UMNO TIDAK PERLUKAN PEMECAH BELAH SEPERTI PUAD ZARKASHI



Emosi pemimpin dan akar umbi UMNO pada waktu dan ketika ini bercampur baur.


Ada yang sedih, kecewa dan tidak kurang juga yang masih marah.


Inilah asam garam dalam politik.


Ada masa keputusan itu menyebelahi kita, dan ada kala keputusan itu tidak menyebelahi kita.


Bukanlah tujuan tulisan ini untuk menambah pedih di hati kita. 


Kita boleh terus berantakan dan menyemarakkan api sengketa.


Atau kita boleh menyiram air perdamaian bagi meredakan jiwa yang panas membara.


Terpulang kepada kebijaksanaan kita...


Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri adalah sumber kekuatan untuk UMNO bangkit semula dari suasana hiba ini.


Dato Seri Presiden dan YAB Perdana Menteri adalah sumber kekuatan untuk mengembalikan semangat UMNO yang seakan hilang bersama jejak Bossku ke penjara.


Ini bukanlah penamat kepada perjuangan kita.


Apa yang berlaku kepada Dato Najib adalah saki baki kezaliman yang diikat di tangan dan kaki kita.


Memang benar Perdana Menteri itu Perdana Menteri UMNO.


Tetapi ikatan dari pentadbiran sebelum ini dah cukup rapi dan ketat untuk dilerai..


Ini bukanlah alasan untuk kita terima semua dengan berlapang dada...


Dan bukan juga dengan mendabik dada mahu buktikan engkaulah terpaling marah dan kecewa...


Penulis sedikit pun tidak terlintas untuk bersungguh mencerca Dr Puad Zarkashi.


YAB Perdana Menteri dan Dato Seri Presiden jauh lebih bijak dari mahu termakan dengan kata nista...


Marahlah..


Kecewalah..


Hakikatnya, itulah perasaan kita semua.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA