TAKLIMAT KHAS SOLIDARITI BERUBAH MENJADI ACARA MEMALUKAN PERDANA MENTERI



Riuh rendah satu negara dengan gelagat politik kita dalam Dewan Merdeka.


Dari taklimat khas nak meraih simpati kepada Dato Najib berubah menjadi acara menyindir Perdana Menteri.


Ditambah pula dengan beruk upahan yang disuruh boo bila nama Perdana Menteri disebut.


Ini semua politik lama gedebe Kampong Dusun yang sudah tidak laku lagi.


Kritikan ini bukan ditujukan kepada majoriti ahli-ahli UMNO. Tak benar jika kita mengatakan UMNO memusuhi Perdana Menteri.


Majoriti ahli UMNO di dalam Dewan Merdeka juga turut marah dan tidak bersetuju dengan aksi politik yang kurang menyenangkan. 


Perbuatan jijik ini hanya dilakukan oleh segelintir upahan geng 13. 


Sudah hilang adab budaya tertib berjemaaah dalam UMNO. Sekali lagi insiden tepis tangan Perdana Menteri di PRN Johor cuba diulang kembali.


Majoriti ahli UMNO yang hadir ke Dewan Merdeka dengan ikhlas ingin memberikan solidariti kepada Dato Najib.


Alih-alih bertukar menjadi acara 'contempt of court' oleh SUA UMNO Ahmad Maslan dengan menayangkan semua gambar Hakim-Hakim dan disusuli pula dengan aksi terjerit-jerit Azalina yang mahu memecat Peguam Negara.


Simpati yang wajar diraih dari akar umbi UMNO berubah menjadi acara sindir menyindir dan boo Perdana Menteri.


Memalukan.


Apa yang nak cuba dicapai?


Tak puas lagi nak malukan Perdana Menteri?


Kepada Dato Seri Ismail Sabri...


Kesabaran ada juga hadnya.


Sudah tiba masa panglima perang DSIS bangkit dan pertahankan beliau dari anasir tak diingini dari terus berlaku.


Semua tahu yang DSIS miliki karakter orang baik.


Penyabar.


Cakapnya lembut.


Tidak cepat melatah.


Ini tak bermaksud penyokong dan panglima sekeliling DSIS boleh saja redha dengan apa yang berlaku.


Cukuplah...


Mungkin dah tiba masa, buku bertemu ruas.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA