PERJUANGAN UMNO BN BAKAL DIGADAIKAN KERANA MASALAH PERIBADI PEMIMPIN?

 


Tulisan ini adalah ingatan  buat semua pemimpin UMNO.


Apa pun, hujungnya Dato Seri Presiden berhak membuat keputusan sebaiknya demi kepentingan parti.


Sebelum PRU-14 dulu pun, walaupun sudah diberikan banyak peringatan kepada pemimpin tertinggi UMNO, semua penasihat keliling Presiden UMNO pada waktu itu kata UMNO BN bakal menang besar PRU-14...


Sindrom keyakinan tak tentu pasal ini memang sukar untuk dikikis...


Tok Mat faham maksud penulis. Semua pun tahu sebelum PRU-14 dulu, behind closed doors - Tok Mat sendiri menyatakan kegusaran beliau isu 1MDB boleh tewaskan BN dalam PRU-14.


Terbukti benar apa yang dikatakan Tok Mat.


Tok Mat juga menyatakan perkara yang sama dalam wawancara baru-baru ini dengan media antarabangsa berpengkalan di Hong Kong.


"Jika pemimpin berundur sebelum PRU-14, BN akan kekal Kerajaan.."


"Jangan ulangi kesilapan sama pada PRU-15.."


Hantu 1MDB, SRC ini kembali bergentayangan mahu santau semula UMNO BN...


Tidak ada mana-mana Tok Bomoh pun mampu mengikat hantu rambut menggerbang ini..


Warlord UMNO yakin dan percaya bahawa:


UMNO itu Najib.


Dan Najib itu UMNO.


Masa depan UMNO adalah masa depan Najib.


Masa depan Najib adalah masa depan UMNO.


Akhirnya, ada satu sosok pemimpin yang berjaya memecahkan tradisi UMNO selama puluhan tahun.


Tidak ada mana-mana pemimpin lebih penting dari parti mungkin tidak terpakai kepada Dato Najib.


Dato Najib lebih penting dari masa depan parti.


Tulisan ini tak bermaksud untuk mengubah apa saja pandangan warlord.


Gegar saja AG sampai segala macam pertuduhan dari pelbagai skandal peribadi pemimpin digugurkan.


Biar sampai pemimpin kita jadi kudus dan mulus.


Persepsi rakyat?


Peduli hapa kita.


Baik gugurkan saja kes Mahkamah SRC, 1MDB dan segala apa sajalah.


Buat apa UMNO nak ikut Rule of Law.


Rule of Law yang kena ikut UMNO.


Lantaklah Labu.


Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya.


Kita semua kena siap sedia untuk jadi pembangkang balik selepas PRU-15.


Puas hati.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA