MESYUARAT MKT MALAM INI BAKAL TENTUKAN NASIB UMNO BN DALAM PRU-15



Dewan Merdeka menjadi saksi kepada percaturan beberapa kerat geng 13 yang mahu UMNO terus dibayangi Bossku.


Bagi mereka UMNO akan mati sekiranya bukan Bossku yang menjadi Perdana Menteri dan menjadi Presiden UMNO.


Tidak ada orang yang lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO kecuali Dato Najib.


Keimanan ini sudah menjadi akidah politik mereka dan tidak guna lagi untuk kita ubah keyakinan mereka.


Tetapi, kita harus bersyukur kerana ini bukanlah pandangan majoriti MKT, Pengerusi Perhubungan Negeri, Ketua Bahagian dan Ketua Cawangan.


UMNO pernah melalui episod sama dahulu. Apabila peralihan kuasa dari Tun Mahathir ke Pak Lah. 


Betapa hebatnya tekanan yang diberikan kepada Pak Lah pada ketika itu kerana bagi pentaksub Atok: tidak ada sesiapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO kecuali Atok.


Begitu juga UMNO pada waktu ini. Ada sebilangan kecil kelompok pro-Najib yang mengatakan perkara yang sama.


Segala jasa baik Ismail Sabri kepada UMNO dalam menyelesaikan 10 tuntutan UMNO dari kelulusan ROS hinggalah RUU Lompat Parti pun belum cukup bagus jika nak dibandingkan dengan Dato Najib.


Begitu juga dengan hasil kerja kuat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri dalam tempoh setahun yang berjaya mengeluarkan negara dari pandemik dan membuka ekonomi agar rakyat dapat bernafas semula juga tak begitu baik untuk kelompok kecil pro-Najib ini.


Subsidi terbesar sebanyak RM77.7 bilion yang diluluskan oleh Ismail Sabri juga yang tidak pernah diberikan oleh mana-mana Perdana Menteri.


Tetapi bagi kelompok pentaksub Najib, ini juga belum boleh menobatkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri UMNO yang patut kita banggakan.


Dato Najib dah buat itu.


Dato Najib dah buat ini.


Semua yang bagus Dato Najib saja.


Ada saja komen kepada Dato Seri Ismail Sabri...


Tak buat itu.


Tak buat ini.


Bila Ismail Sabri buat yang UMNO nak, tak pula kau hebohkan..


Ada saja tak kena.


Tidak guna hujah berfakta dengan para pentaksub. Buang masa.


Lebih baik kita melihat kehadapan.


Hasil percaturan geng 13 yang sedikit sebanyak berjaya mendesak Dato Seri Presiden untuk membubarkan Parlimen segera...


Mereka memiliki keyakinan jitu bahawa BN bakal menang besar PRU-15...


Kelompok penasihat Dato Najib yang sama jugalah yang kata Dato Najib dan BN akan menang besar PRU-14 dahulu...


Lantak kamulah...


Kami cadang agar Dato Seri Ismail Sabri tegas pertahankan apa yang terbaik buat UMNO.


Jika masuk pilihanraya dengan keadaan UMNO dalam huru-hara ini UMNO BN bakal tewas, tangguhlah dahulu...


Agenda kita bukan nak menyelamatkan mana-mana individu dalam parti atau nak menyelamatkan kuasa Perdana Menteri UMNO di Putrajaya..


Perkara utama yang hendak kita fikirkan secara mendalam secara bersama termasuk pentaksub Najib adalah:


JIKA BENAR BN MENANG PRU-15 SYUKUR ALHAMDULILLAH.


JIKA BN KALAH PRU-15, JANGANKAN DATO NAJIB SAHAJA...


SEMUA PEMIMPIN UMNO YANG ADA KES MAHKAMAH DAN TERMASUKLAH GENG 13 SEMUA BAKAL MASUK PENJARA KERANA PARTI LAWAN KITA BERKUASA...


Nasihat kami Dato Seri Presiden, janganlah percaya sangat cakap pentaksub Dato Najib ni.


Nasihat sama yang menjahanamkan UMNO BN juga diberikan oleh mangkuk hayun ni juga.


Syukur Alhamdulilah ramai pemimpin UMNO dan ahli UMNO di akar umbi tidak sebodoh pentaksub Dato Najib..


Kami masih rasional dan mahu yang terbaik buat UMNO dan BN.


Tetapi jika terpaksa bubar segera juga dan pentaksub Najib ini dah bersedia ambil risiko BN kalah dan masuk penjara...


Elok juga kita bubarkan Parlimen segera.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA