PROVOKASI LOKMAN ADAM MANGSAKAN DATO NAJIB

 


Tidak salah untuk menyokong dan bersolidariti kepada isu Mahkamah Dato Najib.


Itu tanda kasih kita kepada pemimpin.


Ramai pemimpin UMNO dan penyokong hardcore Dato Najib yang bersimpati dan berusaha untuk membantu beliau dalam apa saja daya yang termampu.


Namun, sokongan kepada Dato Najib tidak sesekali membenarkan kita untuk melanggar undang-undang sehingga menghina mahkamah atau 'contempt of court'.


Ini jauh berbeza dengan seorang insan isitimewa yang bernama Lokman Adam.


Inilah yang dikatakan 'menyokong membawa rebah'.


Kebodohan Lokman Adam ini elok dikupas satu-satu agar menjadi pengajaran kepada kita semua.


Janganlah kerana sokongan membabi buta kita akhirnya memangsakan pemimpin kita.


Lokman Adam memang terkenal dengan aksi politik provokasi kepada penjawat awam, polis yang menjalankan tugas.


Beberapa minggu lepas, Lokman Adam telah dihadapkan ke Mahkamah kerana didakwa membuat panggilan kesat 'bodoh' kepada polis yang bertugas di Mahkamah sewaktu kes Dato Seri Zahid Hamidi.


Ini sedikit pun tidak memberi pengajaran kepada si bebal ini. 


Tidak cukup dengan memberi imej negatif kepada perjalanan Mahkamah Dato Seri Presiden, kini Lokman Adam membuat aksi provokasi terbaru yang sememangnya menyusahkan Dato Najib.


Sehari sebelum penghakiman, Lokman Adam telah membuat live FB dengan mendakwa yang bukan-bukan kepada suami Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun.


Lokman Adam membuat penghinaan terbuka kepada suami Ketua Hakim Negara dengan tuduhan yang bukan-bukan sehari sebelum penghakiman untuk memasukkan bukti baharu.


Bukankah ini satu perbuatan bangang?


Dah tentu Ketua Hakim Negara ini juga ada hati dan perasaan. Apa dosa dia kau nak hina keluarga dia? Kau fokus sajalah kepada fakta kes. 


Tak salah nak kritik jika ada hujah yang dilihat berat sebelah dan sebagainya. 


Yang Lokman Adam bangang sangat nak hina keluarga Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara tu apa hal?


Apa akibatnya?


Provokasi Lokman Adam mengundang mala petaka kepada permohonan Dato Najib di Mahkamah.


Provokasi Lokman Adam memberi persepsi negatif kepada Dato Najib.


Tak semua penasihat dan penyokong Dato Najib bangang seperti Lokman Adam.


Jika penulis boleh ambil sedikit ucapan Dato Shafei Wangsa Maju sewaktu di PAU dulu:


"The best defence is a good offence".


Penulis setuju.


Tetapi jika Lokman Adam serang Ketua Hakim Negara sehari sebelum penghakiman Dato Najib, bukankah ini kerja bangang?


Provokasi Lokman Adam mangsakan Dato Najib.


Provokasi Lokman Adam buatkan panel Hakim dan Ketua Hakim Negara tidak mahu berkompromi dengan Dato Najib.


Provokasi Lokman Adam menyusahkan Dato Najib.


Provokasi Lokman Adam memberi imej negatif kepada perjalanan kes Mahkamah Dato Najib.


Provokasi Lokman Adam memberi gambaran semua penasihat disekeliling Dato Najib ini buta tuli belaka.


Hentikanlah buat kerja bangang wahai Lokman Adam.


Diharap perjalanan kes Dato Seri Presiden janganlah dicemari dengan provokasi kepada Hakim dan Badan Kehakiman oleh insan bangang seperti Lokman Adam ni.


Petunjuk mutakhir ini menunjukkan ada perkembangan positif kepada kes Dato Seri Zahid Hamidi. 


Tetapi boleh jadi juga nasib malang bakal menimpa Dato Seri Presiden jika ada penyokong seperti Lokman Adam yang melakukan provokasi kepada Hakim dan Badan Kehakiman.


Akhir kata, jasa dan legasi Dato Najib ini terlalu besar untuk parti UMNO...


Tak perlulah kucing kurap seperti Lokman Adam beriya-iya mahu pertahankan dengan cara provokasi kepada Hakim yang akhirnya memangsakan Dato Najib saja.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA