BUBAR OKTOBER: UMNO BN BAKAL MASUK KE PERANGKAP BANJIR RAFIZI



Sebagai ahli parti akhirnya kita akan akur dengan apa sahaja kehendak parti pada mesyuarat MKT Jumaat ini.


Itulah tanda setia kepada parti melebihi kepentingan diri kita sendiri mahupun mana-mana individu.


Kepentingan parti melebihi segalanya.


Gelombang bubar Oktober ini juga sudah sampai ke kemuncaknya. Dalam beberapa hari saja lagi kita bakal bubar Parlimen. 


Walaupun ada sentimen bercampur baur dari kalangan akar umbi. Ada yang nak bubar dan ada juga yang mahu tunggu musim tengkujuh beransur dahulu.


Tulisan ini sekadar beri peringatan akan perangkap yang telah dipasang oleh Rafizi kepada UMNO.


Raja Formula Rafizi yang ke hulu ke hilir cuba salahkan UMNO BN kerana mahu bubar segera ini bukanlah kerana Rafizi ini seorang yang prihatin kepada masalah banjir yang bakal dihadapi rakyat.


Rafizi bukan peduli pun pasal rakyat yang nak hadapi banjir.


Bukan. Bukan. Bukan.


Jangan kita tertipu lagi dengan Rafizi ini. 


Petisyen tak mahu bubar Parlimen segera oleh Rafizi ini bukan kerana Rafizi prihatin kepada masalah rakyat sekiranya banjir.


Bukan juga kerana Rafizi dan PH takut BN bubar segera Parlimen.


Bukan juga.


Isu banjir tidak lain adalah modal politik terbesar yang bakal digunakan oleh Rafizi dan Muhyidin jika kita bubar Parlimen dalam musim banjir.


Rafizi tahu pemimpin UMNO BN telah banyak berjasa kepada rakyat walaupun dalam masa yang singkat UMNO mengemudi Kerajaan di Putrajaya.


Performance pemimpin UMNO dan BN di Putrajaya walaupun hanya setahun jauh lebih baik dari kehancingan pentadbiran 22 bulan pembangkang.


Rafizi tahu sangat perkara itu.


Segala serangan korupsi yang cuba dijaja oleh Rafizi juga tidak dapat sambutan.


Boleh dikira dengan jari siapa yang turun berdemo di jalan untuk melawan korupsi bawaan Rafizi.


Rakyat dah mual.


Jadi, Rafizi terpaksa memasang perangkap politik banjir kepada UMNO BN untuk mewujudkan rasa marah dan benci rakyat kepada UMNO.


Dan sebagaimana dijangka Rafizi, isu banjir ini dapat sambutan rakyat untuk membenci UMNO.


Melebihi segala isu rasuah yang cuba dijaja Rafizi.


Tak cukup dengan itu, Mahyudin pula mengambil peluang dengan membuat provokasi kepada UMNO dengan isytihar perang.


Mahyudin tahu yang UMNO pantang dicabar.


Apa yang Mahyudin dan Rafizi mahukan?


Mereka mahu UMNO BN segera masuk ke perangkap banjir yang telah mereka pasang ini.


Satu kemenangan politik bagi Mahyudin dan Rafizi sekiranya UMNO buat keputusan untuk bubar seawal Oktober ketika musim tengkujuh ini.


Rafizi akan mendapat bonus politik berganda sekiranya dalam tempoh bubar menuju ke hari buang undi November nanti, sekiranya benar ada banjir sampai ke bumbung.


Maka akan dibakar lagi sentimen rakyat sambil Mahyudin tumpang sekaki membakar sentimen rakyat benci kepada UMNO.


Plot politik terancang ini mungkin tidak diketahui umum lagi oleh akar umbi UMNO.


Sekiranya nak bubar, bubarlah.


Sekiranya banjir, banjirlah.


Cuma jangan kita terkejut dan panik sahaja di malam keputusan PRU-15 kerana peringatan ini sudah pun sampai ke pengetahuan kita.


Kita tidak ada ilmu kasyaf.


Tetapi jangan pula kita masuk angin, keluar asap.



Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA