RAKYAT HILANG KEPERCAYAAN KEPADA BN BERPUNCA DARI TAKLIMAT KHAS SABTU PRESIDEN UMNO

 


Tulisan ini agak provokatif. Harap tidak ada yang melompat. Harap kita hadam dengan tenang kritikan konstruktif ini.


Ini kerana penulis dan rakan-rakan dalam UMNO juga tahu bahawa ada dua jenis realiti.


Satu realiti di dalam UMNO.


Satu realiti sentimen rakyat.


Penulis ingin bawakan dari perspektif bagaimana rakyat melihat gelagat politik kita dalam taklimat khas Sabtu lepas di Dewan Merdeka.


Mungkin ada kalangan kita yang bersorak.


Ada kalangan kita yang tak puas hati.


Tak kurang juga yang bercampur baur.


Tetapi hakikat yang penulis ingin bawakan adalah imej dan persepsi rakyat kepada UMNO sangat teruk disebabkan taklimat khas Sabtu tempoh hari.


Whatever that we did last Saturday in Dewan Merdeka is damaging to the party.


Very damaging to BN.


Penulis rasa sentimen ini dikongsi juga oleh ramai pemimpin UMNO.


Apa manfaat yang kita dapat dari taklimat khas tersebut selain dari menang sorak kampung tergadai?


Apa mesej UMNO kepada rakyat?


1. Hina Badan Kehakiman.


2. Tayangkan gambar Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan.


3. Menjerit untuk memecat Peguam Negara.


4. Mendesak Perdana Menteri campurtangan politik dalam Badan Kehakiman.


5. Dan beberapa lagi aksi politik yang tak senonoh.


Adakah ini mesej kempen PRU-15 kita kepada rakyat?


Segala kerja kuat yang telah kita buat dalam setahun ini untuk menjual pemimpin UMNO BN kepada rakyat telah hancur bersepai dengan tindakan bodoh yang kita buat pada Sabtu lepas.


Mungkin ada yang tidak setuju dengan pandangan ini kerana mungkin pengundi tradisi UMNO BN akan tetap mengundi BN.


Hakikatnya, kita tak boleh menang pilihanraya dengan hanya berharap kepada ahli dan penyokong kita sahaja.


Sokongan pengundi atas pagar merosot teruk kepada UMNO disebabkan taklimat khas Sabtu lalu.


"UMNO tak pernah berubah"


"UMNO nak bergaduh dengan Badan Kehakiman"


"Ismail Sabri takkan jadi Perdana Menteri semula."


"UMNO akan bebaskan Najib semula."


"Zahid Hamidi akan jadi Perdana Menteri."


Inilah cakap-cakap dikalangan orang muda #Undi18 dan juga first-time voter.


Tanpa swing dari pengundi muda dan first-time voter yang mewakili hampir 30% pengundi di setiap Parlimen, tak usah kita mendabik dada dengan ahli dan penyokong kita di setiap Parlimen.


Jangkaan kerusi Parlimen yang seharusnya boleh ditambah bakal merosot teruk.


Jangankan berangan nak jadi Kerajaan BN yang dominan.


Silap haribulan BN bakal jadi pembangkang.


Wahai pemimpin UMNO,


Dengarlah suara orang muda.


Baik di bandar mahupun di desa.


Jika UMNO buat keputusan MKT bersandarkan kepada warlord, tanya semula warlord apa jadi dengan kerusi Parlimen yang warlord jaga? 


Hampir rata-rata warlord yang cuba mengolah persepsi dalam UMNO ini bukan sahaja tidak menyumbang kerusi Parlimen kepada BN, malah kerusi Parlimen di Bahagian kamu semua pun dah jadi kerusi hitam atau kerusi maut buat BN.


Jangan cakap banyaklah.


Orang lain sibuk buat kerja untuk parti.


Ada pihak yang sibuk memecahbelahkan parti dan nak menjahanamkan parti.


Jika benar Parlimen nak dibubar dalam sebulan dua ini, nasihat penulis buat rakan-rakan Pemuda, siap sedia untuk kita rampas semula UMNO ini dan jadi pembangkang kembali.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA