PRESIDEN UMNO DAN PERDANA MENTERI PERLU BERGANDING BAHU PERTAHANKAN UMNO DARI KUMPULAN 13 JAHANAM




No one is above the law.


No one is above the party.


Ini peringatan penting untuk kita fahami bersama.


Tidak ada mana-mana ahli UMNO yang lebih tinggi dari undang-undang.


Dan tidak ada mana-mana pemimpin UMNO yang lebih tinggi dari parti.


Pemimpin datang dan pergi, tetapi UMNO tetap berdiri.


Ada beberapa pihak dalam UMNO yang sedang giatkan usaha untuk menyemai perpecahan disebabkan kes Dato Najib.


Kumpulan 13 Jahanam ini telah tersesat dari perjuangan asal UMNO untuk agama, bangsa dan tanahair...


Apa yang mereka lakukan bukan lagi untuk perjuangan UMNO...


Sebaliknya mereka telah terjerumus ke lembah kesesatan dan ketaksuban kepada pemimpin.


Kumpulan 13 Jahanam ini sudah tidak peduli adab berjemaah.


Jika tak dihalang gerakan kumpulan 13 Jahanam ini, parti bakal jadi mangsa perpecahan dek kerana pentaksub tegar ini.


Sehebat-hebat pemimpin UMNO seperti Harun Idris pun sesekali tidak akan boleh mengatasi parti.


Orang Melayu berpaut pada UMNO.


Yang benar-benar berjasa kepada orang Melayu adalah parti UMNO.


Bukan pemimpin UMNO semata-mata...


Pemimpin UMNO ada kala ada cacat celanya..


Pemimpin UMNO bukan maksum.


Tetapi parti UMNO yang didirikan atas keringat perjuangan tidak sesekali kita khianati..


Dan sepanjang perjalanan perjuangan UMNO ini, kita ada ramai pemimpin yang kita hormati dalam membawa panji perjuangan agama, bangsa dan tanahair..


Tidak ada mana-mana pemimpin waktu ini yang lebih hebat dari pemimpin terawal UMNO.


Ingatan demi ingatan diberikan oleh ramai Ketua Bahagian untuk kita rapatkan saf dan perpaduan sesama ahli UMNO.


Jangan samakan perjuangan UMNO dengan ketaksuban kepada pemimpin oleh kumpulan 13 Jahanam ini.


Kami yakin Presiden UMNO dan Perdana Menteri dapat tangani ketaksuban Kumpulan 13 Jahanam dari terus menjahanamkan parti.


Ini kerana hampir kesemua Ketua Bahagian dan pemimpin UMNO di setiap peringkat di seluruh negara masih rasional dan sesekali tidak akan mengkhianati perjuangan parti kerana ketaksuban kepada mana-mana pemimpin.


Mungkin kerana Kumpulan 13 Jahanam ini dulu sudah banyak mendapat laba dan manfaat peribadi atas ketaksuban kepada pemimpin tersebut.


Majoriti ahli UMNO masih kekal pejuang setia kerana agama, bangsa dan tanahair.


Jika Kumpulan 13 Pentaksub Jahanam mahu terus jahanamkan parti, sudah jadi tanggungjawab semua ahli UMNO untuk bangkit bersama Presiden dan Perdana Menteri pertahankan parti orang Melayu ini.


Jangan biarkan kumpulan 13 pentaksub jahanam hancurkan parti kita!


Ingatan kepada Kumpulan 13 Warlord Jahanam ini:


Kamu jangan ingat orang UMNO tak marah dengan tindak tanduk kamu. 


Zaman kau berkepak dah berakhir.


Akan ada gelombang baru yang belum kamu tahu untuk benamkan kamu semua jika kamu ingat kamu kuat sangat.


Tunggu...




Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA