BUBAR PARLIMEN SEGERA BAKAL JADI TRAGEDI OKTOBER BUAT BN




MetMalaysia meramalkan negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai penghujung Oktober yang akan membawa kepada banjir besar pada bulan November.

Situasi pada waktu itu dijangka akan berlarutan memandangkan Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh tersebut.

Ini satu krisis besar. Banjir hujung tahun sudah menjadi krisis nasional yang memerlukan perhatian khusus daripada kerajaan.

Jabatan Perangkaan Negara menyatakan bahawa banjir besar yang melanda negara hujung tahun lalu menyebabkan kerugian keseluruhan mencecah RM6.1 bilion.

Jumlah ini terlalu kecil berbanding kehilangan nyawa 54 orang yang terpaksa ditanggung keluarga mangsa.

Kerajaan akan dipertanggungjawabkan oleh rakyat sekiranya kita gagal mengurus banjir kali ini.

Kerajaan sudah tidak boleh lagi berikan alasan aset Kerajaan tak mencukupi, kita tak menjangka banjir besar.

Apatah lagi jika kita mahu semua kekuatan dan jentera Kerajaan dipersiapkan untuk hadapi pilihanraya pada tahun ini dan bukan untuk persiapan krisis nasional banjir hujung tahun.

Dimana tanggungjawab kita?

Dalam keadaan genting yang bakal menghambat kita ini, soalan-soalan yang keluar daripada pemimpin UMNO pada waktu ini langsung tidak berkisar tentang persiapan kita menghadapi banjir.

‘Bila nak adakan PRU-15?’

‘Kenapa perlu tunggu Bajet untuk bubar Parlimen?’

Sedangkan soalan yang sepatutnya diajukan adalah tentang apa akan jadi kepada nasib rakyat kita dalam menghadapi banjir.

Ini adalah soal nyawa dan harta benda rakyat.

Yang akan ditanya di hari esok bukannya kejayaan kita mempertahankan kuasa, namun amanah menjaga nyawa, harta dan ketenteraman awam. Ini prinsip utama maqasid syariah.

Kita tidak mahu UMNO tenggelam sekali bersama banjir. 

Tahun lalu, kita lemas dengan tuduhan #KerajaanGagal dan #KerajaanPembunuh.

Adakah kita mahu tuduhan yang sama dilemparkan semula kepada parti kali ini?

Pengurusan banjir ialah ‘report card’ yang akan dinilai rakyat sebelum memangkah dalam PRU-15 kelak.

Faktor banjir ini jauh lebih besar daripada mana-mana faktor belanjawan atau prestasi ekonomi. Impak belanjawan dan ekonomi mengambil masa untuk dirasakan kesannya.

Namun banjir boleh datang dan meruntuhkan Kerajaan yang ada dalam sekelip mata.

Ada yang menilik bahawa 10 Oktober 2022, selepas pembentangan belanjawan adalah tarikh keramat pembubaran Parlimen.

Sebaliknya, tarikh tersebut boleh bertukar menjadi permulaan kepada keputusan yang bakal mengundang malapetaka kepada rakyat dan negara.

Fokus kepada rakyat, fokus kepada banjir. Persiapkan jentera bagi menghadapi banjir kalau tidak mahu berhadapan dengan tsunami politik sekali lagi.

Kita perbaiki segala kelemahan jentera Kerajaan dalam menguruskan banjir pada tahun lepas. Kita curahkan segala daya yang ada untuk ringankan beban rakyat yang dilanda bencana.

Jadikan banjir pada hujung tahun ini sebagai medan kita mengotakan janji untuk bersama rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat.

Sekiranya kita berjaya uruskan banjir ini dengan baik, tidak syak lagi BN bakal menang besar dan dominan semula selepas PRU-15. 

Bukan dengan kita menganiaya rakyat untuk paksa mereka mengundi BN dalam PRU-15 ketika rumah mereka sedang dinaiki air banjir. 

Kerja gila!


Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

DATO’ TAJUDDIN NYATAKAN KEBENARAN: DESAK PRESIDEN UMNO LAKUKAN PERALIHAN KUASA SEGERA DEMI SELAMATKAN UMNO DAN BN PRU-15

ROS LULUS BUKTI KOMITMEN ISMAIL SABRI KEPADA PERJUANGAN UMNO

BUBAR OKTOBER: UMNO BN BUKAN GILA KUASA