PERSIAPAN 6 BULAN JENTERA DAN CALON BN SEBELUM PRU-15
Ada banyak pandangan yang diberikan berhubung dengan bila waktu sesuai untuk diadakan PRU-15.
Dari penganalisa politik hinggalah ke pemimpin peringkat Bahagian. Semua ada memberikan pandangan.
Antara pandangan yang agak popular dikalangan pemimpin UMNO adalah sebaiknya PRU-15 dibuat segera memandangkan blok pembangkang sedang berpecah. Jangan beri pembangkang masa untuk kumpul kekuatan.
Satu lagi pandangan mengatakan bahawa jangan tergesa-gesa adakan PRU-15 segera. Seeloknya tunggulah ekonomi pulih dahulu. Persoalan yang ditimbulkan adalah: takkan nak tunggu sampai ekonomi pulih baru nak bubar Parlimen? Berapa lama ekonomi negara nak pulih? Setahun?
Pandangan kedua ini turut dikritik kerana seakan tidak mahu melepaskan jawatan yang disandang di Putrajaya.
Perbezaan pandangan ini bukanlah sesuatu yang tidak baik untuk UMNO. Ini kerana kedua-dua pandangan ini tetap mempunyai nawaitu yang sama iaitu: mahu BN menang PRU-15 dan mendominasi Kerajaan secara bersendirian untuk bawa kestabilan.
Tujuannya sama. Strateginya saja yang berbeza.
Tetapi belum pernah lagi sisi pandang jentera pilihanraya dan akar umbi diambil kira dalam memberikan pandangan bilakah waktu sesuai untuk PRU.
Inilah perspektif yang penulis cuba bawakan kali ini.
Jika ditanya kepada akar umbi UMNO di Rompin, Pengerang atau di Kota Tinggi, nak buat PRU minggu depan pun tidak ada masalah...
Kerusi ini menang besar PRU-14 dahulu hingga berbelas ribu majoriti. Dari segi persiapan jentera pilihanraya dan kesediaan untuk menangkan kerusi Parlimen bukanlah masalah.
Tetapi, pernahkah kita menjengah nasib jentera kita di kerusi 'maut' atau dalam bahasa Dato Seri Presiden sendiri 'kawasan kemalangan'.
Apa nasib bakal calon BN di kerusi 'maut' ini?
Sudahkan jentera dan bakal calon kita bersedia?
Penulis tidak bermaksud untuk memberi contoh kerusi hitam seperti Segambut atau Kepong yang memang sudah sah kerusi tradisi DAP.
Cukup untuk kita tanyakan apakah bakal calon dan jentera pilihanraya kita bersedia untuk:
Rampas semula kerusi Larut yang kini disandang Menteri KDN.
Kerusi Tanah Merah yang disandang Timbalan Menteri Pertahanan.
Bolehkah kita kalahkan Tok Pa di Jeli.
Ataupun Masjid Tanah.
Persoalan ini bukan bererti kita takut. Jika nak dijawab dengan sentimen dan perasaan sudah tentu kita amat yakin.
Tetapi yakin saja tidak cukup tanpa persediaan rapi.
1. Minyak kena cukup untuk jentera boleh mula gerak kerja
2. Kajian sikap kena merentas parti, tidak boleh harapkan kajian sikap UMNO saja sedangkan MCA, MIC baru nak tersedar dari tidur yang panjang.
3. Bakal calon walapun belum tentu dapat watikah, atau pimpinan Bahagian dah boleh mula gerak kerja di kawasan. Program setempat, tak semesti kena program mega yang mengharapkan YAB PM turun saja.
4. Aktifkan media sosial untuk tarik undi 18 dan first-time voter. Mula sampaikan mesej dan good news Kerajaan kepada rakyat. Sampaikan kebaikan Kerajaan. Polemik politik dalaman parti itu kita simpan dulu, fokus kita rakyat.
Kesimpulannya, tempoh 6 bulan lagi adalah waktu terbaik untuk bakal calon dan jentera pilihanraya bersiap sedia untuk hadapi PRU-15.
Ada tempat yang setitik minyak pun tak turun. Alih-alih nak bubar Parlimen.
Semoga pemimpin di atas tahu keadaan di bawah.
Yang teruk nak bekerja esok masa PRU, kita di bawah ni.
Dalam tempoh 6 bulan ini, sempat kita rangka program setempat untuk masuk ke kampung-kampung dan taman-taman.
Bawa mesej kejayaan Kerajaan.
Dalam tempoh 6 bulan ini, banyak program setempat dan mesej Kerajaan yang boleh kita lakukan.
Biarlah kali ini kita menang dengan fakta dan data.
Bukan lagi dengan rekayasa dan emosi semata.
Sekian.
Comments
Post a Comment