hanyalah plot politik Azmin.


Mungkin kalau dulu Langkah Sheraton, mungkin kali ini gerakan politik Azmin ini adalah Langkah Haziq.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

KEGAGALAN ZAHID HAMIDI SEBAGAI PENGERUSI BN TIDAK PATAHKAN SEMANGAT PERJUANGAN CALON DAN AKAR UMBI BN

PAKATAN NASIONAL: PLOT POLITIK YANG BAKAL MEMECAHKAN UMNO