TAK PERLU MESYUARAT MKT DAN TOP 5, IKUT SAJA CAKAP FB LIVE LOKMAN ADAM

 


Desakan PRU-15 segera telah datang dari Dato Seri Presiden UMNO sendiri.


Antara kekhuatiran Dato Seri Presiden adalah:


"Segerakanlah PRU-15 atau UMNO BN akan tewas dalam PRU.."


Dato Seri Presiden merupakan tunjang kepada institusi.


Dato Seri Presiden diibaratkan tiang seri utama kepada UMNO.


Jika tiang seri goyah, maka boleh roboh semua struktur.


Dalam apa juga keadaan, Dato Seri Presiden wajib dipertahankan.


Jika dihadapkan pilihan antara Dato Seri Zahid Hamidi atau Dato Seri Najib, penulis akan memilih untuk bersama Dato Seri Zahid Hamidi selaku Presiden parti.


Mengapa? 


Apa pun yang berlaku kepada Dato Najib, ia tidak akan merencatkan perjalanan parti untuk hadapi PRU-15.


Ini kerana semua urusan berkaitan parti dan urusan pilihanraya hendaklah di-endorse oleh Presiden UMNO dan Pengerusi BN.


Baik dari pemilihan calon.


Tandatangan watikah.


Hingga ke urusan kemenangan PRU sekiranya ada keperluan membentuk apa saja jajaran baharu bagi membentuk Kerajaan.


Ia hendaklah dengan adanya seorang Presiden yang berfungsi penuh.


UMNO BN tidak boleh untuk tidak ada seorang Presiden dan Pengerusi BN yang berfungsi penuh.


Adalah satu pengkhianatan dan kecelakaan besar buat UMNO jika ada usaha untuk menumbangkan Presiden dengan jalan tidak demokratik.


UMNO perlukan Presiden  yang berfungsi penuh untuk masuk ke PRU-15.


Presiden UMNO dan Pengerusi BN adalah jawatan yang lebih penting hatta dari Perdana Menteri sekalipun apabila terbubarnya Parlimen.


Betapa tingginya darjat seorang Presiden parti dalam hirarki parti.


Tradisi turun temurun dalam kepimpinan UMNO.


Hak dan kuasa Presiden UMNO jangan dipertikai.


Namun, penulis terkilan dengan desakan demi desakan yang dibuat ke atas Dato Seri Presiden oleh pihak tertentu.


Sejurus selepas kes Mahkamah Dato Najib mengatakan bahawa penangguhan dan bukti baharu ditolak, Dato Seri Presiden telah mendapat tekanan dari pihak tertentu untuk membuat kenyataan balas dari UMNO...


Sedangkan kebodohan dan kebebalan itu berpunca dari Lokman Adam sendiri yang menghina Hakim dan Badan Kehakiman yang akhirnya menyusahkan Dato Najib.


Maka dengan tergesa-gesa SUA UMNO pun terpaksalah keluarkan kenyataan dari UMNO atas arahan Presiden.


Adakah institusi Presiden dan kepimpinan tertinggi UMNO kini hanya dibawah telunjuk belukang seperti Lokman Adam?


Dimana hilangnya keputusan di dalam PAU untuk Top 5 menentukan tarikh pilihanraya?


Mohon ampun dan maaf kepada Dato Presiden, tetapi  kerusi keramat Presiden UMNO ini janganlah dicemari oleh sekor dua beruk yang sentiasa memberi tekanan kepada Dato Seri Presiden atas alasan nak mempertahan Bossku.


Jika Dato Seri Presiden UMNO sendiri pun menjadi mangsa desakan Lokman Adam..


Maka sebaiknya UMNO tidak perlu lagi untuk ada mesyuarat Top 5.


Ataupun mesyuarat MKT.


Ataupun PAU.


Sebaiknya semua Top 5 dan MT UMNO tonton saja FB Live Lokman Adam setiap malam...


Jadikan apa sahaja ucapan Lokman Adam dalam FB Live dia sebagai hala tuju dan keputusan dasar parti..


Tak perlu nak mesyuarat Top 5.


Tak perlu nak mesyuarat MKT.


SUA UMNO boleh catat minit mesyuarat dari ucapan Lokman Adam dalam FB Live dia saja..


Bukankah mudah begitu?


Jika Lokman Adam nak buat PRU-15 bulan depan, MKT dan Top 5 sewajibnya ikut saja cakap Lokman Adam...


Jika Lokman Adam mahu UMNO buat Plan B selepas Ogos ini, sebaiknya Top 5 dan MKT ikut saja cakap Lokman Adam...


Akhirnya, institusi Presiden dan hirarki parti ini hanya dibawah tapak kaki belukang seperti Lokman Adam sahaja.


Sungguh sedih dan lucu nasib parti kita ni.


Tulisan ini demi menjaga nama baik Dato Seri Presiden dan institusi ke-Presiden-an UMNO dari legasi kepimpinan Presiden UMNO yang hebat-hebat.


Janganlah kerana pengaruh dalam FB Live ini buatkan pemimpin kita pun seakan hilang pedoman dan takut dengan bayang-bayang sendiri.


Dato Seri Zahid Hamidi tetap Presiden UMNO dan Pengerusi BN.


Dato Seri Zahid Hamidi tetap dihormati.


Maka, selayaknya Dato Seri Zahid Hamidi kekal berprinsip pertahankan hirarki kepimpinan dan bukan tunduk kepada orang dalam buangan.


Akhir sekali, untuk menenangkan jiwa Dato Seri Presiden, yakin dan percayalah bahawa UMNO BN tidak akan tewas dalam PRU-15 bila-bila pun nak diadakan PRU...


Jika kita dilihat benar-benar mahu menjaga rakyat dan menjamin kestabilan...


Bukan dengan cara meratib setiap malam untuk membubarkan Parlimen... 


Rakyat pun dah meluat dengan gelagat politik kita yang tak berkesudahan ini.


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA