MENGAPA DATO NAJIB GUNAKAN KHIDMAT PEGUAM DAP UNTUK MEMBELA BELIAU DALAM RAYUAN TERAKHIR?
Ketika tulisan ini disiarkan, rayuan Dato Najib sedang berlangsung di Mahkamah Persekutuan. Pasukan peguambela Dato Najib - Hisyam Teh Poh Teik nyatakan bahawa mereka belum bersedia dan sekiranya Mahkamah tidak benarkan penangguhan, pasukan peguambela Dato Najib akan tarik diri.
Dalam beberapa kejutan saat akhir, Dato Najib telah menukarkan pasukan peguambela beliau. Digantikan dengan Zaid Ibrahim.
Inilah yang sebenarnya menimbulkan seribu satu persoalan.
Umum tahu Zaid Ibrahim adalah pengkhianat kepada UMNO. Zaid Ibrahim melompat dari UMNO hingga bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, kemudian beliau dan Zamil Mamak buat pula Parti KITA dan setelah bergaduh sesama sendiri beliau menjadi ahli DAP pula.
Setelah bertahun Zaid Ibrahim hidup dalam buangan politik, tiba-tiba Dato Najib mengambil beliau pula menjadi peguambela untuk rayuan terakhir yang sangat sangat sangat penting.
Persoalannya.
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Siapakah penasihat yang menasihatkan Dato Najib untuk membuat strategi bunuh diri ini?
Pelantikan Zaid Ibrahim atas apa alasan sekalipun hanya akan membuka ruang seluasnya untuk berlaku sabotaj saat akhir.
Dan seperti diduga, telahpun berlaku.
Zaid Ibrahim telah membuat kenyataan terbuka bahawa beliau telah dicemuh kerana ambil alih kes Dato Najib.
Adakah kenyataan ini wajar?
Apa sebenarnya strategi yang cuba dimainkan oleh pasukan Dato Najib?
Ditambah pula lagi dengan serangan pasukan peguambela Dato Najib dengan menyelar Hakim-Hakim yang bakal menghakimi Dato Najib.
Ini tidak lain seperti strategi bodoh yang digunakan oleh Anwar Ibrahim dahulu.
Apabila sudah tersadung nak menafikan aktiviti liwat tidak berlaku, beliau membuat keputusan untuk mencari kambing hitam.
Dari Hakim hinggalah ke gambar Saiful Bukhari bertemu dengan pemimpin UMNO nak dijadikan alasan bahawa Anwar Ibrahim tak bersalah.
Isu pokok yang tak terjawab adalah:
Anwar Ibrahim gagal menafikan yang perbuatan liwat tidak berlaku.
Maka hukuman penjara dijatuhkan kepada Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim heret rakyat untuk salahkan Hakim-Hakim, pemimpin UMNO hinggakan Anwar Ibrahim sendiri terlupa yang patut beliau salahkan adalah nafsu serakahnya sendiri.
Bukanlah tujuan tulisan ini nak menyamakan Dato Najib dengan Anwar Ibrahim, tetapi strategi pasukan peguambela Dato Najib mirip strategi peguambela Anwar Ibrahim.
Dato Najib adalah orang baik yang sentiasa bersangka baik. Sebab itu orang UMNO memang sayangkan beliau.
Tetapi kesilapan beliau dari dulu dan tidak pernah berubah adalah:
Disebabkan sikap bersangka baik Dato Najib jugalah beliau sentiasa percayakan penasihat yang akhirnya menjerut dirinya ke lembah kekalutan.
Buat apa jentera Dato Najib mencari pasal dan nak mencari gaduh dengan Hakim-Hakim dan Badan Kehakiman?
Lihat saja apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim dulu.
Kau ajak bergaduh dengan orang yang nak jatuhkan hukuman.
Akibatnya memang kita semua tahu.
Ini jauh berbeza dengan strategi pasukan Dato Zahid dalam kes Yayasan Akal Budi.
Pendekatan yang diambil oleh pasukan peguambela Zahid wajar dipuji.
Apabila beliau dituduh menggubah wang haram dengan dana sumbangan Yayasan Akal Budi, pasukan peguambela Dato Zahid bermati-matian nak buktikan bahawa dana Yayasan Akal Budi digunakan untuk aktiviti kebajikan.
Hinggakan pasukan peguambela Dato Zahid berjaya untuk bawa sendiri Hakim dan pendakwaraya melihat sendiri Masjid, Surau, Asrama Anak Yatim Yayasan Akal Budi.
Ini baru strategi yang betul.
Orang tuduh kau seleweng dana Yayasan, kau jawab satu-satu. Sampaikan Hakim sendiri dapat tengok Masjid, Asrama Anak Yatim.
Barulah betul.
Jangan terkejut jika Dato Zahid bebas dari semua pertuduhan ke atasnya kerana strategi pembelaan ke atas dirinya tidak lari jauh dari kes Musa Aman.
Jika Musa Aman boleh lepas, mengapa Zahid tak boleh lepas?
Tetapi itu dalam tulisan yang lain.
Akhir sekali, kita semua berdoa agar keputusan Mahkamah Dato Najib ini tidak akan sesekali memecah-belahkan UMNO.
Musuh kita sememangnya mengharapkan UMNO berantakan disebabkan kes Dato Najib.
Walaupun pahit untuk kita telan, tetapi kita semua kena terima bahawa perjuangan UMNO ini lebih besar dari mana-mana individu.
Kita pernah mengalami krisis dalaman parti yang lebih teruk dari ini.
Tidak ada apa yang patut kita lakukan selain dari merapatkan saf kepimpinan dan bersama hadapi musuh sebenar kita dalam PRU-15.
Bersambung...
Comments
Post a Comment