SERUAN KEPADA PEMUDA UMNO AGAR LAWAN FITNAH LOKMAN ADAM EJEN PEMECAH BELAH PARTI

 


Lokman Adam sekali lagi keluar Live di platform media sosial memutarbelit kenyataan yang dikeluarkannya sendiri.


Fitnah yang dikatakan Dato Seri Ismail Sabri berjumpa Mahathir tidak dijawab.


Inilah kelebihan tukang fitnah seperti Lokman Adam. Fitnah yang terang nyata dikeluarkan olehnya diputarbelit semula.


Ramai yang berpandangan bahawa tidak perlu menjawab Lokman Adam kerana banyak kenyataannya merapu dan fitnah.


Pandangan itu ternyata meleset, ini kerana jika kebenaran itu tidak dinyatakan secara terbuka, maka fitnah yang berulang-ulang akan menjadi fakta.


Lokman Adam wajib dijawab.


Sekiranya Lokman Adam terus menerus melakukan kerja fitnah ini. Maka, jentera UMNO akan lebih banyak masa menghadam kisah-kisah fitnah Lokman Adam terhadap Perdana Menteri UMNO dan pemimpin UMNO berbanding fokus kepada musuh kita pada PRU-15.


Sewaktu parti pembangkang seperti Rafizi Ramli, Syed Saddiq dan kelompok pemimpin muda DAP sibuk menyerang Kerajaan Keluarga Malaysia, orang UMNO terbuai pula dengan kisah fitnah Lokman Adam memburukkan pemimpin UMNO sendiri.


Budaya menyerang sesama sendiri di dalam UMNO antara punca kekalahan kita dalam PRU-14.


Budaya ini sedang kembali membarah dalam UMNO dengan kehadiran watak tukang fitnah seperti Lokman Adam.


Fokus kita adalah untuk melawan musuh UMNO.


Fokus kita adalah untuk menjawab tuduhan parti lawan.


Fokus kita adalah untuk menceritakan kejayaan Kerajaan Persekutuan.


Sebaliknya, setiap malam ahli parti dan jentera UMNO dihidangkan dengan kisah fitnah yang undang kecurigaan sesama kita.


Budaya memecah belahkan kesepaduan di dalam parti telah menjadi makin parah.


Tulisan ini ingin menyeru dengan sesungguhnya kepada semua pimpinan di peringkat Bahagian.


Mungkin Ketua Bahagian agak berisiko untuk membuat kenyataan terbuka kerana dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan yang tidak selesa.


Tetapi penulis ingin menyeru kepada semua Ketua Pemuda Bahagian yang masih berpegang kuat kepada tradisi perjuangan UMNO...


Bangkitlah dan ucapkanlah kebenaran...


Jangan jadikan Lokman Adam sebagai jurucakap utama UMNO...


Adakah benar ini semua pendirian kita?


Adakah boleh kita biarkan perpecahan dalam UMNO ini terus parah?


Akan ada kalangan pemimpin dari Pemuda yang sedia pertahankan parti dari terus berpecah belah.


Mulakanlah dari seorang sahaja dahulu.


InsyaAllah ramai pemimpin Pemuda yang bakal bangkit mempertahankan perpaduan dalam parti.


Amat malang jika Lokman Adam menjadi hero dan jurucakap utama untuk parti UMNO.


Bangkitlah.


Bangkitlah.


Bukan untuk Ismail Sabri.


Tetapi untuk perpaduan parti.


Dan agar kita semua fokus kepada musuh parti kita. 


Bukan lagi berpecah belah sesama kita.


Salam persaudaraan.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA